Wabak, Fitnah, Ujian

Wabak,  fitnah  dan ujian.

Alhamdulillah berkat di bulan ramadan ini kita berpuasa, kurangkan makan. Dan kurang keluar rumah. 

Wabak itu penyakit, fitnah itu suatu yang menimbulkan kekeliruan dan ujian adalah suatu yang ada jawapan. Adapun kita menghadapi kesemua ini dalam satu. Kita ambil dari satu sudut iaitu ujian.

Sebelum ujian biasanya ada persiapan, tugas atau latihan, dalam bentuk pembelajaran, pengkajian dan sebagainya.

Ujian dalam kehidupan ini kitab panduan terbesar ialah al-quran. Inilah keberkatan bulan ramadan.  Al-quran adalah panduan tertinggi. Tentunya panduan umum tidak akan diketemui sebiji-sebiji perkataan sepanjang zaman, cuma yang penting-penting atau konsep atau jalan untuk mendapatkan kebaikan dan mengelak kecelakaan. Atau dengan sepatah perkataan itulah takwa.

Jadi ujian dalam kehidupan bukan dalam bentuk soalan bertulis atau lisan tetapi praktikal masalah yang perlu diselesaikan. Bukan setakat secara individu tetapi juga berkelompok, manusia sejagat.

Ujian kita sekarang ialah satu wabak. Tidak nampak dimata, belum dikenali ilmu tetapi perlu diselesaikan masalahnya.

Kita melihat bahawa dalam bulan ramadan, banyaknya nasihat supaya tidak berbuat maksiat, tidak bersia-sia dan banyakkan berbuat kebaikan. Sedangkan memang itulah yang patut dibuat setiap masa, bukan hanya bulan ramadan.

Jadi samalah dengan wabak ini. Apa yang kita perlu buat adalah memang pun kena buat sentiasa, ia itu menjaga kebersihan. Manakala ada perkara luar biasa, perkara semasa seperti menggunakan topeng penutup mulut dan hidung. Ini berdasarkan pengetahuan dan sangkaan semasa.

Tetapi jika menuruti panduan/tips/konsep/petunjuk al-quran kita boleh temui perkara berikut, (zanni penulis)

Wabak ini adalah dari virus. Ia dikenali melalui kesannya menimbulkan masalah pernafasan, atas nama pneumonia. Penemuan terkini menunjukkan, tahap akhir yang menyebabkan kematian ialah apabila sel darah merah bergumpal menyebabkan salur darah yang kecil tersumbat. Salur darah kecil ini banyak dalam paru-paru dan buah pinggang. Jadi tanda akut (teruk) penyakit ini ialah kelemasan bila paru-paru mula tersumbat. Dan kita boleh agak satu lagi ialah buah pinggang bila kencingnya akan berkurang dari biasa. Jadi tidak pelik orang yang terkena wabak ini tidak berair hidung pada awalnya. Ini dikatakan tempoh pengeraman. Akibat salur kecil darah mula tersumbat secara berperingkat-peringkat orang mula kering tekak mula batuk-batuk. Lemah badan, kesan merudum keseluruhan badan boleh berlaku dengan cepat bila sampai tahap kritikal.

Sambung.

Comments