KEMAAFAN (1/2)
Al-Kahfi 18:103, 104
قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا
Katakanlah (Muhammad), “Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?”
ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا
(Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.
Cuba perhatikan perkataan (يحسبون) "mereka mengira". Orang yang paling rugi ialah yang "mengira" sebaik-baik tetapi sia-sia. Hasil kiraannya tidak menemui kebenaran.
Mengira, adalah lebih bersungguh-sungguh dari semata-mata sangkaan kuat (ظن). Tidaklah diguna perkataan (يظنون) "mereka menyangka". Dalam bahasa Arab, zhan adalah tahap keyakinan lebih 50% (syak) tetapi belum penuh. Sedangkan mengira adalah berdasarkan maklumat.
Dalam matematik, mengira memerlukan angka. Untuk mengira biasanya perlukan kertas, pensil atau alat contohnya mesin kira. Tanpa bantuan benda seperti ini, mengira adalah secara mental. Mengira dalam kehidupan bukan semuanya angka-angka atau ada alat kiraan. Kebanyakkannya bergantung kepada mental. Disinilah kita patut sedar pentingnya kesihatan mental dalam hidup dunia. Dan yang jarang orang sebut ialah ianya penting juga untuk akhirat.
Mengira memerlukan maklumat yang benar. Jika dicampurkan maklumat salah, hasilnya juga menjadi salah. Hanya orang yang mengira akan tahu untung rugi. Orang yang tidak mengira, hanya berdasarkan sagkaan, dia mungkin lebih teruk, dia tidak tahu rugi atau untung.
Kerap kita ketemui orang kafir, bukan setakat mengira, tetapi mengkaji tetapi tidak percaya, tidak mengira adanya tuhan. Tetapi sia-sialah amalan yang tidak mengira tuhan dalam kehidupan. Tidak mengira adanya hari akhirat. Walaupun pengalaman hebat, hasil kajian banyak. Semuanya rugi, penat sahaja.
Demi masa, manusia dalam kerugian. Mengira dalam kehidupan adalah aktiviti setiap masa, dari perkara besar hingga sekecil-kecilnya. Kebanyakan perkara kecil adalah secara mental, dan spontan.
Penting sekali menjaga kesihatan mental. Kesihatan mental adalah untuk memastikan mental boleh berfungsi dengan baik tanpa gangguan. Dalam Islam, seorang hakim tidak boleh buat keputusan dalam keadaan dia marah. Marah menganggu pertimbangan akal yang waras.
Dunia psikologi modern lebih banyak dipengaruhi atheis, banyak perkara jadi terpisah dari sudut agama, dan ditumpukan lebih kepada fizikal. Tetapi banyak juga pertindanan. Emosi manusia ada naik turun, dianggap biasa selagi tidak timbul masalah dalam hubungan sesama manusia.
Contohnya kebimbangan adalah biasa tetapi jika sampai tahap tidak boleh tidur, itu penyakit. Atau mencurigai orang disekelilingnya, semua orang berpakat tidak baik terhadapnya, itu sudah dikira sakit mental (paranoid).
Keupayaan mental ialah ialah membayangkan sesuatu yang tidak ada, secara terkawal seperti mengira angka tanpa kertas dan pen, atau mengingati sesuatu bila perlu, atau membuat rumusan dari banyak maklumat dan sebagainya. Dan bila keadaan tidak berkenaan, perkara itu semacam dilupakan.
Tetapi jika ia tidak terkawal, seperti orang tidak dapat melupakan sesuatu yang lampau yang patut dilupakan, itu sudah dikira trauma. Contohnya orang pernah kemalangan jalan raya sejak lama, tetapi bila di jalan raya ingatan itu kembali, menimbulkan ketakutan. Ada juga kes ingatan terperinci sudah hilang tetapi emosi datang kembali, yakni timbul ketakutan sahaja. Maka dia berkelakuan seperti orang takut. Demikian juga pelbagai kecelaruan mental yang menggambarkan perkara atau hal yang sudah tiada, gambaran itu muncul kembali di tempat yang tidak sepatutnya. Perasaan kena marah dan sebagainya yang berlaku dahulu, tiada berkenaan dengan perkara semasa tetapi menjadikan kelakuannya seperti orang kena marah. Ini meruntuhkan hubungan dengan orang lain. Emosi yang tidak terkawal ini menyebabkan ingatannya, maupun fikirannya pun tidak terkawal, hanya tertumpu kepada emosinya. Perkiraan (يحسبون) akan menjadi terseleweng.
Dalam agama, perkara yang jadi pegangan adalah penting kerana itu juga akan mempengaruhi apa yang perkara dikira boleh dan tidak. Atau dikira keutamaan atau tidak. Atau perkara yang jadi ingatan. Dan kita boleh mengira sepontan menggunakan apa yang kita ingat dan faham. Jika orang berfahaman al-quran akan menolongnya dengan dia sendiri tidak memahami al-quran, maka dia hanya menunggu. Tetapi orang yang faham al-quran maka fahaman itu berguna untuknya buat petunjuk, pertimbangan bila-bila masa yang perlu, walaupun apa sahaja keadaan, hidup atau mati, dunia dan akhirat.
Cogan kata barat seperti "kebebasan bersuara" atau "persamaan hak" menarik sokongan banyak pihak. Tanpa sebarang batasan, ia bercanggah dengan Islam. Perkara yang serupa dalam Islam adalah "keadilan bersuara" atau "keadilan". Maka jika orang menggunakan pertimbangan barat, dia boleh terkeluar batasan Islam. Patutnya "mental" kita perlu diisi dengan slogan-slogan yang lulus syariat.
Kesimpulannya, mental yang sihat adalah juga hati yang bersih dan tenang, terisi dengan maklumat yang maklum kategori pematuhan syariat. Jelas apa yang boleh guna atau tidak. Kerana mental akan memproses, mengira apa yang akan jadi perbuatan atau amalan seseorang.
kedudukan maaf dalam syariat Islam.
Al-A'raf 7:199
خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَٰهِلِينَ
Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan (أعرض) orang-orang yang bodoh (الجاهلين).
Maaf dengan manusia adalah satu yang boleh diberi selepas berlakunya kesalahan seperti perlanggaran hak. Jika orang mengira haknya tidak boleh diusik, memberi maaf bererti membenarkan perlanggaran hak, maka tidak boleh dimaafkan.
Dalam agama, memberi maaf boleh disandarkan kepada ihsan.
Aali-Imran 3:134
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,
Memaafkan adalah hak pilihan kepada orang yang teraniaya. Seperti ayat di atas, ianya termasuk dalam perkara "infak", menahan marah. Ia tidak dikira wajib.
Jika orang Islam boleh sandarkan kepada agama, apakah sandaran pihak tidak beragama? "Beri maaf" tak ada keuntungan. Kita lihat bagaimana generasi awal komunis yang pekat atheis bila jadi pemerintah tak ada langsung peri kemanusiaan terhadap rakyat sendiri. Demikian pula penjajah barat dengan cara lebih terselindung. Sedangkan komunis pun adalah dari fahaman barat juga.
Tetapi dalam ilmu psikologi barat ada konsep "tenaga negatif" yang mendorong kepada perkara negatif atau sikap negatif. Ada "rawatan kemaafan" (forgiveness therapy) untuk membuang tenaga negatif ini. Jadi walaupun barat atheis, mereka masih ada kaedah untuk "memaafkan" kerana untuk membuang "tenaga negatif".
Banyak rencana tentang "forgiveness therapy" dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa melayu boleh dapat melalui AI sahaja.
Walaupun begitu, konsep barat itu tidak bercanggah sepenuhnya dengan Islam. Apa yang kita lihat, "memaaf" adalah termasuk dalam maqasid syariat, menjaga akal. Supaya akal tidak terpengaruh, terbelengu dengan yang negatif.
Comments
Post a Comment