Balancing Tayar Kenderaan

Balancing ialah mengimbangi tayar pada putaran paksinya.
Atas banyak sebab, sebaran getah pada tayar tidak 100% sempurna. Jadi bila buat balacing dia tambah pemberat, dipaku pada bingkai(rim). Kemudian selepas beberapa lama, samaada pemberat itu terjatuh, atau getah tayar menjadi kecut, kehilangan minyak, haus dan sebagainya; tayar menjadi tidak seimbang semula.

Menukar tayar belakang, depan; kiri kanan bersilang diperlukan bila tayar haus tidak sama
antara kiri dan kanan, belakang dan depan. Ini berlaku kerana ke empat2 tayar akan mengalami haus yang berbeza kerana mereka tak lalu laluan yg sama 100%. Dan supaya apabila tayar menjadi haus secara berimbang supaya keempat2 tayar  oleh ditukar sekali gus. Dan kita tidak ada campuran tayar terlalu lama (haus sikit, keras) dan tayar baru (bunga tebal dan lembut). Tayar lama lebih keras kerana kandungan minyak padanya sudah kering menyebabkan cengkamannya pada bingkai tidak lagi anjal. Ini menyebabkan kebocoran angin ketika hentakkan pada tayar semasa berjalan. Sebab itu tayar lama lebih kerap perlu isi angin. Tayar yg lebih keras juga lebih bising ketika dipandu. Istilah untuk ini ialah wheel rotation, buka balancing.

Kadang2 berlaku juga kes ujudnya tayar baru dan lama kerana tayar terpaksa tukar kerana dah kena paku atau pancit banyak kali atau terlambat servis. Dalam kes ini, jika tayar semuanya bunga elok, letaklah tayar lama dihadapan sebab tayar hadapan lebih cepat haus dari belakang dan harapnya boleh tukar tayar lama sebelum tayar baru. Kalau tak, tayar depan 2 kali tukar pun tayar belakang tua pun nampak elok lagi.

Tayar yg tak berimbang akan menyebabkan gegaran pada stereng, kena buat balancing. Kalau haus tak sama kiri dan kanan stereng akan rasa berat sebelah atau kereta jenis power steering kelihatan tak jalan terus walaupun stereng pada kedudukan jalan terus. Yang ni buat pusingan tayar.

Tapi kalau perkara di atas dah dibuat dan masalah masih ada; kena pereksa benda lain yang bersambung dgn tayar. Benda lain yg menyerap gegaran tayar ialah penyerap hentak, dan beberapa getah pelapik yg ada pada struktur sokongan tayar. Kadang2 skrew yg menjadi longar pun boleh jadi sebab.

Comments