Tanggungjawab Manusia Dalam Dirinya
Manusia punyai tanggungjawab dalam dirinya.
Ar-Ra'd 13:11
لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
Dari luarannya manusia terjaga oleh malaikat dengan penjagaan yang kita tidak tahu bentuknya. Tetapi apa yang ada dalam diri manusia, maka diri itulah yang perlu merubahnya.
Kenapa patut tahu?
Kerana ada orang berdoa supaya dirinya berubah, tetapi tidak berbuat apa-apa. Maka doa itu dikira bercanggah dengan ayat ini. Tak diterimalah doa seperti itu.
Perkataan kaum (قوم) adalah kata nama yang berkait dengan kata kerja qaama (قام) berdiri juga berkait dengan kata nama qawim (قويم) lurus, benar. Jadi kaum itu punyai maksud yang boleh berdiri sendiri, berusaha melurus membantu. Demikianlah satu kaum itu sekelompok manusia yang saling membantu mendiri, melurus, membantu golongannya.
Jadi orang berkemampuan dirinya sendirilah perlu berusaha. Sebab itulah pilihan perkataan "kaum" dalam ayat itu. Kalau tidak boleh saja guna "أنفس" bermaksud dirinya.
Merubah diri adalah sendiri. Orang lain hanya boleh beritahu atau tunjuk ajar saja. Yang tak boleh dengar dan tak terima tunjuk ajar itu adalah dari dalam diri sendiri.
Tetapi ayat ini ada maksud lain lagi iaitu Allah memberi "kebebasan" manusia atas dirinya, maka dia bertanggungjawab penuh atas dirinya. Kalau Allah mahu keburukan atau paksaan, maka boleh saja. Tetapi malaikat itu hanya boleh menjaga atas apa yang Allah kehendaki. Kalau malaikat itu marah pun dia tidak boleh membuat tindakan sendiri.
Kata (معقبات) yang ditafsirkan sebagai malaikat, hampir saja dengan maksud "mengakibat". Kalau Allah perintah yang buruk habislah manusia itu. (عاقبة) kesudahan.
(يعقّب) Berpaling, tengok
Biasanya penglihatan, pendengaran dan hati disebut sekali. Boleh dikaitkan, untuk berfikir, asasnya, perlu menggunakan apa yang didengar dan dilihat.
Kalau tak dengar dan tidak lihat, itu mungkin, angan-angan.
Tapi tak boleh agak bagaimana orang gunakan akalnya. Cikgu disekolah mengajar berfikir secara tidak langsung. Suatu perkara yang perlu di cari penyelesaian tetapi tidak tertulis dalam buku atau tersebut oleh cikgu. Dalam matematik ia berupa formula. Tetapi boleh jadi pelbagai seperti susunan, perbandingan. Tapi biasa berlaku budak sekolah bukan guna akal sendiri, tapi pinjam. Contohnya meniru, atau tanya orang.
Bukanlah "meniru atau tanya orang", itu seluruhnya salah tetapi itu penyebab orang tidak gunakan akal.
"Tiru dan tanya orang", perlu jika sesuatu itu tidak sampai akal. Bukan suatu perkara yg kalau berhenti sejenak boleh tahu sendiri. Tetapi banyak budak-budak sekolah guna akal cara ini. Bila bermain-main, orang tidak ajar, boleh pula dia guna akal sendiri. Akal dia guna tempat lain.
Paling susah buat cikgu ialah bagaimana menghargai hasil pemikiran murid-murid dalam masa sama menolak kesimpulan yang salah. Terus menolak, samalah tidak menghargai. Tidak menghargai, akan melemahkan semangat berfikir. Mengajar berfikir elok semasa kanak-kanak, orang dewasa sudah letak maruahnya di situ.
Comments
Post a Comment