Bala & Pengalaman

Al-A'raf 7:133
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلْجَرَادَ وَٱلْقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَايَٰتٍ مُّفَصَّلَٰتٍ فَٱسْتَكْبَرُوا۟ وَكَانُوا۟ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ 
Maka Kami kirimkan kepada mereka topan, belalang, kutu, katak dan darah (air minum berubah menjadi darah) sebagai bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.

Ini berlaku zaman nabi Musa. Maknanya Nabi Musa dan orang yang beriman turut sama terkena. Tetapi pengalaman ini menunjukkan cara ini tidak berjaya menyedarkan manusia. Jadi kita berpandangan Allah tidak akan menggunakan cara yang sama untuk menyedarkan manusia. Begitulah kita melihat cubaan Allah datang dalam bentuk-bentuk yang berbeza sepanjang zaman.

Kegagalan ini dilihat begini: walaupun ditimpa bala, mereka "fastakbaru", mereka jadi takbur pula. Bukan nak merendah diri dengan Allah, bahkan firaun arah saja Nabi Musa berdoa pada Allah, seolah-olah jadi orang suruhan dia pula.

Al-A'raf 7:134
وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ ٱلرِّجْزُ قَالُوا۟ يَٰمُوسَى ٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَۖ لَئِن كَشَفْتَ عَنَّا ٱلرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ 
Dan ketika mereka ditimpa azab (yang telah diterangkan itu) mereka pun berkata, “Wahai Musa! Mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu sesuai dengan janji-Nya kepadamu. Jika engkau dapat menghilangkan azab itu dari kami, niscaya kami akan beriman kepadamu dan pasti akan kami biarkan Bani Israil pergi bersamamu.”

Bala yang menimpa mereka semua, termasuk orang beriman, pengalaman yang sama tetapi mereka tidak buat kesimpulan yang sama.

Jika manusia tidak berfikiran terbuka, dia berkeras dengan pandangannya atas alasan "pengalamannya", maka kisah ini menunjukkan bahawa pengalaman tidak sama dengan kebenaran. Inilah perselisihan dikalangan manusia.

Tapi boleh difaham maksud Allah melalui bala ini ialah untuk menyedarkan manusia, tetapi sejauh mana kita "membantu Allah"?

Boleh juga difahami bahawa cara bala bukan cara dakwah. Dan banyak bala zaman sekarang ini boleh dilihat kerana tangan-tangan manusia sendiri. Sama ada kecuaian, atau mereka sendiri ambil risiko yang memang sudah diketahui. Tidak boleh mudah-mudah disandarkan terhadap Allah.

Pun begitu, malulah dengan kemurahan Allah, bila berdoa masih diangkat bala tersebut.

Tetapi mereka yang berdosa itu tidak menepati janji. Buat apa tepati janji, mereka bukan percaya pun dengan Allah, merekalah yang lebih berkuasa pada sangkaan mereka. Begitulah agama amat penting untuk memastikan manusia bermoral, seperti menepati janji. Tanpa agama, moral tidak punyai asas. Zaman ini atheis, komunis.

Al-A'raf 7:135
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ ٱلرِّجْزَ إِلَىٰٓ أَجَلٍ هُم بَٰلِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنكُثُونَ 
Tetapi setelah Kami hilangkan azab itu dari mereka hingga batas waktu yang harus mereka penuhi ternyata mereka ingkar janji.

Perkataan (ينكثون) bererti mereka merungkai balik setelah mereka ikat. Yakni ikat janji.

Kesimpulan:
1: "Bala" bukan cara dakwah.
2: Pengalaman bukanlah kebenaran.
3: Allah amat pemurah.
4: Tiada moral tanpa kepercayaan.

Comments