Kempen Fikir Positif - Falsafah Atom

Kempen fikir positif 1.

Mengapa?
Kerana mengelak dari cara negatif. Antara sebab kegagalan fikir positif ialah ketidak-fahaman apa itu positif dan negatif.

FALSAFAH ATOM.
Atom ada unsur positif dan negatif yang berimbang. Iaitu proton bercas positif dan elektron bercas negatif. Demikian dalam kehidupan, yang positif dan negatif berimbangi.

Bila dihampiri atom akan jumpa elektron yang negatif dari luar. Yang positif terletak di tengah-tengah. Begitulah inti kehidupan ialah perkara positif tetapi akan diketemui banyak negatif, atau akan terserempak dengan negatif lebih kerap.

Lebih dari 99.999% dari berat atom berada dinukleus yang positif. Jadi timbangan positif jauh lebih dari yang negatif.

Walaupun konsep cas yang sama menolak, tetapi ia tidak menghalang proton yang positif berada pada nukleus bersama-sama dengan ikatan yang kuat. Tidak seperti elektron yang cas negatif bertaburan di luar.

Manakala elektron yang bercempera di luar atom lebih mudah terpisah dari atom menjadi bebas, tetapi ia sentiasa bergerak ke arah positif. Dan ini dimanafaatkan sebagai aliran elektrik yang ada banyak faedahnya kepada manusia.

Itu falsafah atom. Walaupun cas elektron negatif, tetapi sikapnya sentiasa cenderung kepada positif. Positif dijadikan suatu yang berat, tetap sebagai rujukan, asas, struktur, teras alam.

Asas kepada falsafah atom ialah kerana kita percaya Allah jadikan alam ini dengan benar.
Yakni ada hikmah, kebaikan dan faedah. Atas kepercayaan inilah yang menjadi asas falsafah fikir positif.

Comments