Buta Hati
Kita biasa dengar istilah buta hati, melalui ayat
Al-Hajj 22:46
أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبࣱ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانࣱ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ
Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.
Dalam ayat berikut pula disebut tuli, bisu, buta merujuk kepada tidak berakal (tidak mengerti).
Al-Baqarah 2:171
وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ كَمَثَلِ ٱلَّذِي يَنۡعِقُ بِمَا لَا يَسۡمَعُ إِلَّا دُعَآءࣰ وَنِدَآءࣰۚ صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡيࣱ فَهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ
Dan perumpamaan bagi (penyeru) orang yang kafir adalah seperti (penggembala) yang meneriaki (binatang) yang tidak mendengar selain panggilan dan teriakan. (Mereka) tuli, bisu dan buta, maka mereka tidak mengerti.
Dalam ayat ini ia juga merujuk kepada hati yang tidak mahu mengerti. Kita faham maksud buta hati, bukan buta mata. Jadi, maksud "hati yang tuli" pun boleh difahami begitu, bukan telinga. Tetapi bagaimana hati yang bisu? Hati boleh bercakap ya! Cara yang sama, mulut tidak bisu. Tetapi cakapnya bukan dari hati, tak boleh difahami, tak ada erti. Seumpama orang yang tidak bisu mulutnya tetapi tuli , boleh berkata-kata perkataan yang tidak diboleh difahami.
"Oo ah eh he he". Anihnya orang bisu seperti ini ketawanya serupa dengan orang biasa. Bahasa mudah, ini orang kata, "cakap banyak", orang tak faham cakapnya, dia pun tak faham, tapi cakapnya berjela-jela seperti rakaman, radio, tv.
Semoga Allah pelihara, bersihkan, sihatkan hati kita dari penyakit-penyakit.
Comments
Post a Comment