Musyrikin Moden
Musyrikin moden
Al-Jatsiyah 45:23
أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan "ilmu", dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapa yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah, Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
Perkataan (هوىه) diterjemah melayukan sebagai hawa nafsunya, sedangkan perkataan "hawa" itu samalah dengan arabnya, cuma ada tambahan "nafsu". Ini pun asal bahasa arab. Jadi terjemahannya meminjam dua perkataan arab juga. Jika kita terjemahkan dua perkataan ini "hawa nafsu", ianya bererti "keinginan diri". Orang arab juga gunakan "hawa" untuk memberi maksud udara atau iklim. Jadi terjemahan panjang ialah "keinginan diri yang seperti angin bertiup tanpa ada keberatan dan tebatan, tak ada asas". Dalam pengunaan sebahagian orang melayu, ini dikatakan "angin". Seumpama istilah "Naik angin".
Tetapi pemahaman melayu tentang "hawa nafsu" adalah sempit pada ayat ini. Hawa nafsu ini semuanya negatif. Praktikalnya lebih umum, iaitu difahami sebagai "keinginan". Sebab keinginan yang ada asas tetap dibenarkan. Manusia perlu makan, menjadi asas yang benar kepada keinginan untuk makan. Apabila berlebihan, tidak halal, itu tidak dibenarkan. Tetapi tanpa petunjuk, dia melampaui batas. Dia merasakan ada haknya tetapi batasnya dilanggar. Untuk meringkaskan kita guna "keinginan diri".
Jadi "keinginan diri" bukanlah zat berjisim. Ia tidak kelihatan. Maka orang tidak nampak bahawa dia mempertuhankan yang demikian. Tidak sedar, tidak nampak sudah berlaku syirik: "menyamakan keinginan dirinya seperti tuhan" bila dia tidak lagi hiraukan batasan ketuhanan, walaupun dia percaya tuhan. Jika tuhan pun ditolak, maka sangkaannya tiada tuhan (atheis), tetapi dia sudah ada lagak ketuhanan. Apa jadinya jika segolongan manusia sebegini mendapat kuasa? Allah bertanya: Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? 45:23
Atheis adalah golongan musyrikin moden. Tuhan tak ada nama.
Mari lihat video.
Comments
Post a Comment