Hukum Menghukum

Hukum menghukum.

Dalam pengunaan biasa orang Melayu, "hukum" dikaitkan dengan kesalahan, denda.

Sedangkan pengertiannya adalah lebih luas. Hukum sebenarnya adalah "keputusan yang adil dan bijaksana yang dibuat untuk bertindak". Ianya tidak terhad kepada kesalahan tetapi juga banyak tindakan biasa. Dalam fekah ada perkara dihukum wajib, ada sunat, makruh dan haram. Biasa juga kita dengar hukum alam, sunnatullah atau hukum adat.

Dalam kehidupan seharian seseorang, dia juga secara tidak sedar menghukum tindakan diri sendiri apakah baik, boleh, perlu, segera atau sebaliknya. Sebagaimana yang dicita-citakan, sebaik-baik hakim ialah yang adil dan bijaksana. Demikian juga dengan diri sendiri, apakah kita berbuat sesuatu dengan mengambil kira maklumat sekeliling, panduan atau mengikut angin, perasaan?

Tetapi kita menghukum perbuatan. Walaupun perbuatan tidak boleh berlaku tanpa individu, kita tidak menghukum individu.

Kita pendakwah bukan penghukum.

نحن دعاة لا قضاة

Hasan al-Hudhaibi

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

Kekacang

TNB : Phase 1/ 2 / 3 - Arus Terus (DC) atau Arus Ulang Alik (AC)

Kenal

Penamaan Coronavirus

Inferiority Complex

Gaya Komunikasi

21 Perangkap Minda

Perangkap Minda - Salah Asas Penyifatan

Hidup Itu Nisbi