Lapang Dada Nabi Musa

Lapang dada nabi Musa.

Peristiwa mula-mula nabi Musa mendapat perintah supaya pergi bertemu Firaun tersebut panjang dalam surah taha ayat 9 hingga 36, yang ada permintaan nabi Musa untuk melapangkan dadanya. Dalam surah ini ceritanya positif, ringan dan ceria. Semangat nabi Musa menerima perintah Allah.

Perisiwa sama juga dalam surah as-syu'ara ayat 10 hingga 17. Tetapi ceritanya dari sudut lain, serius. Di sini tidak disebut permintaan nabi Musa, tetapi disebut masalah.

Asy-Syu'ara' 26:12-14
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ 
Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, sungguh, aku takut mereka akan mendustakan aku,
وَيَضِيقُ صَدْرِى وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِى فَأَرْسِلْ إِلَىٰ هَٰرُونَ 
sehingga dadaku terasa sempit dan lidahku tidak lancar, maka utuslah Harun.
وَلَهُمْ عَلَىَّ ذَنۢبٌ فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ 
Sebab aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.”

Allah mencerita secara maksud, kita tidak tahu apa percakapan sebenar nabi Musa.
Cuma bila dihimpun dengan permintaan lapang dada, dapatlah kita tahu bahawa takut kena dusta (orang kata kepada kita) antara punca "sempit" dada, tak boleh berkata-kata.

Tapi Allah tak cerita di dua tempat ini bahawa nabi Musa juga juga beritahu dia terbunuh (tak sengaja) seorang dari kaum firaun (al-qashash 28:33). Hanya setakat menceritakan nabi Musa mengaku berdosa.

Satu peristiwa tetapi Allah ceritakan 3 tempat atau lebih. Tidak diceritakan sekali gus satu tempat. Sebab tujuannya bukan mahu beritahu kisah dan cerita. Tetapi pengajaran tertentu.

Bukan nabi Musa sahaja begitu

Al-Hijr 15:97
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ 
Dan sungguh, Kami mengetahui bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan,

Tetapi istimewa nabi Musa ialah doanya. Tabiat manusia, bila dibalas kata (dusta) dia akan tergagap atau terdiam, sempit dadanya bukan bererti salah dan bukan tak ada hujjah, bukan juga bererti orang yang mengata itu betul atau menang.

Comments