Fitnah Duduk Di Rumah Lebih Baik

Fitnah-fitnah duduk di rumah lebih baik.

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الأُوَيْسِيُّ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ، عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيَّبِ، وَأَبِي، سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‌‏ سَتَكُونُ فِتَنٌ، الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، وَمَنْ يُشْرِفْ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، وَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ ‏"‌‏.‏ وَعَنِ ابْنِ شِهَابٍ، حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مُطِيعِ بْنِ الأَسْوَدِ، عَنْ نَوْفَلِ بْنِ مُعَاوِيَةَ،، مِثْلَ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ هَذَا، إِلاَّ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، يَزِيدُ ‏"‏ مِنَ الصَّلاَةِ صَلاَةٌ مَنْ فَاتَتْهُ فَكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ ‏"‌‏.‏"

dari Abu Hurairah:
Telah berkata Rasulullah (ﷺ) , "Akan terjadi fitnah-fitnah, yang duduk lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik dari yang berjalan, yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Dan siapa yang asyik dengannya, akan terjerumus dengannya, sesiapa yang menemui tempat lari atau perlindungan, hendaklah ia berlindung." Seperti hadis abu Hurairah ini, Abu Bakr ada tambahan, "antara solat ada satu solat yang, siapa tertinggalnya seperti kehilangan (وُتِرَ) keluarga dan hartanya."

Sahih al-Bukhari 3601, 3602 
In-book : Book 61, Hadith 109 

Fitnah duduk di rumah lebih baik, tak sembahyang di masjid, tak ada jumaat. Majikan kena bayar gaji buta atau buang pekerja?

Dalam hadis lain tersebut fitnah umat ini ialah harta. Tetapi pada skala besar kita sebut ekonomi. Kerana ekonomi, mahu keuntungan lebih, murah upahnya, manusia sanggup melabur trilion dan memberi kepercayaan kepada negara penipu, penindas walaupun rakyatnya sendiri. Memandang sepi penganiayaan, kezaliman. Meletakkan manusia sama taraf dengan mesin dan barangan. Padahal manusia ini hamba tuhan, tak hormat tuhan langsung.

Hinggalah kita terkena fitnah tiga dalam satu, wabak, azab dan ujian. Sudah maklum wabaknya, yang mati tanpa iman jadi azab untuknya. Yang berbaki, apakah boleh lulus ujian? Adakah jawapan yang diterima? Bersabar saja? Seronok duduk di rumah berminggu-minggu? Saudara kita di Xinjiang tinggal di kem-kem bertahun-tahun. Biasa dengar sekali-sekala kemudian senyap. Itupun sebab mereka Islam, yang tidak Islam walaupun lebih ramai berganda-ganda tidak pernah terdengar. Status mereka tetap hamba tuhan walaupun berlainan agama. Apa yang boleh orang biasa lakukan? Sedangkan penguasa-penguasa gagal melayan rakyat seperti manusia. Manusia hamba tuhan. Bukan mesin-mesin, barang dagangan yang boleh disimpan jika khuatir rosak.

Mampukah kita keluar dari ujian dengan berjaya? Jika mengikut media perdana, jangkaannya tak akan kembali asal, lebih teruk dari asal.

Adakah manusia akan berdoa?
Ad-Dukhkhan 44:12
رَّبَّنَا ٱكْشِفْ عَنَّا ٱلْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ 
(Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh, kami akan beriman.”

Kita tahu, Firaun dan rakyat jelatanya di timpa fitnah dari
Al-A'raf 7:133
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلْجَرَادَ وَٱلْقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَايَٰتٍ مُّفَصَّلَٰتٍ فَٱسْتَكْبَرُوا۟ وَكَانُوا۟ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ 
Maka Kami kirimkan kepada mereka topan, belalang, kutu, katak dan darah (air minum berubah menjadi darah) sebagai bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.

Kemudian semua itu di angkat.. Cuma akhirnya mereka ditenggelamkan. Itu umat dahulu bukan sekarang. Tetapi penguasa tidak tegak jika tiada penyokongnya. Penyokong aktif atau penyokong tidak langsung.

Semoga Allah selamatkan kita, tunjukkan jalan seterusnya.

Comments