Kesedaran Kesihatan Mental

Kesedaran kesihatan mental.

Orang Islam percaya manusia adalah jasmani dan rohani. Yakni jika bukan jasad, itu ruh. Manakala golongan ateis tidak percayakan ruh, maka ruh ditukar kepada mental. Tetapi yang kompromi menerima kesemua menjadikan tiga: jasmani, mental dan ruh. Kemudian ada kompromi lagi tukar juga ruh kepada "spirit". Mengikut ateis, spirit bukan ruh. Walaupun "spirit" itu ruh juga mengikut ajaran Kristian.

Jadi bila membicarakan kesihatan mental kita sebagai orang Islam tidak memisahkan kaitan dengan ruh.

Apa yang umum diketahui tentang ruh ialah, ia yang menjadikan manusia hidup, ada keperibadian yang menjadikan ia ada pengenalan diri tersendiri yang berlainan dari orang lain. Jasadnya akan mati bila ruh dicabut. Dan bila hari kiamat dengan jasad baru, tetapi ruhnya yang asal, yang ada pengenalan diri.

Jadi segala ingatannya, pemikirannya, tingkahlakunya dan lain-lain yang menjadi pengenalan dirinya, akan bersamanya.

Dalam al-quran kita ketemui banyak perkataan يعقلون atau تعقلون yang ada diterjemahkan sebagai "berakal" atau "berfikir". Tetapi perkataan arab itu adalah kata kerja (perbuatan), bukan kata nama, yakni bukan benda. "Benda" yang berfikir atau berakal itu adalah hati, (arab qalbu). Ia bukan anggota fizikal, maka automatik ia sebahagian dari ruh, kita tak ada pengetahuan terperinci. Ia juga dikira sebagai "perbuatan hati". Untuk itu kita gunakan mental, sebab ia melibatkan pemikiran.

Jadi kesihatan mental, bila berkaitan dengan hati, tetap berterusan walaupun terpisah dari jasad.

Tidak masuk syurga orang yang ada sebesar zarah "kibr" (sombong) dalam hatinya. Jika hati itu dari jasmani, maka kematian akan menghancurkan semuanya, hari kiamat bangkit dengan jasad baru. Tetapi ianya tidak bermaksud fizikal.

Untuk kesihatan badan, kita akan meliputi tajuk-tajuk seperti memilih makanan, senaman, menjaga kerehatan atau membersih diri. Seumpamalah juga kesihatan mental tajuknya mungkin melibatkan prinsip hidup (pegangan/akidah), berfikir, pemerhatian dan menyucikan dari kotoran secara mental.

Jika mental tidak sihat, fungsi yang melibatkan pemikiran, pemahaman dan hati boleh menjadi lemah dan boleh terkena penyakit.

Perlunya kesedaran adalah kerana orang menganggap, jika tidak gila, mentalnya sihat, orangnya berakal. Ini tidak sesuai dengan yang mempercayai kerohanian. Dalam sudut pandang kebendaan, sakit mental itu pada otak. Sebaimana tersebut sebelum ini, orang yang percaya kiamat, penyakit pada otak akan hilang bila bangkit semula.

Secara praktikalnya dalam membicarakan kesihatan mental, perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan pemikiran. Mental yang sihat adalah diperlukan untuk memahami persekitaran hidup. Supaya dapat membuat keputusan, kesimpulan yang saksama dalam kehidupan. Melalui jalan kehidupan dengan masalah minima dengan persekitan walaupun pelbagai cabaran dan ujian. Dalam perkataan lain, ini adalah antara petanda, ukuran untuk kesihatan mental.

Dalam persekitaran hidup, ada Tuhan yang satu, ramai manusia, dan lain-lain benda hidup dan tidak hidup. Semua ini jadi ujian apakah amalan terbaik boleh buat. Hidup sama ada dunia atau akhirat adalah dalam persekitaran yang sepertinya. Tidak ada tempat yang orang boleh lari dari persekitaran ini.

Bahkan orang yang masuk syurga pun tetap ada/perlu petunjuk.

وَهُدُوٓا۟ إِلَى ٱلطَّيِّبِ مِنَ ٱلْقَوْلِ وَهُدُوٓا۟ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْحَمِيدِ

(Al Hajj 22:24) : Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji.

Difahami dalam syurga kerana sambungan dari ayat sebelumnya.

Ujian adalah beban bila mental itu lemah, kurang sihat, tetapi bila ada kemampuan, itu jadi cabaran yang menyeronokkan sebahagian orang.

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

KEMAAFAN

KEMAAFAN (1/2)

Sodium Bicarbonate alternatif merawat barah oleh Dr Simonchini

Ilmu Laduni & Petunjuk

Hukum Menghukum

Hidup Itu Nisbi

Konsep Keadilan dan Kemaafan

Pemasangan Pam Air Rumah

Takwa Adalah Fitrah Manusia