Penyediaan Kuali Baru
Penyediaan kuali baru.
Orang tak gunakan lagi kuali tak melekat sebab teflon yg digunakan untuk membuatnya tidak melekat boleh hilang, terkupas atau melewap. Melewap berlaku secara kecilan bermula dengan 60°C dan boleh rosak terus jika sampai 500°C. Wap ini sebatian flourine adalah berbahaya. Biasanya yang dibuat dgn aluminium, jika lapisan teflon sudah hilang tak selamat lagi diguna.
Pilihan lain dari kuali tak melekat ialah antaranya kuali besi tumpat (berat), kuali keluli karbon (sederhana), kuali keluli tak karat?, keluli batu granit (mahal).
Untuk kuali besi tumpat atau keluli karbon ianya perlu di proses sebelum digunakan supaya tidak melekat, dan tidak berkarat.
Kuali jenis ini yang baru, disalut dengan lilin lebah, basuh dahulu sebelum guna. Kemudian gunakan minyak panas untuk "lusuhkan" (season). Contoh seperti video.
https://youtu.be/S5pTGUBVy8Q
Jika dibasuh disental dengan berus keluli, lapisan yg terbentuk boleh hilang dan proses yang sama boleh dibuat semula.
Minyak sawit, suhu terbakar, berasap ialah 250° - 260°C. Jadi menggoreng dgn minyak sawit biasanya suhu kurang dari itu.
Tapi meletak kuali kosong atas dapor boleh meningkatkan suhu melebihi 400°C dgn cepat.
Carta suhu, 800°C membara merah. 1000°C api merah kuning. 1900°C api biru.
Api kuning atau merah untuk dapur adalah berbahaya kerana pembakaran tidak lengkap, risiko keracunan karbon monoksida.
https://youtu.be/PDTCgxvmShc
Yang ni, kuali besi yang dah berkarat pun boleh dipulihkan macam baru. Tapi dia guna oven untuk panaskan minyak buat lapisan tak melekat.
Comments
Post a Comment