Perangkap Minda - Salah Asas Penyifatan
no 13: Salah asas penyifatan. Ini perangkap minda yang boleh menyebabkan orang berselisih.
Contohnya bila orang datang lambat, dia dinilai sebagai malas, atau tak pandai jaga masa. Ia dinilai sebagai sifat orang itu. Tetapi apabila orang menilai untuk dirinya sendiri, lambatnya adalah kerana keadaan semasa, seperti jalan sibuk, ada kemalangan.
Jika mereka berdua bercakap, yang satu mengata kawannya malas, tentunya yang kedua tidak setuju, itu tuduhan, orang susah payah datang.. bla.. bla..
Ada perkara tidak simetri dalam pemikiran. Menilai orang dan menilai diri sendiri.
Orang mungkin menegur sesuatu yang kelihatan kurang baik. Tetapi menegur perlu cermat, berhati-hati dengan perangkap minda. Yang kena tegur pun perlu berhati-hati, orang prihatin terhadapnya.
Hadis yang bermaksud: "sesungguhnya amalan/pekerjaan adalah dengan niat", adalah untuk perkara baik-baik. Supaya amalan itu jadi lebih besar, lebih banyak pahala. Seperti orang korek lubang, tanam pokok. Jika diniatkan setakat itu, setakat itu saja kerjanya. Tapi jika dia niat untuk menghasilkan makanan, dari pokok itu maka lebih besar kerjanya.
Tetapi tak boleh terbalik. Tak ada simetri. Bila orang menilai diri sendiri dia tahu niatnya. Bila menilai orang lain, orang hanya nampak amalan/perkerjaannya sahaja. Tak boleh terbalikkan amalan menunjukkan niat.
Ini lebih-lebih lagi apabila perbuatan itu kasar, bunyi kuat. Bila berjumpa orang mengetuk kereta, tak boleh terus buat kesimpulan orang itu jahat, merosakkan kereta orang. Kerana tukang baiki ada teknik untuk membuka skrew yang terlalu kemas atau berkarat.
Awas dengan perangkap minda seperti ini.
Comments
Post a Comment