Khutbah Raya 1441H / 2020 Masihi
Raya 1441 Hijrah bersamaan 2020 Masihi
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر
الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا اياه مخلصين له الدين، ولو كره الكافرون. لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعزّ جنده وهزم الاحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
أشهد أن لا إله الا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Aali-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.
Sidang jamaah sekelian,
Alhamdulillah kita telah selesai ibadat puasa sebulan ramadan.
Al-Baqarah 2:183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Mudah-mudahan dapat ketakwaan.
Allah menyebut secara ini (لعلكم تتقون) pada lima perkara dalam al-quran. Iaitu menyembah Allah, qishas, berpuasa, mengikuti jalan Allah, dan perpegang teguh dengan kitabNya.
Takwa mempunyai kaitan dengan menjaga diri, berjaga-jaga sebelum kena, sepertimana perkataan وقى waqiya, وقاية wiqayatan. Slogan perubatan,
الوقاية خير من العلاج
mencegah lebih baik dari merawat.
Antara pengajaran kerohanian berpuasa ialah kehidupan adalah kerana mematuhi Allah, bukan ikut suka manusia. Pun begitu, ia tetap tidak terkeluar dari naluri manusia hidup, perlu makanan. Berpuasa cuma tidak makan siang hari dan memang disuruh berbuka dan galakan sangat untuk bersahur.
Dengan demikian, Allah sebutkan takwa sebagai bekalan. Maka sebaik-baik bekalan ialah takwa (2:197)
فإن خير الزاد التقوى
Bekalan selepas bulan ramadan yang kita kumpulkan dalam bentuk latihan-latihan, menepati waktu, melazimi al-quran dengan membaca, dan memahaminya. Bersolat mendirikan malam-malamnya, bersederhana dengan makanan. Mengekang diri dari perkara maksiat. Semangat, keyakinan dan bersabar dalam mematuhi perintah Allah. Dan lain-lain. Semua ini adalah bermanfaat, berguna sepanjang tahun. Juga merupakan barakah yang didapati dari bulan ramadan.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Dalam waktu yang sama, kita dilanda wabak. Sebagai satu percanggahan, berlawanan dengan takwa, bagaimana satu kerajaan tanpa takwa, satu institusi tanpa takwa menyebabkan kesusahan besar umat manusia.
Al-Anfal 8:25
وَٱتَّقُوا۟ فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمْ خَآصَّةًۖ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zhalim saja di antara kamu. Ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksa-Nya.
Allah menyuruh bertakwa, apabila ada satu perintah Allah maka ianya tidak mustahil dilakukan, Allah tidak akan perintahkan sesuatu yang diluar kemampuan manusia. Oleh itu jika terkena juga, maka kita perlu lihat apa yang kita kurang, belum laksana, atau terlepas pandang. Ia bukan bala "saja-saja". Tetapi kerana perbuatan tangan-tangan manusia.
Hinggalah masjid jadi tempat terhad, solat jumaat tiada. Menggoyangkan satu syiar islam yang besar. Jika tidak kerana darurat, ia adalah satu perkara mungkar. Umat islam lemah dalam satu bidang fardu kifayah berkenaan ilmu virus. Pada dakwah peringkat antarabangsa, menampakkan kelemahan dalam menangani kelompok manusia yang meninggalkan kemanusiaan, seakan-akan yakjuj dan makjud. Menolak ketuhanan dan agama-agama. Rosak dan merosakkan. Masyarakat antarabangsa tertipu dengan harapan palsu yang dijanjikan yang kemudiannya dikianati. Kepapaan boleh dibantu dengan harta, tetapi kemiskinan iman hanya boleh ditampung dengan dakwah.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Islam adalah agama untuk sejagat bukan semata-mata peribadi, kecuaian masyarakat boleh menyebabkan amalan peribadi terganggu.
Allah menyeru manusia untuk bertakwa 3 kali dalam al-quran.
ياايها الناس اتقوا ربكم ٣
Wahai manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu. Disebut "manusia", tidak hanya orang beriman.
Kali pertama, berkenaan hubungan sesama manusia, kedua dahsyatnya alam kiamat, ketiga hari akhirat, hubungan sesama manusia tidak dapat lagi membantu.
Ketakwaan adalah jalan pilihan terpilih yang melambangkan nikmat kebebasan, sebelum tiba masa yang akibatnya ialah keterpaksaan.
Al-Baqarah 2:281
وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan bertakwalah, suatu hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizhalimi.
بارك الله لي ولكم فى القرآن العظيم ونفعني واياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم أقول قول هاذا واستغفروا الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Comments
Post a Comment