Takwa vs Takut

Takut dan takwa.

Kadang-kadang orang terjemah takwa sebagai takut. Tetapi kebanyakkannya dalam terjemahan al-quran, tidak diterjemahkan. Hampir semuanya ditulis "takwa".

Sebenarnya ada 9 perkataan lain dalam terjemahan alquran yg diertikan sebagai takut. Secara mudah, orang mengira ada dua saja iaitu takut dan lawannya ialah berani.

Tetapi dalam kehidupan antara berani dan takut itu ada banyak tahap, dan banyak jenis. Takut bahaya berbeza dengan takut terlepas peluang. Jenis takut-takut, lain pula.

Jadi, takut adalah lumrah kehidupan. Ada jenis yg dielak, ada yg ditempuhi juga. Ia datang dan pergi. Tetapi takut hanyalah perasaan, dan banyak bentuk ia adalah suatu pernyataan, boleh datang dan hilang.

Berbeza dengan takwa ia adalah suruhan, atau perbuatan. Oleh itu tidaklah bersesuaian untuk disamakan dengan takut. Tetapi takut menjadi salah satu pendorong atau perkiraan untuk bertakwa.

Akan tetapi takut yg berlebihan, hingga menganggu pertimbangan boleh dikira sebagai penyakit yg perlu diambil tindakan dan perhatian. Seperti takut dengan orang ramai. Takut buat ucapan dikhalayak ramai itu biasalah, tapi ini takut orang ramai ingin bahayakan dirinya, paranoid. Ini jenis takut tidak berasas. Kadang-kadang kesannya boleh jadi terbalik, oleh kerana takutkan orang, dia pula yg mengapa-apakan orang. Pertimbangan jadi tidak betul.

Begitu juga Allah melarang manusia membunuh anak kerana takut miskin. Ini juga jenis takut tidak berasas. Akibatnya memudaratkan orang lain. Perkara semacam ini, ramai orang tidak anggap ianya penyakit kerana tiada sakit fizikal. Tetapi jadi penyakit masyarakat sebab ada masyarakat jadi sakit kerananya.

Umpama kucing yang takutkan orang yang tidak kenal, kerana hendak lari, sanggup dia cederakan orang yang memegangnya. Orang yang menjaga dan menyayanginya jadi mangsa.

Jika orang tidak faham keadaan ini, dia anggap kucing itu garang dan bertindak garang pula maka sampai bila pun kucing itu tetap garang. Dan masing-masing menganggap itulah dunia dunia sebenarnya. Kucing itu sangka betullah tanggapannya dan orang pun yakin itulah hal sebenarnya. Begitulah terbentuknya dunia ketakutan.

Comments