Bunga Cengkih Penawar Covid?

Bagaimana bunga cengkih boleh jadi calun penawar penyakit sekarang?

Jangan kata ubat, sebab istilah itu sudah jadi istilah perundangan.

Pokok cengkih, termasuk bunganya mengandungi eugenol, jenis phenol yg boleh mematikan kuman dan boleh juga mengekang operasi enzim bernama monoamine oxidase (MAO).

MAO  ialah enzim yg mengitar semula protin tertentu berkaitan dengan saraf, atau lain-lain bahan asing (xenobiotic). Ia mengeluarkan "reactive oxidation species", macam nama dia oxidase. Kalau anda gigit bunga cegkih, anda akan rasa kebas, sebab ia menganggu operasi MAO menyebabkan saraf terganggu.

Badan manusia adalah perimbangan yang kompleks. Istilahnya homeostasis. Gangguan pada MAO, terlalu banyak atau terkurang, adalah terkait dengan masalah saraf dan penyakit psikiatrik. Terlebih MAO disabitkan kemurungan, letih atau malas. Terkurang (kerana makan ubat) boleh sebabkan tekanan darah naik, jadi parah jika makan bahan terperam seperti keju, boleh mati. Ubat psikatrik yang mengekang MAO adalah pilihan akhir, sebab tahap kemudaratannya tinggi.

Apa yang jadi bila anda baru puleh dari deman atau serangan virus, orang kelantan kata "baru kebah". Sejurus tapi belum betul-betul sihat. Satu peringkat sisa-sisa serangan virus berhamburan dalam saluran darah, tapi siapa nampak? Jika diluar, anda boleh nampak seperti penyakit campak, bintik-bintik pada kulit berguguran. Bila ini berlaku dalam badan, MOA menjadi banyak, aktif mengoksid kan protin-protin sampah itu.

Tetapi tindak balas kimia dalam badan tidaklah terhad kepada sasarannya apabila terlalu banyak, jadi anda akan jadi keletihan, dah kena oksid entah mungkin sel-sel jadi plak? Kalau berlaku dalam paru-paru dinding  menjadi keras, penyerapan oksigen boleh terbantut.

Apa terjadi jika anda guna bunga cengkih? Ia diketahui mengekang MOA daripada menjadi terlalu aktif, dan proses nya menjadi lebih terkawal. Dan kebetulan dosnya sekadar cukup. Ini mengimbangi, homeostasis.

Ini hipotesis saja. Eugenol yg ada pada bunga cengkih itu ada juga dalam makanan lain seperti kulit kayu manis, halia, daun selasih, kandungannya tidaklah tinggi, digunakan sebagai rempah dalam masakan.

Molekul eugenol adalah kecil dan memungkinkan penggunaannya secara sapuan luaran. Walaupun boleh dimakan bunga cengkih secara biasa.

Seperti biasa teknologi moden boleh ambil berbakul daun atau bunga cengkih dan kumpulkan beberapa titik minyaknya. Dan kalau orang telan sebanyak itu tentulah jadi mudarat. Dan istihar, ini berbahaya. 

Cukup kata, itu bodoh atau jahat, salah guna.

Semoga Allah berikan kesihatan (fizikal) dan kewarasan (sihat mental). sihat wal afiah.

Comments