Rasul Rahmat Untuk Semua
Rasul rahmat untuk semua
Al-Anbiya 21:107
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ
Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.
1: Lil'alamin, Nabi Muhamad s.a.w sebagai rahmat, bukan untuk orang Islam sahaja tetapi semua manusia. Al-a'lamin ialah kita semua umat manusia.
2: Rahmatan, kata yg tidak dikhususkan (nahu arab: nakirah).
Nabi sudah wafat, apakah tidak ada lagi rahmat? Bahkan tetap ada, itulah yg guna perkataan "rahmatan".
Walaupun kamus arab mencatitkan kata rahmat ada bentuk tunggal dan ramai, yakni mufrad atau jamak, tetapi dalam al-quran hanya ada satu saja bentuk. Ini menjadikan ia lebih kepada "sifat". Kerana sifat tidak boleh dibilang. Tetapi ni'mat boleh dibilang walaupun banyak tak terbilang. Jadi rahmat bukan sama erti dengan ni'mat.
Tetapi praktik penggunaan perkataannya susah dipisahkan sebagai sifat atau sebagai benda (ni'mat).
3: Ma ... Illa , melainkan, membatas makna ... . Yakni mesti dilihat dalam skop "rahmatan lil'alamin" seperti 1 dan 2 di atas. Ini paling sukar difahami, walaupun dalam syariat ada perintah perang. Tetapi mesti dilihat dalam skop ini.
Pada ayat 144 ali imran. Juga ada ma ... illa.
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَا رَسُولٌ
Nabi Muhammad perlu dilihat sebagai rasul (tugas untuk menyampaikan). Sebagai peribadi, dia manusia, sudah mati sebagaimana rasul-rasul sebelumnya.
4: Arsalnaka, Kami mengutuskan engkau, untuk menyampai. rasul, arsal, mursal, risalah. Punyai kata akar yang sama.
Yang ditonjolkan dalam ayat al-quran ini ialah Nabi Muhammad s.a.w adalah kritikal dalam penyampaian rahmat Allah untuk umat manusia, selepasnya, rahmat itu tersebar luas. Tetapi rahmat seperti ini manusia perlu usahakan. Usaha mendapat dan menyampai rahmat.
Risalah dari Allah datang melalui Nabi Muhammad kepada sekelompok manusia dizamannya. Maka manusia sebagai satu umat, sudah sampai padanya risalah itu, maka selesailah tugas rasul (tugas menyampai). Tugas menyampaikan untuk umat manusia, bukan setiap individu manusia. Maka dengan kewafatan Nabi, risalah sebagai rahmat itu sudah ada dikalangan manusia. Dan manusialah yg kongsikan sesama manusia. Perkongsian sebegini adalah dari tanda rahmat itu.
Comments
Post a Comment