Pemakanan
Zaman loni, banyak juga pertikaian tentang pemakanan. Orang kena timbang sendiri. Kena ikuti perkembangan semasa. Ada perkara yg dulu orang percaya begitu-begini tak lagi macam tu. Kadang-kadang terbalik.
Dulu orang faham semua lemak tak bagus. Sekarang tak lagi, bukan semua. Bahkan ada yang perlu.
Ada orang percaya kolesterol tak bagus. Tapi sekarang orang dapati itu fikiran singkat. Sama seperti banjir, lalu orang kata air tak bagus. Kesimpulan yg salah.
Kemudian orang kata garam menyebabkan darah tinggi. Kurangkan makan garam. Tapi ini pun seperti kambing hitam. Garam pula yg kena sedangkan darah tinggi itu hanya kesan yg lama terhadap banyak benda yang tak betul dalam pemakanan.
Lagi orang kata gaut tak boleh makan daging kerana ada purin, menyebabkan asid urik.. Lagi kencing manis.. lagi sakit buah pinggang.. hati.. macam-macam nak senaraikan.
Semuanya jenis penyakit kerana jangka panjang (kronik). Air pun kalau menitik batu, akan lekuklah batu itu. Orang lebih kenali ini sebagai penyakit tua.
Tapi sebenarnya orang yang tak percayakan tiori evolusi darwin, akan percaya bahawa manusia tak berubah macam itu. Jika manusia zaman dahulu umur boleh mencecah ratusan tahun maka manusia zaman sekarang pun ada kemungkinan umur panjang sebegitu. Tetapi takdir Allah, zaman sekarang sudah berlainan, maka umur manusia pun banyak kaitan dengan suasana alam pada pemakanan, kebersihan dan sebagainya.
Jadi walaupun zaman moden, manusia banyak ilmu tentang pemakanan. Tapi banyak juga ilmu itu adalah dari sangkaan yang belum tentu betul. Dan biasanya manusia tak dapat melihat secara keseluruhan. Pemakanan satu orang tidak sama dengan orang lain bila berubah tempat, suasana, umur dan keaktifan.
Masa muda makan tiga kali sehari tak mengapa. Tapi makanan satu orang tak sama banyak dengan orang lain.
Bila sudah bertambah usia, berubah cara hidup, makan tiga kali, mungkin sudah tidak bersesuaian. Termasuk juga waktu makan. Mungkin sudah berlebihan. Kemungkinan ini besar bila dunia mengalami banyak masalah orang gemuk. Kiranya jika orang tak gemuk hingga umur 40an, selepas itu dia tak akan gemuk jika makan lebih. Jadi tak gemuk pun belum tentu sihat. Kerana kegemukan mudah berlaku pada peringkat usia tertentu.
Makan lebih, atau lebih tepat, makan tak seimbang. Bila orang lebih makan sesuatu dia akan terkurang makan yang lain.
Tambah keliru bila orang makan lebih, dia mengantuk, tapi mengantuk ini bukan serta merta. Mungkin satu atau dua jam selepas makan baru mengantuk. Itupun jika jenis tak aktif. Nak lawan mengantuk, makan lagi kacang, gula-gula.
Lama kelamaan mengantuk bertukar jadi rasa lemah badan. Waktu tidur dah tercelaru. Orang sangka ini biasalah kerana dah tua.
Tapi ini sebenarnya terlebih kanji/karbohidrat. Sepatutnya orang makan bersesuaian dengan keperluan badannya. Jika aktif dia perlu lebih banyak. Tetapi kerana ini sukar ditentukan maka orang makan ikut kebiasaan atau ikut perasaan. Biasa makan tiga kali, maka makan tiga kali. Tak lapar pun makan.
Jika yg makan ikut perasaan, dia makan hingga kenyang. Tapi kenyang itu bukan sesuatu yg serta merta. Yakni rasa kenyang itu lambat, walaupun sebenarnya sudah kenyang. Sebaliknya lapar itu ikut kebiasaan walaupun bulan puasa jika sudah seminggu tak rasa lapar pun.
Jadi makan ikut kebiasaan atau ikut rasa belum tentu cara yg betul. Terlebih makan pun melemahkan badan.
Sebab sukarnya nak tentukan yang tepat untuk setiap orang, atau diri sendiri, maka ilmu tentang pemakanan adalah "ijtihad" seseorang untuk dirinya. Dapat pahala walaupun tersilap. Tapi bila silap tu kena lah buat pembetulan, perubahan, jumpa doktor jika keadaan memerlukan, makan ubat.
Sesuatu dikira ubat jika perlu makan untuk sementara, untuk sembuh. Jika doktor kata kena makan selama-lamanya, ini bermakna itu bukan ubat, ia tidak menyembuhkan. Tapi orang keliru tentang maksud "ubat". Doktor pun mungkin termasuk dalam kekeliruan ini.
Kerana industri ubat-ubatan ini berasaskan keuntungan, banyak ubatannya lebih mementingkan keuntungan daripada kepentingan orang ramai. Bila penguasa perubatan sibuk berebut jawatan sama sendiri, orang ramai jadi mangsa.
Sebab itu kita sentiasa minta dalam sembahyang, tunjuki lah kami jalan yang lurus.
إهدنا الصراط المستقيم
Kita hidup kalau boleh hendak jalan terus dan lurus. Bukan sekali lalu satu arah, tiba-tiba silap kena patah balik. Tapi kalau kena patah balik, kita patah baliklah walaupun dah puluhan tahun arah begitu.
Demikianlah juga pada hari kiamat kita amat berharap dapat jalan yang terus dan lurus ke syurga, bukan keluar masuk neraka melainkan hanya sekadar menyaksikan benarnya janji Allah pada manusia. Apakah dipilih jalan beriman atau jalan kekafiran.
Kita beriktiar, semoga Allah berikan petunjuk, bantuan, permudahkan terhadap usaha-usaha. Dan pengampunan pada mana-mana yang tersilap.
Comments
Post a Comment