Jenis Gas Memasak

Selain makanan, gas memasak juga ada beberapa jenis. Tetapi, tidak ada peraturan menghendaki disenaraikan bahan-bahan yg ada dalam gas.

Gas asli, lpg, propana, butana. Semua jenis gas ini bukan 100% tulen. Samalah RON95 bila jadi RON97 sudah naik harga banyak, padahal cuma 2% saja bezanya, 97-95.

Yang penting bila menggunakan gas memasak, rumah perlu pengudaraan yg secukupnya. Sebab gas terbakar bukan hanya air dan karbon dioksida, tapi bahan-bahan lain dalam gas itu tidak diketahui.

Minyak dan gas Malaysia lebih bersih dari belerang berbanding dengan dari kawasan yg ada aktiviti gunung berapi. Jadi tiada pencemaran sulfur dioxida.

Tetapi pembakaran yang tidak penuh boleh menyebabkan ujudnya gas yg bermacam-macam.

Umumnya pengunaan gas memasak, tanpa pengudaraan yg secukupnya boleh menakung gas lain seperti: karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur oksida, jika bocor, metana, propana, butana.

Semua ini menganggu pernafasan penyebab asthma. Kanak-kanak lebih sensitif.

Masalah ini banyak di negeri barat, sejuk, kerana mereka memasak dalam keadaan rumah mereka tertutup. Dan banyak rumah disambung dengan paip gas seperti kita ada paip air. Dan biasa saja berlaku kebocoran sedikit.

Tapi tak tahulah mereka nak kempen beli dapur letrik induksi. Tak gunakan gas.
Dapur ini menggunakan elektromagnet, dan hanya boleh digunakan jika periok itu jenis besi atau keluli.

Oh ya, kebanyakkan gas ini lebih berat dari udara, bila sejuk dia bertakung sebelah lantai, tidak naik ke atas. Jadi lebih terkesan kepada yang rendah.

Comments