Posts

Showing posts from 2020

Tuhan. Rabb. Adakah Diperlukan?

Ya rabb. Adakah tuhan diperlukan? Ramai manusia hidup sehari-hari tidak endahkan tuhan. Untuknya ada tuhan atau tidak, adalah sama sahaja. Mereka melihat orang kafir pun boleh hidup senang lenang.  Kalau dia berfalsafah, jadi atheis. Tetapi anda sebagai orang Islam apa peranan tuhan dalam hidup anda? Ada yang tak mahu fikir pun berkenaan perkara ini. Untuk sesiapa yang mahu berfikir boleh terus baca. Untuk mudah berfikir tentang tuhan ialah dengan menggunakan ayat-ayat dari tuhan. Ini cara matematik, membuat anggaran berturut-turut (successive approximation). Mula dengan andaian, harapnya di akhir dapat keyakinan. Perhatikan perkataan rabb dalam ketiga-tiga ayat berikut: Al-Fatihah 1:2 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ  Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam Yusuf 12:42 وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُۥ نَاجٍ مِّنْهُمَا ٱذْكُرْنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَىٰهُ ٱلشَّيْطَٰنُ ذِكْرَ رَبِّهِۦ فَلَبِثَ فِى ٱلسِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ  Dan dia (Yusuf) berkata kepada orang yang d...

Mengeluar / Membebaskan Manusia

Mengeluar/membebaskan manusia An-Nahl 16:78 وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ  Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur. Manusia bergantung kepada ibunya 100% makan minumnya, selepas kelahiran kebergantungan itu berkurang setakat hisap susu ibunya. Seterusnya dia mula makan sendiri. Proses-proses tersebut berlaku dalam jangka masa tertentu secara beransur-ansur. Ada kalanya jadi mendadak. Kemudian ibubapa menjadi penjaganya, bergantung keperluan kejiwaan yakni emosi, pengentahuan. Ini pun sampai waktu tertentu, akan terbebas kebergantungan. Maka manusia dikandung pula oleh dunia dan masyarakatnya yang mana ia perlulah belajar bergantung dengan Allah. Hinggalah dunia melahirkannya ke alam barzakh. Bebaslah manusia dari semuanya kecua...

Nabi Muhammad Dalam Syahadah

Nabi Muhammad s.a.w dalam syahadah Tersebut namanya 4 kali dalam al-quran.  Dalam rukun Islam tersebut namanya bersama syahadah. أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad utusan Allah. Kadang-kadang khatib jumaat sebut syahadah dalam bahasa arab, salah. Dia baca "annaa" kedua panjang, sepatutnya pendek. Dua kalimah, dua kesaksian. Bagaimana kita nak beri kesaksian jika tidak kenal? Mula-mula kita lihat dalam dua kalimah syahadah. Selepas Muhammad disebut rasullullah, tak ada alif lam sebelum rasul. Ertinya, beliau bukan satu-satunya rasul. Beza dengan Allah, satu-satunya tuhan. Dua kalimah, dua kesaksian yang berbeza. Kesaksian bahawa beliau adalah rasul, utusan Allah. Bukan semata-mata seorang individu. Ali-Imran 3:144 وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ...

Rasul Rahmat Untuk Semua

Rasul rahmat untuk semua Al-Anbiya 21:107 وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ  Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam. 1: Lil'alamin, Nabi Muhamad s.a.w sebagai rahmat, bukan untuk orang Islam sahaja tetapi semua manusia. Al-a'lamin ialah kita semua umat manusia. 2: Rahmatan, kata yg tidak dikhususkan (nahu arab: nakirah). Nabi sudah wafat, apakah tidak ada lagi rahmat? Bahkan tetap ada, itulah yg guna perkataan "rahmatan". Walaupun kamus arab mencatitkan kata rahmat ada bentuk tunggal dan ramai, yakni mufrad atau jamak, tetapi dalam al-quran hanya ada satu saja bentuk. Ini menjadikan ia lebih kepada "sifat". Kerana sifat tidak boleh dibilang. Tetapi ni'mat boleh dibilang walaupun banyak tak terbilang. Jadi rahmat bukan sama erti dengan ni'mat. Tetapi praktik penggunaan perkataannya susah dipisahkan sebagai sifat atau sebagai benda (ni'mat). 3: Ma ... Illa , melainkan, membata...

Takwa vs Takut

Takut dan takwa. Kadang-kadang orang terjemah takwa sebagai takut. Tetapi kebanyakkannya dalam terjemahan al-quran, tidak diterjemahkan. Hampir semuanya ditulis "takwa". Sebenarnya ada 9 perkataan lain dalam terjemahan alquran yg diertikan sebagai takut. Secara mudah, orang mengira ada dua saja iaitu takut dan lawannya ialah berani. Tetapi dalam kehidupan antara berani dan takut itu ada banyak tahap, dan banyak jenis. Takut bahaya berbeza dengan takut terlepas peluang. Jenis takut-takut, lain pula. Jadi, takut adalah lumrah kehidupan. Ada jenis yg dielak, ada yg ditempuhi juga. Ia datang dan pergi. Tetapi takut hanyalah perasaan, dan banyak bentuk ia adalah suatu pernyataan, boleh datang dan hilang. Berbeza dengan takwa ia adalah suruhan, atau perbuatan. Oleh itu tidaklah bersesuaian untuk disamakan dengan takut. Tetapi takut menjadi salah satu pendorong atau perkiraan untuk bertakwa. Akan tetapi takut yg berlebihan, hingga menganggu pertimbangan boleh dikira sebagai penyakit...

Syaitan Manusia

Syaitan manusia Al-Baqarah 2:14 وَإِذَا لَقُوا۟ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ إِلَىٰ شَيَٰطِينِهِمْ قَالُوٓا۟ إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُونَ  Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, “Kami telah beriman.” Tetapi apabila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka berkata, “Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.” Dalam ayat ini, banyak tafsiran tentang syaitan ialah ketua atau pemimpin mereka. Seakan-akan Tuhan pun perli kejahatan mereka. Tetapi jika lihat sejarah komunis ini bukanlah perli tetapi itulah sebenarnya. Mereka tidak berkawan, tetapi rakan-rakan mereka hanya tunggu saat dan ketika sahaja. Memang syaitan pun, syaitan manusia. https://youtu.be/3r9vVB15QNk

Tiada Keraguan Pada Al Quran

Tidak ada keraguan pada Al-Qur'an الٓمٓ  ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ  Alif Lam Mim Kitab (Al-Qur'an) "ini" tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,.   -Al-Baqarah 2:1-2 Alif lam mim.  Al-Qur'an ialah kalam (kata-kata) Allah. Berbanding dengan pertuturan manusia, manusia juga ada menggunakan huruf-huruf seperti "O". Oo, begitu! Atau "M" disebut dengan lebih panjang. MMM, nanti saya fikir. Atau kadang-kadang mengunakan bunyi yang bukan huruf seperti "ehem" atau batuk-batuk. Semua ini berlaku dalam pertuturan tetapi tidak dianggap sebagai sesuatu yang tertulis. (maktub, kitab). Dan tidak dikira dalam nahu. Dalam pertuturan manusia, bunyi-bunyi seperti ini kadangkala membayangkan ada keraguan, tidak yakin pembicara. Tetapi pada kalam Allah, ia dinafikan "tiada keraguan padanya". Hingga boleh terasa bacaan alif-laam-miim yang disebut satu persatu dengan jelas dan panjang, mel...

Rahmat Allah Disebalik Amaran

Rahmat Allah disebalik amaran Az-Zumar 39:55 - 58 وَٱتَّبِعُوٓا۟ أَحْسَنَ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ ٱلْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ  Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Qur'an) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyadarinya, أَن تَقُولَ نَفْسٌ يَٰحَسْرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِى جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّٰخِرِينَ  agar jangan ada orang yang mengatakan, ‘Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah),’ أَوْ تَقُولَ لَوْ أَنَّ ٱللَّهَ هَدَىٰنِى لَكُنتُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ  atau (agar jangan) ada yang berkata, ‘Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa,’ أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى ٱلْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِى كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ ٱلْمُحْسِنِينَ  atau (agar jangan) ada...

Penyediaan Kuali Baru

Penyediaan kuali baru. Orang tak gunakan lagi kuali tak melekat sebab teflon yg digunakan untuk membuatnya tidak melekat boleh hilang, terkupas atau melewap. Melewap berlaku secara kecilan bermula dengan 60°C dan boleh rosak terus jika sampai 500°C. Wap ini sebatian flourine adalah berbahaya. Biasanya yang dibuat dgn aluminium, jika lapisan teflon sudah hilang tak selamat lagi diguna. Pilihan lain dari kuali tak melekat ialah antaranya kuali besi tumpat (berat), kuali keluli karbon (sederhana), kuali keluli tak karat?, keluli batu granit (mahal). Untuk kuali besi tumpat atau keluli karbon ianya perlu di proses sebelum digunakan supaya tidak melekat, dan tidak berkarat. Kuali jenis ini yang baru, disalut dengan lilin lebah, basuh dahulu sebelum guna. Kemudian gunakan minyak panas untuk "lusuhkan" (season). Contoh seperti video. https://youtu.be/S5pTGUBVy8Q Jika dibasuh disental dengan berus keluli, lapisan yg terbentuk boleh hilang dan proses yang sama boleh dibuat semula. Min...

Bala & Pengalaman

Al-A'raf 7:133 فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلْجَرَادَ وَٱلْقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَايَٰتٍ مُّفَصَّلَٰتٍ فَٱسْتَكْبَرُوا۟ وَكَانُوا۟ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ  Maka Kami kirimkan kepada mereka topan, belalang, kutu, katak dan darah (air minum berubah menjadi darah) sebagai bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa. Ini berlaku zaman nabi Musa. Maknanya Nabi Musa dan orang yang beriman turut sama terkena. Tetapi pengalaman ini menunjukkan cara ini tidak berjaya menyedarkan manusia. Jadi kita berpandangan Allah tidak akan menggunakan cara yang sama untuk menyedarkan manusia. Begitulah kita melihat cubaan Allah datang dalam bentuk-bentuk yang berbeza sepanjang zaman. Kegagalan ini dilihat begini: walaupun ditimpa bala, mereka "fastakbaru", mereka jadi takbur pula. Bukan nak merendah diri dengan Allah, bahkan firaun arah saja Nabi Musa berdoa pada Allah, seolah-olah jadi orang suruhan dia pula. Al-A'...

Musyrikin Moden

Musyrikin moden Al-Jatsiyah 45:23 أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ  Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan "ilmu", dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapa yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah, Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?  Perkataan (هوىه) diterjemah melayukan sebagai hawa nafsunya, sedangkan perkataan "hawa" itu samalah dengan arabnya, cuma ada tambahan "nafsu". Ini pun asal bahasa arab. Jadi terjemahannya meminjam dua perkataan arab juga. Jika kita terjemahkan dua perkataan ini "hawa nafsu", ianya bererti "keinginan diri". Orang arab juga gunakan "hawa" untuk memberi maksud udara atau ikli...

Khutbah Raya 1441H / 2020 Masihi

Raya 1441 Hijrah bersamaan 2020 Masihi الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا اياه مخلصين له الدين، ولو كره الكافرون. لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعزّ جنده وهزم الاحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد أشهد أن لا إله الا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين Aali-Imran 3:102 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ  Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim. Sidang jamaah sekelian, Alhamdulillah kita telah selesai ibadat puasa sebulan ramadan. Al-Baqarah 2:183 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن ق...

Pengajaran Dari Buat Haji

pengajaran dari buat haji. Kalau suatu itu sah benar dari perintah Allah maka akan dapat pahala buatnya ikut caranya, walaupun pusing2 tempat sama seperti tawaf, atau pi mai pi mai macam sai, atau dok saja macam tak buat apa spt wukuf, atau jalan berkilometer hanya lontar batu. Itu semua yg jelas Allah suruh tentunya dapat pahala. Tapi buatlah takat yang tahu sah benarnya. Jangan tokok tambah. Bila kata pahala, maskudnya dunia akhirat, akan ada kemudahan lain Allah berikan di dunia dan akhirat Kalau haji itu penat jalan berbatu2 tapi hanya hari2 tertentu sahaja (5 hari). Dan Allah hanya tuntut sekali sepanjang hayat. sebab tu ayat rabbana aatina fi dunia hasanah wafil aakhirati hasanah waqinaa azbanar.. adalah berkait dgn haji

Balancing Tayar Kenderaan

Balancing ialah mengimbangi tayar pada putaran paksinya. Atas banyak sebab, sebaran getah pada tayar tidak 100% sempurna. Jadi bila buat balacing dia tambah pemberat, dipaku pada bingkai(rim). Kemudian selepas beberapa lama, samaada pemberat itu terjatuh, atau getah tayar menjadi kecut, kehilangan minyak, haus dan sebagainya; tayar menjadi tidak seimbang semula. Menukar tayar belakang, depan; kiri kanan bersilang diperlukan bila tayar haus tidak sama antara kiri dan kanan, belakang dan depan. Ini berlaku kerana ke empat2 tayar akan mengalami haus yang berbeza kerana mereka tak lalu laluan yg sama 100%. Dan supaya apabila tayar menjadi haus secara berimbang supaya keempat2 tayar  oleh ditukar sekali gus. Dan kita tidak ada campuran tayar terlalu lama (haus sikit, keras) dan tayar baru (bunga tebal dan lembut). Tayar lama lebih keras kerana kandungan minyak padanya sudah kering menyebabkan cengkamannya pada bingkai tidak lagi anjal. Ini menyebabkan kebocoran angin ketika hentakkan p...

Al-Quran : Manusia Diciptakan Suka Mengeluh

Al-Ma'arij 70:19 إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Khuliqa (diciptakan) adalah kata kerja tanpa merujuk sesiapa. Walaupun pembaca tahu bahawa yg mencipta manusia ialah Allah tapi perkataan itu mengajak kita fokus kpd yang dicipta bukan pencipta. Halu'aa (keluh kesah) adalah satu sifat manusia yang kelihatan negatif kepada kebanyakan orang. Kalau kita fokus kpd pencipta maka, orang akan kata Allah buat perkara negatif, subhanallah, ini tidak patut. Tapi dgn fokus kepada manusia kita timbulkan salah satu sifat dari sifat2 manusia. Contoh manusia dijadikan lapar. Perlu makan. Lapar sebenarnya adalah satu perkara negatif yg kebanyakan orang tak anggap negatif sebab dia menanti perkara yg akan menyusul iaitu makan. Harapan pada makan memadamkan negatif tadi. Makan adalah nikmat. Demikianlah juga halu'aa, maka Allah jadikan perkara yg memadamkan sifat itu yg merupakan nikmat yg tersendiri apabila manusia melaksanakannya. Iaitu...

Matawang Elektronik : Bitcoin? Adakah Patuh Syariah?

Itu bitcoin. Zaman sekarang urusan ekonomi jadi lebih rumit. Jika zaman dahulu jual beli ada barangnya. Tetapi sekarang orang jual perkhidmatan, bayar dahulu tak ada apa-apa benda cuma janji ada perkhidmatan. Tambah pelik bila tak ada harga tetap, boleh berubah tiba-tiba. Dan tak jelas siapa yang letak harga. Bitcoin boleh dilihat sebagai perkhidmatan hantar wang . Tapi dalam bentuk matawang elektronik. Maknanya ia perlu dibeli oleh orang yang menghantar, macam wang pos kemudian orang yang menerima boleh tukar balik dalam matawang sebenar. Tetapi beza dengan wang pos, ia adalah matawang, nilai bitcoin boleh berubah, jadi pihak yang menerima boleh menerima lebih atau kurang dari yang asal. Jadi orang boleh tangguh penukaran kematawang sebenar, sambil melihat apabila kadar tukaran naik, ambil untung. Tapi bitcoin tak sama dengan matawang sebenar, kerana : ia tidak melalui bank, tidak perlu ikut peraturan kerajaan, hanya penghantar dan pemberi sahaja terlibat, walaupun ada penyata terbuk...

Konsep Keadilan dan Kemaafan

Konsep-konsep keadilan dan kemaafan An-Nahl 16:90 إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. An-Nisa' 4:58 إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا ٱلْأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِٱلْعَدْلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۧٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًا Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat. Ayat pertama Allah meny...

Kempen Fikir Positif - Falsafah Atom

Kempen fikir positif 1. Mengapa? Kerana mengelak dari cara negatif. Antara sebab kegagalan fikir positif ialah ketidak-fahaman apa itu positif dan negatif. FALSAFAH ATOM. Atom ada unsur positif dan negatif yang berimbang. Iaitu proton bercas positif dan elektron bercas negatif. Demikian dalam kehidupan, yang positif dan negatif berimbangi. Bila dihampiri atom akan jumpa elektron yang negatif dari luar. Yang positif terletak di tengah-tengah. Begitulah inti kehidupan ialah perkara positif tetapi akan diketemui banyak negatif, atau akan terserempak dengan negatif lebih kerap. Lebih dari 99.999% dari berat atom berada dinukleus yang positif. Jadi timbangan positif jauh lebih dari yang negatif. Walaupun konsep cas yang sama menolak, tetapi ia tidak menghalang proton yang positif berada pada nukleus bersama-sama dengan ikatan yang kuat. Tidak seperti elektron yang cas negatif bertaburan di luar. Manakala elektron yang bercempera di luar atom lebih mudah terpisah dari atom menjadi bebas, tet...

Penyakit Dalam Dada : Keraguan dan Sangkaan

Yunus 10:57 يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. Penyakit dalam dada ialah keraguan dan sangkaan (tafsir ibn katsir). Tapi tafsiran ini terlalu luas. Maka sebagai penjelasan, ditumpukan perbincangan perkara berkaitan dengan Allah, walaupun asalnya tidak hanya itu sahaja. Iaitu membersihkan dari perkara kotor dan syirik. Dan lanjutan dari itu, membersihkan dari pengaruh (buruk) dunia dan berharap baik dari Allah serta keyakinan, keimanan. Dalam Islam ada ilmu tasauf, ilmu menyuci diri. Ianya satu bidang tersendiri. Malangnya, ianya diamal tanpa kefahaman secukupnya lalu, menjadikannya tidak popular dikalangan orang yang belajar sunnah. Ilmu penyucian diri dikuasai golongan tariqat dengan tokok tambah yang pengi...

TNB : Phase 1/ 2 / 3 - Arus Terus (DC) atau Arus Ulang Alik (AC)

3 Phase ? 2 Phase? 1 Phase? AC ? DC? .................................................................... PHASE 1 / 2 / 3 .................................................................... Bukan sebab rumah atau bukan rumah, tapi sebab dia nak guna banyak tenaga/kuasa letrik. Ada rumah orang kaya yg nak guna banyak tenaga dia gunalah 3 phase. TNB cuma sambung saja. Talian elektrik luar rumah semua 3 phase. Kalau dulu wayar letrik tergantong di tiang jalan raya boleh lihat ada 5 wayar. 3 wayar hidup (3 phase), 1 nutral. dan satu wayar kecil untuk lampu jalan. Untuk kegunaan rumah dia sambung salah satu dari wayar (3 phase) katalah phase 1, kemudian rumah kedua guna phase ke2, rumah seterusnya phase ke3. Dibahagikan supaya beban setiap phase itu secara keseluruhanya sama seimbang. Biasanya had 1 phase ialah 7.5kW. Lebih dari itu baru guna 3 phase. Had ini bergantung kepada pembekal letrik. 7.5kW ni negara lain. Ada alat rumah yg lebih dari 7.5kW? Amat banyak ni... lebih kurang 10 kuasa...

Pengajaran Covid 19

Apa pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa covid-19? Terkena penyakit tetapi tidak tahu adalah teruk sekali. Tidak tahu kerana tidak nampak. Orang sedar penyakit itu apabila sudah timbul tanda, yakni sudah teruk. Oleh kerana tahu kesudahannya, tetapi tidak tahu permulaannya, manusia cuba meneka-neka, mengada-adakan cara mengelakkannya, hingga menyusahkan ramai orang, hingga tak sembahyang jamaah dan jumaat. Yang tak biasa melazimi jamaah tak merasa apa-apa kurangnya. Alangkah baiknya bila orang tahu dan nampak bila suatu penyakit itu datang. Tak perlulah susahkan semua orang kerana satu dua orang sakit. Bahkan rawatan awal boleh dijalankan sebelum parah. Tetapi banyak perkara sakit menyakit ini tidak nampak permulaannya. Tentunya jika sampai mati pun tidak ada tanda, itu lebih hebat fitnahnya. Bukan tak ada, tapi bila masuk kubur, bila keluar kubur baru tahu. Aduhai! kalau setakat kena qurantin.. Yang tak nampak itu kita (manusia), kalau Allah, Dia tahu dan ...

Coronavirus 1

Siapa yang minat : https://youtu.be/uZUJhKUbd0k Maklumat yang ada menunjukkan virus ini bukan semulajadi. Yang ada di kelawar itu tidak mudah berjangkit. Tapi kalau sumber berita yang tak sahih, mereka campur adukkan unsur tuduh dan niat supaya orang keliru. Jadi orang tolak fakta sebab ada tuduhan dan niat yang tak boleh nampak. Orang kata ada bukti bahawa virus itu buatan. Bukan kata buat senjata biologi. Bukan kata sengaja nak bahayakan orang. Perkara orang nak siasat dari makmal ialah: dari mana sampel virus itu di ambil. Bila di ambil. Makmal perlu ada rekod begini. Itu kajian saintifik. Jika tak ada maka itu buatan dalam makmal. Dan dah lama dah depa buat penyelidikan nak buat benda tu. Penyelidikan yang bernama "gain of function". Jika kerajaan cuba sembunyikan maklumat paling kurang nak jaga kepentingannya. Tapi jika penyelidik virus di US berbohong kenapa? Yang sangat-sangat menafikan bukan buatan ialah penyelidik virus di US juga. Tap...

Penamaan Coronavirus

Sudah menjadi sekian lama cara saintis menamakan virus mengikut tempat ia ditemui. Zika merupakan satu hutan di Uganda. Virus ini diketemui sejak1947. Ebola adalah sebuah sungai di republik Congo. Nipah ada Sungai Nipah Negeri Sembilan Malaysia. West nile virus .. Sungai nil  Marburg virus .. Bandar di Jerman Norovirus .. Bandar Norwalk di Ohio USA Begitu juga penyakit German measels Spanish flu Lyme disease Stockholme syndrom Japanese encephalitis Tapi bila sebut virus Wuhan ,china komunis melenting. Awal januari masih OK lagi. Kemudian nya mereka jadi tak waras. Mereka kata itu tuduhan rasis, hinggalah berjangkit kepada WHO  buat nama baru covid. Menarik juga mula-mula covid tu "china obliterated viral infection data" mereka cuba buang semua maklumat tentang penyakit itu. Lepas itu jadilah covid "china origin viral international disaster" Malapetaka virus berasal dari negeri china.

Lapang Dada

Lapang dada Thaa Ha 20:25 قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى  Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, Biasanya manusia suka keluasan, kelapangan. Kerana itu memberinya ruang dan kebebasan, mengisi apa-apa yang bernilai dan berguna untuknya. Lapang adalah kekosongan, manusia tidak meminta kekosongan, tetapi perlu kelapangan untuk mengisi sesuatu. Sesuatu, boleh jadi benda yang nampak, atau yang bukan kebendaan. Apakah kelapangan yang diminta oleh nabi Musa? Lapang dada, tidak bermaksud jasad dada itu sendiri, tetapi lebih kepada jiwa, psokologi atau mental. Biasanya manusia mahu lapang masa atau ruang. Ia tidak meminta kelapangan, sebaliknya minta perkara-perkara yang memenuhinya. Maka permintaan lapang dada oleh nabi Musa adalah sejurus selepas Allah memberi tugasan bertemu fir'aun, seorang yang melampaui batas. Nabi Musa meminta perkara yang dia perlukan untuk tugasan itu. Permintaan untuk dirinya, bukan meminta diapa-apakan fir'aun...

Ron 95 vs Ron 97

ron95 ada 95% oktana,  Ikut peratus lagi 5% ialah yg lebih dari lapan karbon. Jadi ron97 ada 3%. Dari segi tiori kemungkinan tak habis pembakaran untuk ron95 lebih banyak. Tapi praktik kena lihat data. Jika kereta itu memang dibuat dijajar untuk ron97 maka kemungkinan besar betullah. Tapi jika kereta itu dijajar untuk ron95, mungkin bezanya tak seberapa. Tapi mengatakan bila bawa laju kurang karbon pun belum tentu. Itu bukan sebab minyak tetapi sebab getaran. Bila bertambah laju kemungkinan pembakaran tak sempurna pun makin tinggi. Logik satu lagi ialah, jika kereta itu dijajarkan untuk ron95, pembakaran lengkap menjadikan ia lebih banyak tenaga dari jumlah sama ron97. Berapa banyak beza, kena analisa apa kandungan 5% itu.

Waktu Solat Witir

Waktu-waktu solat witr Hadith riwayat Muslim حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا حَفْصٌ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي سُفْيَانَ، عَنْ جَابِرٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ ‏" ‏ ‏‏ وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ مَحْضُورَةٌ ‏‏ Dari Jabir bahawa Rasulullah (ﷺ) berkata: Sesiapa takut tidak bangun pada akhir malam, dia bolehlah witr pada awal malam; dan seorang yang sangat ingin bangun akhir malam, dia boleh witr pada hujung malam. Maka solat hujung malam adalah disaksikan (malaikat) dan itu yang lebih utama. Dalam riwayat abu muawiyah dia kata dihadiri. Sahih Muslim 755 a  In-book : Book 6, Hadith 195  وَحَدَّثَنِي سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ، حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ، - وَهُو...

Tanggungjawab Manusia Dalam Dirinya

Manusia punyai tanggungjawab dalam dirinya. Ar-Ra'd 13:11 لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ  Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Dari luarannya manusia terjaga oleh malaikat dengan penjagaan yang kita tidak tahu bentuknya. Tetapi apa yang ada dalam diri manusia, maka diri itulah yang perlu merubahnya. Kenapa patut tahu? Kerana ada orang berdoa supaya dirinya berubah, tetap...

Wabak, Fitnah, Ujian

Wabak,  fitnah  dan ujian. Alhamdulillah berkat di bulan ramadan ini kita berpuasa, kurangkan makan. Dan kurang keluar rumah.  Wabak itu penyakit, fitnah itu suatu yang menimbulkan kekeliruan dan ujian adalah suatu yang ada jawapan. Adapun kita menghadapi kesemua ini dalam satu. Kita ambil dari satu sudut iaitu ujian. Sebelum ujian biasanya ada persiapan, tugas atau latihan, dalam bentuk pembelajaran, pengkajian dan sebagainya. Ujian dalam kehidupan ini kitab panduan terbesar ialah al-quran. Inilah keberkatan bulan ramadan.  Al-quran adalah panduan tertinggi. Tentunya panduan umum tidak akan diketemui sebiji-sebiji perkataan sepanjang zaman, cuma yang penting-penting atau konsep atau jalan untuk mendapatkan kebaikan dan mengelak kecelakaan. Atau dengan sepatah perkataan itulah takwa. Jadi ujian dalam kehidupan bukan dalam bentuk soalan bertulis atau lisan tetapi praktikal masalah yang perlu diselesaikan. Bukan setakat secara individu tetapi juga...

Fitnah Duduk Di Rumah Lebih Baik

Fitnah-fitnah duduk di rumah lebih baik. حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الأُوَيْسِيُّ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ، عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيَّبِ، وَأَبِي، سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‌‏ سَتَكُونُ فِتَنٌ، الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، وَمَنْ يُشْرِفْ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، وَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ ‏"‌‏.‏ وَعَنِ ابْنِ شِهَابٍ، حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مُطِيعِ بْنِ الأَسْوَدِ، عَنْ نَوْفَلِ بْنِ مُعَاوِيَةَ،، مِثْلَ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ هَذَا، إِلاَّ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، يَزِيدُ ‏"‏ مِنَ الصَّلاَةِ صَلاَةٌ مَنْ فَاتَتْهُ فَكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ ‏"‌‏.‏" dari Abu Hurairah: Telah berkata Rasulullah (ﷺ) , "Akan terjadi fit...