Mengeluar / Membebaskan Manusia
Mengeluar/membebaskan manusia
An-Nahl 16:78
وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur.
Manusia bergantung kepada ibunya 100% makan minumnya, selepas kelahiran kebergantungan itu berkurang setakat hisap susu ibunya. Seterusnya dia mula makan sendiri.
Proses-proses tersebut berlaku dalam jangka masa tertentu secara beransur-ansur. Ada kalanya jadi mendadak.
Kemudian ibubapa menjadi penjaganya, bergantung keperluan kejiwaan yakni emosi, pengentahuan. Ini pun sampai waktu tertentu, akan terbebas kebergantungan.
Maka manusia dikandung pula oleh dunia dan masyarakatnya yang mana ia perlulah belajar bergantung dengan Allah. Hinggalah dunia melahirkannya ke alam barzakh. Bebaslah manusia dari semuanya kecuali Allah.
Tidaklah semuanya berjalan lancar. Anak yang tidak mahu lahir apabila sampai waktunya akan jadi bahaya kepada ibu dan anaknya. Begitu juga yang emosinya tidak dapat lekang dari penjaganya akan jadi kesusahan hidup bermasyarakat, bukan sahaja untuk dirinya bahkan masyarakat. Jika ketergantungan ini tidak diurus degan betul jadilah tonggang langgang. Orang kaya bergantung kepada orang miskin, pemerintah bergantung kepada rakyat, ibubapa bergantung pada anak-anak. Akhir sekali, jika terlalu bergantung dengan dunia akan jadi perit bila waktu perlu meninggalkannya. Manusia perlu bergantung kepada Allah. Dialah tempat pergantungan hakiki.
Manusia perlu belajar boleh bersendirian bergantung dengan Allah, dalam kehidupan.
Maryam 19:95
وَكُلُّهُمْ ءَاتِيهِ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ فَرْدًا
Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendiri-sendiri pada hari Kiamat
Bebas dari kertergantungan bukan bererti sikap keakuan. "Mudah-mudah kamu bersyukur" seperti ayat dipermulaan, ialah: sepanjang tempoh waktu tersebut, semua ketergantungan tadi harapnya bertukar jadi kesyukuran. Kepada ibu, kepada penjaga, masyarakat. Dan paling merangkumi, kepada Allah.
Yang jadi pemboleh kepada semua itu ialah pendengaran, penglihatan dan hati.
Comments
Post a Comment