Tuhan. Rabb. Adakah Diperlukan?

Ya rabb. Adakah tuhan diperlukan?

Ramai manusia hidup sehari-hari tidak endahkan tuhan. Untuknya ada tuhan atau tidak, adalah sama sahaja. Mereka melihat orang kafir pun boleh hidup senang lenang.  Kalau dia berfalsafah, jadi atheis. Tetapi anda sebagai orang Islam apa peranan tuhan dalam hidup anda? Ada yang tak mahu fikir pun berkenaan perkara ini. Untuk sesiapa yang mahu berfikir boleh terus baca.

Untuk mudah berfikir tentang tuhan ialah dengan menggunakan ayat-ayat dari tuhan. Ini cara matematik, membuat anggaran berturut-turut (successive approximation). Mula dengan andaian, harapnya di akhir dapat keyakinan.

Perhatikan perkataan rabb dalam ketiga-tiga ayat berikut:

Al-Fatihah 1:2
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam

Yusuf 12:42
وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُۥ نَاجٍ مِّنْهُمَا ٱذْكُرْنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَىٰهُ ٱلشَّيْطَٰنُ ذِكْرَ رَبِّهِۦ فَلَبِثَ فِى ٱلسِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ 
Dan dia (Yusuf) berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua, “Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu.” Maka setan menjadikan dia lupa untuk menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Karena itu dia (Yusuf) tetap dalam penjara beberapa tahun lamanya.

Al-Isra' 17:24
وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا 
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.”

Yang pertama (رب) diterjemahkan sebagai tuhan. Dalam ayat kedua, (ربك) mesti difaham sebagai tuan kamu, bukan tuhan kamu. Begitu juga (ربه) tuannya bukan tuhannya. Manakala dalam ayat ketiga, (رب) bererti tuhan ku dan (ربيانى) bererti berdua mendidik ku, bukan dua tuhanku.

Yakni makna rabb, ada kaitan dengan semua maksud itu. Rabb itu tuhan yang juga tuan dan yang mendidik, mengasuh, menjaga.

Tuan kepada sesuatu benda juga dikenali sebagai pemilik. Tuan kerja sebagai boss. Dan yang mendidik...

Tak ada orang Islam tak percaya pemilik semua benda adalah Tuhan. Boss? Boss tak ada suruh buat apa-apa, boss tak minta lapuran, harap boss bagi gaji semata-mata? Bila dalam hidup ini tuhan itu terasa macam boss?

Tapi tuhan macam ibubapa? Langsung tak tak boleh banding? Langsung tak boleh terima. Paling kurang orang Inggeris kata "godfather", atau kristian kata "god the father". Kita tidak terima konsep orang Kristian. Tetapi sekadar untuk menyatakan bahawa anda boleh hidup dari janin dalam kandungan tidak sedar ujudnya ibubapa, tidak merasakan penting, tidak merasa apa-apa ada relevan tentang ibubapa hingga beberapa tahun.

Samalah, manusia boleh hidup sampai mati pun dia dijaga, diberi rezeki oleh Tuhan. Kalau buat tak tahu pun, boleh hidup sampai mati. Susah senang adat kehidupan, yang kuat beragama pun ada yang susah hidupnya. Lebih kurang saja. Tapi bila mati, hah! terkejutlah.

Jadi adakah anda rasa tuhan itu relevan atau tuhan itu macam patung, diam saja, tak kacau orang, sapa nak sembah, sembahlah? Gitu? Tahukah anda apa tuhan buat untuk anda? Apa yang dia suruh? Dah tahu? Nak tahu?

Ya rabb.

Comments