Tiada Keraguan Pada Al Quran

Tidak ada keraguan pada Al-Qur'an

الٓمٓ 
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ 
Alif Lam Mim
Kitab (Al-Qur'an) "ini" tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,.   -Al-Baqarah 2:1-2

Alif lam mim. 
Al-Qur'an ialah kalam (kata-kata) Allah. Berbanding dengan pertuturan manusia, manusia juga ada menggunakan huruf-huruf seperti "O". Oo, begitu! Atau "M" disebut dengan lebih panjang. MMM, nanti saya fikir. Atau kadang-kadang mengunakan bunyi yang bukan huruf seperti "ehem" atau batuk-batuk. Semua ini berlaku dalam pertuturan tetapi tidak dianggap sebagai sesuatu yang tertulis. (maktub, kitab). Dan tidak dikira dalam nahu.

Dalam pertuturan manusia, bunyi-bunyi seperti ini kadangkala membayangkan ada keraguan, tidak yakin pembicara. Tetapi pada kalam Allah, ia dinafikan "tiada keraguan padanya". Hingga boleh terasa bacaan alif-laam-miim yang disebut satu persatu dengan jelas dan panjang, melambangkan kesengajaan dan keyakinan. Yakni "tidak ada keraguan padanya".

Keraguan ialah kepercayaan yang tidak penuh atau lengkap. Ada sesuatu yang tidak jelas, perkara yang menimbulkan persoalan. Boleh jadi ada pembaca al-quran tertanya-tanya mengapa mengapa al-quran kata begini di sini dan ayat lain begitu pula? Apakah ini keraguan? Ya, bukan pada al-quran tetapi keraguan pembaca.

Supaya al-quran boleh diyakini sepenuhnya untuk orang yang bertakwa. "Penuh" dengan fahaman tidak perlu penambahan dan tiada pengurangan terhadap apa yang dipertunjukkan oleh Al-Qur'an.  Sebahagian dari petunjuk al-quran ialah mengikuti rasul-rasul, maka menuruti sunnah, bukan penambahan, bahkan itu sebahagian dari petunjuknya.

Dan ini juga jadi tips dalam memahami al-quran, jangan tambah apa yang ia tidak sebut dan maksudkan dan jangan dikurangkan apa yang ia sebut dan maksudkan. Kerana keraguan boleh menyebabkan orang menambah-nambah atau mengurangkan sesuatu. Keraguan berlaku pada orang tetapi bukan pada al-quran.

Comments