Nabi Muhammad Dalam Syahadah

Nabi Muhammad s.a.w dalam syahadah

Tersebut namanya 4 kali dalam al-quran. 
Dalam rukun Islam tersebut namanya bersama syahadah.

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad utusan Allah.

Kadang-kadang khatib jumaat sebut syahadah dalam bahasa arab, salah. Dia baca "annaa" kedua panjang, sepatutnya pendek.

Dua kalimah, dua kesaksian.

Bagaimana kita nak beri kesaksian jika tidak kenal?

Mula-mula kita lihat dalam dua kalimah syahadah. Selepas Muhammad disebut rasullullah, tak ada alif lam sebelum rasul.

Ertinya, beliau bukan satu-satunya rasul. Beza dengan Allah, satu-satunya tuhan.
Dua kalimah, dua kesaksian yang berbeza.

Kesaksian bahawa beliau adalah rasul, utusan Allah. Bukan semata-mata seorang individu.

Ali-Imran 3:144
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيْـًٔاۗ وَسَيَجْزِى ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ 
Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.

Rasul datang dan pergi sepertilah lain-lain utusan. Semua mereka manusia, hidup dan mati. Maka kita tidak boleh lagi menyaksi, bersaksi tentang beliau sebagai individu, tetapi tetap boleh bersaksi beliau seorang utusan.

Dalam bahasa arab, rasul, risalah, arsal (utus/hantar/sampaikan) mempunyai asal perkataan yang sama.

Seorang utusan ada benda, perkara atau tugas yang dia sampaikan atau siapkan, ini dipanggil risalah, yang kita kenali dengan nama "Islam". Setelah risalah itu sempurna disampaikan bersamaan membina satu umat contoh, maka tamatlah tugasannya. Dan itu lebih 1000 tahun lepas. Risalah inilah yang boleh kita buat penyaksian terhadap kerasulannya.

Risalah yang dibawanya dikongsikan sesama manusia. Allah mengira manusia ini umat yg satu. Jika sampai kepada sebahagian manusia, maka berjangkitlah kepada semua manusia secara perkongsian atau apa saja bentuknya, katakan dakwah.

Al-Anbiya 21:107
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ 
Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.

Adapun diwafatkan nabi Muhammad mengikut kebiasaan umur manusia semasa, tetapi rahmat masih ditujukan untuk sekelian manusia. Ertinya, manusialah yg mesti sampaikan sesama manusia. Utusan manusia kepada manusia tetap berterusan.

Al-Ahzab 33:40
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّۦنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا 
Muhammad itu bukanlah bapak dari seseorang di antara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Hanya beliau penutup segala nabi-nabi. Walaupun ada istilah "penutup segala rasul", itu tidak tepat. Sebab malaikat juga rasul, contohnya malaikat diutuskan untuk mencatat amalan setiap manusia hingga manusia terakhir menjelang kiamat. Tetapi semua malaikat ini tak bawa wahyu seperti Jibrail. Tak ada syariat dah. Walaupun nabi Isa akan turun sebelum kiamat, tak akan ada wahyu baru. Dia pun akan menggunakan al-quran dan sunnah juga.

Walaupun namanya hanya empat kali dalam al-quran, tetapi ada banyak, dalam bentuk ganti nama atau gelaran.

Al-Baqarah 2:285
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَاۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ 
Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), “Kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya.” Dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali.”

Tidak boleh kita beza-bezakan rasul yg diturunkan sesuatu () bersamanya. Semua mereka adalah manusia, semua mereka dengar dan taat pada Allah, sama saja objektif mereka, iaitu:

Utusan Allah dengan objektif menyembah Allah dan jauhi taghut.

An-Nahl 16:36
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ 
Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut”, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).

Apa benda thagut itu?

An-Nahl 16:51
وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓا۟ إِلَٰهَيْنِ ٱثْنَيْنِۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۖ فَإِيَّٰىَ فَٱرْهَبُونِ 
Dan Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah dua tuhan; hanyalah Dia Tuhan Yang Maha Esa. Maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut.”

"farhabun" ialah gerun, takut kerana hebat, bukan takut kerana bahaya.

Siapa pula sembah dua tuhan ni? Apa kena mengena dengan thagut. 

Kalau orang baca surah annaziat, dia akan bertemu dengan kisah fir'aun. Dia tu thagut tapi lama-lama mengaku tuhan. Taghut asal dari thaga bererti melampau, berlebih. Bila digunakan untuk perbuatan boleh bererti zalim, tapi bila diguna pada benda, seperti air diertikan melimpah.

Orang kristian ditegur Allah mereka kata tuhan itu tiga, Allah suruh berhenti.

Al-Ma'idah 5:73
لَّقَدْ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَٰثَةٍۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّآ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۚ وَإِن لَّمْ يَنتَهُوا۟ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Sungguh, telah kafir orang-orang yang mengatakan, bahwa Allah adalah salah satu dari yang tiga, padahal tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa azab yang pedih.

Mereka terlalu sayang nabi mereka dan nabi Isa adalah rasul Allah juga. Kita tidak faham bagaimana mereka boleh kata sampai tiga.

Tapi yang dua tuhan ini tentunya bukan orang nasrani. Tetapi janganlah kerana terlalu sayangkan hingga jadi berlebihan (thaga). Tak kata sesiapa, tapi jaga-jaga jangan jadi begitu.

Allah suruh nabi buat pengakuan, aku "basyar", yakni manusia macam kamu yang jadi dari tanah dan air berkilo-kilo.

Al-Kahf 18:110
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا 
Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahwa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa.” Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”

Bukan sekali tapi juga fushilat 41:6.

Bahkan rasul-rasul lain pun kata begitu.

Ibrahim 14:11
قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِن نَّحْنُ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَمُنُّ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦۖ وَمَا كَانَ لَنَآ أَن نَّأْتِيَكُم بِسُلْطَٰنٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ 
Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka, “Kami hanyalah manusia seperti kamu, tetapi Allah memberi karunia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Tidak pantas bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah saja hendaknya orang yang beriman bertawakal.

Pentingnya peringatan ini sebab manusia bila menyayangi orang, melebihkan orang, tak boleh terima rasul itu manusia macamnya. Mereka rasakan itu rendah, tak hormat.

Al-Mu'minun 23:33
وَقَالَ ٱلْمَلَأُ مِن قَوْمِهِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِلِقَآءِ ٱلْءَاخِرَةِ وَأَتْرَفْنَٰهُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يَأْكُلُ مِمَّا تَأْكُلُونَ مِنْهُ وَيَشْرَبُ مِمَّا تَشْرَبُونَ 
Dan berkatalah para pemuka orang kafir dari kaumnya dan yang mendustakan pertemuan hari akhirat serta mereka yang telah Kami beri kemewahan dan kesenangan dalam kehidupan di dunia, “(Orang) ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia makan apa yang kamu makan, dan dia minum apa yang kamu minum.”

 Manusia yang memandang rendah terhadap manusia (dirinya sendiri). Dan ini pandangan yg salah. Tetapi fakta rasul itu manusia mesti diterima, Allah jadikannya begitu.

Demikian kita bersyahadah Muhammad itu utusan Allah. Syahadah bukan setakat sebutan kali pertama orang masuk Islam, tetapi saksi, persaksian. Boleh diceritakan bila diminta.

Comments