Posts

Showing posts from 2023

Teknologi Inverter Aircond

Teknologi inverter aircond klu kita dok psg sat on sat off, dia akan jd lg parak mahal ka? Dari sudut guna tenaga, tak ada masalah pada pengunaan, yakni nilai tenaga yg perlu dibayar. Cuma sesetengah alat letrik yang gunakan suis mekanikal yg guna kuasa kuat akan mengalami kejutan ketika kuasa letrik disambung dan ketika diputuskan. Kejutan ini tidak bagus kepada sesetengah alat, yang boleh menyebabkan kerosakan awal. Tapi jika suis elektronik digunakan, kesannya berkurangan. Tetapi susah dipastikan suis mana yang sesuatu alat itu diperbuat. Aircond yg seperti di rumah, bila kita pasang suiz tangan, dia belum "on". Tapi litar elektroniknya sudah dapat kuasa untuk kita gunakan remote. Bila kita tekan "on" pada remote, litar letronik akan buka satu suiz lagi untuk menghidupkan inverter. Suiz kedua ini, kuasa tinggi, jika suiz elektronik digunakan, ia senyap. Tetapi suiz mekanikal akan berbunyi.

Voice Over Wifi (VoWifi)

vowifi ialah "voice over wifi". Maknanya panggilan telefon suara disalurkan melalui wifi, bukan ikut talian biasa. Ini menjimatkan kos sambungan antarabangsa. Jika guna wifi di hotel, maka dia akan guna wifi sahaja. Maxis pun boleh vowifi, tapi bukan semua jenis phone. Macam fon ayah, redmi berapa? ada voLTE. ada gambar icon kecil di atas kanan. LTE adalah laluan data untuk telefon 4G ke atas. Maknanya, jika ada plan data sahaja panggilan suara akan masuk ikut data. Kelebihan begini ialah panggilan suara tak akan mengganggu/memutuskan mana-mana apps yang aktif. Maxis kata, vowifi tak boleh guna jika roaming. Yang ayah baca di Maxis, vowifi dicaj sama seperti panggilan biasa, kalau ada plan dia ikut plan. Tak ada penjimatan. Kelebihannya, kalau tempat itu tak ada signal, maka boleh masuk ikut wifi yang ada. Pembetulan, voLTE tak perlu on mobile data. Dan tak dikira ikut data plan. vowifi adalah jenis voIP serupa dengan aplikasi skype, atau pangilan whatsapp, atau telegram. Kit...

Bateri Kereta

Kelmarin dok cas semula bateri kangoo dah lemah. Bateri kalsium mf. Dulu bateri kereta plambam + sdikit antimony. Antimony menyebabkan gas hidrogen keluar menyebabkan bateri kehilangan air. Tapi sekarang depa tak gunakan antimony atau kurangkannya dan diganti dengan kalsium. Plamban tulen tak boleh digunakan sebab dia lembut.  Sebab tidak gunakan antimony, air tidak berkurang, jadi tak perlu tambah air. Jadi mf - maintenance free. Tengok harga bateri seperti ini di alibaba.com harga biasa antara 30-40USD. Lebih kurang RM140. Tapi teknologi bateri ada pelbagai. Ada jenis AGM, bateri kereta juga, hingga beribu ringgit sebiji.

Magnesium

Magnesium diperlukan untuk mengaktifkan lebih 300 enzim. Manakala semua enzim yg membabitkan ATP perlukan magnesium. Magnesium dalam sel banyak dalam mitochondria. Kalau orang tahu benda-benda ini, ertinya tak cukup magnesium bermakna badan jadi lemah serba serbi, dari segi tenaga, fungsi-fungsi sel, penghadaman, saraf dan sebagainya.  Magnesium adalah mineral/logam kedua banyak diperlukan selepas kalium. Ia lebih banyak dari natrium/sodium. Terlebih magnesium adalah amat jarang diluar dunia perubatan. Masalah buah pinggang boleh jadi sebab terlebih atau terkurang magnesium, dalam banyak hal, terkurang adalah lumrah.

Kenal

Aspek kedua ayat ini adalah perkataan تعارَف dengan ra baris atas, ada erti saling, kenal mengenali. "Kenal" adalah tahu secara praktik perbezaan antara banyak persamaan, dan antara perbezaan yang sementara dan perbezaan "kekal". Untuk tahu, boleh diberitahu. Semata-mata beritahu belum cukup untuk dikira kenal. Biasanya kenal juga melibatkan "melihat", jika ianya benda. Jika makanan ianya juga melibatkan bau dan rasa.  Dalam perkara yang tidak kelihatan, kenal akan melibatkan hati atau pemikiran. Contohnya kanak-kanak dikira mumaiyiz apabila boleh mengenal baik dan buruk. Jadi kenal adalah sesuatu yang tidak perlu diberitahu apabila sudah kelihatan. Atau tidak perlu diterang panjang lebar bila teringat. Ertinya jika perlu diberitahu kembali, maka masih belum kenal. Tetapi mengenal dan memberitahu memerlukan ilmu atau bahasa untuk mengaitkan kedua-duanya. Mengenal perkara abstrak adalah sejajar dengan perkembangan pemikiran, mental atau akal seseorang. Dal...

Jenis Gas Memasak

Selain makanan, gas memasak juga ada beberapa jenis. Tetapi, tidak ada peraturan menghendaki disenaraikan bahan-bahan yg ada dalam gas. Gas asli, lpg, propana, butana. Semua jenis gas ini bukan 100% tulen. Samalah RON95 bila jadi RON97 sudah naik harga banyak, padahal cuma 2% saja bezanya, 97-95. Yang penting bila menggunakan gas memasak, rumah perlu pengudaraan yg secukupnya. Sebab gas terbakar bukan hanya air dan karbon dioksida, tapi bahan-bahan lain dalam gas itu tidak diketahui. Minyak dan gas Malaysia lebih bersih dari belerang berbanding dengan dari kawasan yg ada aktiviti gunung berapi. Jadi tiada pencemaran sulfur dioxida. Tetapi pembakaran yang tidak penuh boleh menyebabkan ujudnya gas yg bermacam-macam. Umumnya pengunaan gas memasak, tanpa pengudaraan yg secukupnya boleh menakung gas lain seperti: karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur oksida, jika bocor, metana, propana, butana. Semua ini menganggu pernafasan penyebab asthma. Kanak-kanak lebih sensitif. Masalah ini banya...

Aditif Makanan / Acrylamide MSG

acrylamide adalah tindak balas monosaccaride dengan asid amino. Bila suhu masakan lebih 120⁰C. Dan makanan jadi kekuningan lebih cepat bila suhu 140⁰C. Tapi ia juga tergantung kepada jenis makanan. Yang disaran, masak tak lebih 170⁰C. Semata-mata ada belum boleh dikira bahaya. Tapi yg banyak diperkatakan ialah ubi kentang. Ia juga melibatkan rasa. Jika orang cuba proses untuk kurangkan acrylamide untuk kopi, rasanya jadi tak sedap. Tapi tak ada kajian yang menunjukkan kejadiannya berbahaya dalam makanan yg di masak, kandungannya tidaklah banyak. Tapi jika disuling asli bahan kimia itu memang bahaya. Dari segi kimia tindakbalas asid amino dengan gula ringkas lebih cepat jika beralkali. Jenis asid amino yang dikenalpasti ialah asparagine, kalau protin jenis ini tak ada, tindak balas tak berlaku. Cara industri mengurangkannya ialah dengan memecahkan asparagine atau menambah karbon dioksida bagi rendahkan alkali. Tapi ini jadi sebab untuk naikkan harga. Sedangkan keadaan tidaklah seburuk m...

Mulia

Aspek ketiga dalam ayat hujurat 13:  kemuliaan, termulia أكرم, takwa dan Allah. Ini juga sudut kerohanian, manusia ingin mulia. "Mulia" bukanlah sesuatu kebendaan, tetapi manusia inginkan dalam bentuk kebendaan. Maka Allah perbetulkan, mulia adalah melalui ketakwaan. Manusia dilahirkan tidak dapat memilih keturunan, atau keluarga yang kaya, tetapi ketakwaan adalah usaha dan pilihannya sendiri. Dengan sendirinya ketakwaan adalah di sisi Allah, bukan lagi kerana manusia. Apa itu kemuliaan? Perkataan أكرم boleh bermaksud termulia atau memuliakan, menghormati. Perkataan كرم boleh bererti mulia pemurah, dermawan (murah hati) . Ertinya, mulia dirasakan melalui layanan istimewa, "dermawan" dengan erti dia mendapat lebih banyak ganjaran dari usahanya daripada kebiasaan orang lain. Secara munasabahnya ini adalah sesuatu yang selayaknya diharap dari Allah bukan dari manusia. Tetapi lumrahnya tidak demikian. Maka mencari kemuliaan dari sisi manusia menimbulkan banyak sengketa...

Pemprosesan Koko Coklat

https://youtu.be/ndEnTvis78Q Dia nak cerita berkenaan bagaimana pemerosesan biji koko menjadikan rasa coklat itu berbeza-beza. Buah koko dibelah, dan diambil biji, kemudian diperam, dijemur. Dan dijual kepada syarikat coklat. Syarikat memilih biji secara fizikal kemudian memanggangnya, dan di buang selaputnya. Selepas itu biji itu di kisar bersama gula. Biasanya coklat 70% bermaksud 70% koko dan 30% gula. Rasa coklat itu bergantung kepada jenis pokok koko, di mana ia ditanam dan cara pemerosesannya. Pemeraman biji koko mengurangkan rasa pahitnya. Lebih lama di peram makin kurang rasa pahit tapi rasa sedap pun berkurang juga. Demikian juga berapa lama ia dikisar juga akan mengurangkan rasa sedapnya. Tapi jika dikisar tidak lama, ia tidak lumat dan rasa berpasir.

Bateri Lithium

Image
Paksa cas bateri cara perlahan. Pengecas mogok, dia kata tak ada bateri. Sebab voltan terlalu rendah. Bateri lithium ada litar elektronik untuk kesan voltan. Tujuannya mengelak terlebih cas, elak risiko terbakar. Tapi dia juga mengesan voltan rendah, elak bateri rosak. Bila cas penuh, dia tutup bahagian pengecas. Bila voltan rendah dia tutup bahagian keluaran kuasa. Bateri tak boleh guna. Tapi bila bateri tak boleh guna tak dicas, lama-lama kebocoran menyebabkan voltan jatuh terlalu rendah hingga ia mengira tidak ada bateri. Maka tak boleh cas pula. Dalam kes ini yang dia tutup adalah sambungan antara negatif bateri dan negatif pengecas. Untuk memaksa cas, buat litar pintas sambung keduanya, tadi cukup guna meter supaya arus tidak besar.

Inferiority Complex

Inferioriti kompleks. Kerumitan rendah diri. Satu jenis perasaan kekurangan yang berlebihan. Ia dikatakan kompleks kerana sebenarnya orang yang berperasaan begitu ada juga kelebihan. Ia tidak dapat menerima kekurangan itu, menilainya sebagai memalukan, merendahkan darjatnya. Sedangkan semua manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Sepatutnya usaha seseorang difokuskan kepada kelebihannya, bagi menampung kekurangannya. Kekurangan itu tidak menjatuhkan darjat kemanusiaannya. Tetapi apabila ia tidak dapat menerima hakikat ini, fokusnya untuk menutup kekurangannya dengan mengabaikan kelebihan yang ada padanya, menjadikan inferioriti kompleks. Penyelesaian Islam dalam perkara ini ialah dengan mengangkat dua perkara tertinggi, satu; meletakkan nilai jiwa atas ketaqwaan bukan perkara lain. Dua; penilai dan harapan ialah Allah bukan selainnya. Merubahnya perlukan masa, harapnya umurnya cukup. Pengaruh atas manusia berlaku sejak bayi dalam keadaan dia tidak sedar. Ia mencorakkan nilai ...

Perangkap Minda - Salah Asas Penyifatan

no 13: Salah asas penyifatan. Ini perangkap minda yang boleh menyebabkan orang berselisih. Contohnya bila orang datang lambat, dia dinilai sebagai malas, atau tak pandai jaga masa. Ia dinilai sebagai sifat orang itu. Tetapi apabila orang menilai untuk dirinya sendiri, lambatnya adalah kerana keadaan semasa, seperti jalan sibuk, ada kemalangan. Jika mereka berdua bercakap, yang satu mengata kawannya malas, tentunya yang kedua tidak setuju, itu tuduhan, orang susah payah datang.. bla.. bla.. Ada perkara tidak simetri dalam pemikiran. Menilai orang dan menilai diri sendiri. Orang mungkin menegur sesuatu yang kelihatan kurang baik. Tetapi menegur perlu cermat, berhati-hati dengan perangkap minda. Yang kena tegur pun perlu berhati-hati, orang prihatin terhadapnya. Hadis yang bermaksud: "sesungguhnya amalan/pekerjaan adalah dengan niat", adalah untuk perkara baik-baik. Supaya amalan itu jadi lebih besar, lebih banyak pahala. Seperti orang korek lubang, tanam pokok. Jika diniatkan s...

Gajus

Biji gajus tak sama dengan kacang biasa. Makan jarang-jarang tak mengapa. Biji gajus ada beberapa perkara yg bahaya. Contohnya, kulitnya ada "getah" yang boleh menyebabkan radang kulit. Boleh sampai jadi berair. Orang dulu kata kudis. Hanya dijual yang sudah dibuang kulit. Kemudian selaput antara kulit dan isi ada jenis protin yg tak boleh hadam, boleh menyebabkan angin. Saki bakinya mungkin ada sedikit dalam isi yg terjual, ianya tak berubah dengan memasaknya. Tak disyor untuk bayi. Kacang tanah, jika yg buruk ada kulat /fungi berbahaya. Biasanya sebelum dimasak, perlu dipilih, buang yg buruk dengan cara merendam air dan kalau tak silap, buang yang terapung. Kacang tanah mudah dijangkiti kulat aspergillus, ia menghasilkan aflatoxin. Semua bijirin/kacang yg berkulat bahaya, tapi kacang tanah lebih mudah berjangkit sebab dia dalam tanah. Bahaya aflatoxin tu, sebab dia boleh masuk dalam susu ibu. https://agfuse.com/article/how-many-cashews-can-i-eat-a-day-and-side-effects-of-e...

6 Faedah Budaya

Apa itu budaya? Ia adalah tabiat kebiasaan segolongan manusia yang diterima pakai olehnya. Sering digambarkan budaya itu tentang makanan, pakaian. Tetapi budaya juga berkaitan dengan bahasa, tingkahlaku dan pemikiran. Apa faedah tahu budaya manusia? 1: Kita boleh membezakan, perangai orang yang khusus peribadi dengan perangai sudah jadi budaya. Yakni ramai orang menerima berperangai begitu. 2: Jika kita ada sesuatu masalah dengan budaya, maka kita boleh anggarkan banyaknya usaha yang perlu. Yakni ia bukan masalah peribadi seseorang. Anda berdepan dengan satu budaya, samaada anda menyesuaikan diri, yakni anda seorang yang perlu ubah, atau anda mahu mengubah segolongan ramai manusia. 3: Kita boleh tahu kelebihan atau kekurangan segolongan ramai manusia. Kerana sesuatu budaya itu memberi kelebihan dalam perkara tertentu disamping kekurangan dalam perkara lain pula. Maka kita boleh memanfaatkan kelebihan itu dan mengelakkan dari masalah kerana kekurangannya. 4: Mengurangkan perasaan anania...

Gaya Komunikasi

Image
Buku "riding the waves of culture" Mengharungi gelombang budaya. 1993. Gaya komunikasi. Oriental=timur. Anglo-saxon=British, Jerman (Eropah utara). Latin=Rom, Greek (Mediteranean) Mengikut kajian buku ini. Orang timur, mempunyai budaya cakap terputus. Ada selang dalam percakapan, senyap seketika, sebelum bertukar cakap kepada orang kedua. Ini tahun 1993. Tapi ketika ayah ambil kursus ini dulu, ketiga-tiga cara komunikasi ini sudah ada dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah budaya setempat, di mana orang dibesarkan, pengaruh media, tv, barat banyak kesannya dalam masyarakat. --Terjemahan-- *Komunikasi lisan* Masyarakat barat mempunyai budaya pertuturan yang terpengaruh. Kita berhubung menggunakan kertas, filem dan perbualan. Dua program komputer terlaris di dunia barat, pemerosesan huruf dan melukis telah dibangunkan untuk menyokong percakapan lisan. Kita merasa tidak selesa sebaik saja kita berhenti bercakap. Tetapi kita punyai gaya percakapan yang amat berlainan. U...

21 Perangkap Minda

https://youtu.be/nYYkRaU0xh8 Perangkap Minda 1 Cognitive Dissonance Orang menukar kepercayaan terhadap sesuatu bila gagal. Seorang yang gagal temuduga kerja, menukar kepercayaannya kepada kerja itu dengan menganggap kerja itu tidak perlu, tak penting untuknya. Sedangkan sebelumnya dia bertungkus lumus untuk memohon. 2 The Spotlight Effect Kesan lampu sorot. Merasakan semua orang memandangnya lebih dari keadaan sebenar. 3 The Anchoring Effect Kesan menambat. Minda boleh ditambat oleh perkara yang ia sudah tahu atau perkara yang mula-mula ia tahu. Contohnya kedai meletakkan harga mangkuk RM50 diluar kedai. Kemudian dalam kedai banyak mangkuk berharga RM30 yang hampir serupa, minda menilai itu murah. 4 The Halo Effect Perkara awal yang diketahui akan mempengaruhi perkara seterusnya. Walaupun benda itu sama. Perkara yang awal dianggap lebih penting dari seterusnya. Pandang pertama banyak pengaruh tetapi belum tentu baik. 5 Gambler's Fallacy Kekeliruan penjudi. Meneka sesuatu yang rawa...

Manusia ambil ringan tentang Allah maupun pemberianNya

Manusia ambil ringan tentang Allah maupun pemberianNya. Yunus 10:22 هُوَ ٱلَّذِى يُسَيِّرُكُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِۖ حَتَّىٰٓ إِذَا كُنتُمْ فِى ٱلْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِم بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا۟ بِهَا جَآءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَآءَهُمُ ٱلْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْۙ دَعَوُا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ لَئِنْ أَنجَيْتَنَا مِنْ هَٰذِهِۦ لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّٰكِرِينَ  Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan meluncurlah (kapal) itu membawa mereka (orang-orang yang ada di dalamnya) dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya; tiba-tiba datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenap penjuru, dan mereka mengira telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas kepada Allah semata. (Seraya berkata), “Sekiranya Engkau menyelamatkan kami dari (bahaya) ini, pasti kami termasuk orang-orang yang bersyuku...

Kekacang

Merendam bijirin/kekacang sebelum dimakan atau masak. Kebanyakkan biji-bijian mempunyai asid phytic dan lain-lain, ia memerangkap mineral (biasanya kumpulan 2) Ca, Mg, Zat besi, Mn, Zn. Jika makan bersama, mineral akan terperangkap tak boleh dihadam, tak boleh diserap badan. Salah satu cara membuangnya ialah dengan merendam, mungkin beberapa jam, atau semalaman, ia larut air, tapi kurang berkesan untuk bijian seperti kacang soya, atau kacang merah. Ia juga tahan panas, satu jam dalam air mendidih hanya merungkai 80%. Ia juga boleh terurai bila biji itu mula bercambah atau diperam. Seperti taugeh atau tempe. Pemerosesan makanan juga penting untuk mendapat zat. Bukan semata-mata makanan segar baik untuk dimakan. Jadi ada makanan lebih baik dimakan berasingan. Begitu juga ada makanan lebih baik dimakan bersekali. Memakan secara bercampur yg tidak betul boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan. Kadang-kadang asid phytic digunakan sebagai ubat tahan dalam makanan, tentunya kerana ia peran...

Fitrah dan Ketergasan

Fitrah dan ketergesaan Al-Anbiya 21:37 خُلِقَ ٱلْإِنسَٰنُ مِنْ عَجَلٍۚ سَأُو۟رِيكُمْ ءَايَٰتِى فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ  Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya. Walaupun fitrahnya begitu, ianya bukan sesuatu yang patut dibiarkan, bahkan perlu perlu penjagaan.  Semata-mata fitrah bukan bererti ianya baik secara mutlak. Manusia menginginkan sesuatu hasil dan segera mendapatinya. Tetapi antara keinginan dan hasil ada usaha atau amalan. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, mengerjakan amal salih, saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. al-'asr. Antara keinginan dengan hasil, perlu diberi masa. Masa untuk kepercayaan, usaha dan keterbukaan kepada pesanan, nasihat beserta kebenaran dan sabar. Sifat ingin cepat adalah berlawanan dengan keperluan memberikan masa. Sering manusia membelakangi sesuatu yang dianggap lambat. Ini be...

Manusia Dan Kerosakan

Manusia buat kerosakan kerana tidak sedar. Al-Baqarah 2:11 - 12 وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ  Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Janganlah berbuat kerusakan di bumi!” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami (sebaliknya) orang-orang yang melakukan perbaikan.” أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ  Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerusakan, tetapi mereka tidak menyadari. Ini membezakan antara tidak sedar dan tidak tahu. Jika orang sudah ditegur maka dia sudah diberitahu. Bila dia menjawab, maka dia sudah tahu. Tetapi dalam kes ini, berlaku percanggahan antara yang diberitahu dan jawapan.  Sebab ini kalam Allah, kita terima bahawa yang diberitahu adalah benar, dan jawapan itu tidak benar. Inilah yang dikatakan "tidak sedar". Dengan erti lain ia tidak berbohong, walaupun itu tetap dusta. Oleh itu "tidak sedar", bermakna orang tahu perbuatannya tapi sekadar itu sahaja. Sedan...

COVID Masalah Darah & Kebersihan Mulut

https://youtu.be/2Pz2aYSxUrk Bicara: Kovid lebih sesuai dikategorikan sebagai penyakit salur darah, bukan penyakit pernafasan. Kerana ia tidak menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan. Tetapi merebak dari mulut melalui salur darah hingga menyebabkan rerambut darah membeku. Yakni orang tidak merasa lemas tetapi kekurangan oksigen kerana rerambut darah pada alveoli tersumbat. Perkara ini boleh dilihat dari gambar x-ray dengan corak yang sama. Jadi orang yg paling teruk terkena kovid apabila ada masalah kebersihan mulut, penyakit gusi yang menyebabkan virus boleh masuk ke dalam darah. Sebaliknya membersihkan mulut membantu mempercepatkan kesembuhan. Bukan semua jenis penyuci mulut sesuai untuk menyahkan kuman. Pengunaan alkohol tidak disarankan sebab memerlukan lebih dari 70% untuk berkesan, tapi membahayakan dari sudut lain. Pengunaan pencuci mulut tak boleh lebih 2x sehari. Untuk waktu lain, bolehlah menggunakan air garam atau air kosong pastikan mulut tidak kering. Rekahan dalam ...

Fruktosa Gula

Orang dewasa sudah tak membesar, dah amat kurang atau tiada hormon membesar. Orang yang sedang membesar memerlukan lebih banyak makanan dari orang dewasa. Jadi orang dewasa perlu kurangkan makanan berbanding dengan jumlah yang ia makan sebelumnya. Juga kerana kurang hormon membesar, makanan terlebih tak boleh disimpan sepertimana orang yg sedang membesar, kemungkinan jadi gemuk jadi rendah. Dan ini menyebabkan makanan terhadam beredar dalam badan lebih lama ditempat-tempat yang tidak sepatutnya lama, ia memungkinkan berlaku tindakbalas kimia yang berpanjangan. Yakni memungkinkan kerosakan yang tak berkesudahan untuk dibaiki. Vitamin dalam badan berfungsi dari sebahagian enzim. Tanpa vitamin, enzim-enzim ini tak boleh terbentuk. Enzim-enzim adalah pemangkin proses-proses metabolik dalam badan. Tapi enzim-enzim tak akan terbentuk jika hormon-hormon tertentu tidak ada atau berkurang. Jadi ambil vitamin pun tak akan berkesan. Terdahulu dari itu, hormon juga keluar mengikut rangsangan dalam...