6 Faedah Budaya

Apa itu budaya? Ia adalah tabiat kebiasaan segolongan manusia yang diterima pakai olehnya. Sering digambarkan budaya itu tentang makanan, pakaian. Tetapi budaya juga berkaitan dengan bahasa, tingkahlaku dan pemikiran.

Apa faedah tahu budaya manusia?
1: Kita boleh membezakan, perangai orang yang khusus peribadi dengan perangai sudah jadi budaya. Yakni ramai orang menerima berperangai begitu.

2: Jika kita ada sesuatu masalah dengan budaya, maka kita boleh anggarkan banyaknya usaha yang perlu. Yakni ia bukan masalah peribadi seseorang. Anda berdepan dengan satu budaya, samaada anda menyesuaikan diri, yakni anda seorang yang perlu ubah, atau anda mahu mengubah segolongan ramai manusia.

3: Kita boleh tahu kelebihan atau kekurangan segolongan ramai manusia. Kerana sesuatu budaya itu memberi kelebihan dalam perkara tertentu disamping kekurangan dalam perkara lain pula. Maka kita boleh memanfaatkan kelebihan itu dan mengelakkan dari masalah kerana kekurangannya.

4: Mengurangkan perasaan ananiah (keakuan/individualistik). Kita sebahagian dari masyarakat terkesan dengan budaya-budayanya. Maka kita tidak terlalu salahkan individu tertentu kerana kekurangan diri, juga sebaliknya tidak terlalu memuji individu tertentu.

5: Meleraikan salahfaham dan pertelingkahan dengan orang lain. Contohnya, orang arab menyimbah air sebagai penghormatan kepada tetamu. Sesuatu perbuatan atau kata-kata yang mempunyai maksud yang berbeza kerana pengaruh budaya.

6: Menyedarkan diri dari "titik buta" / "blind spot". Sesuatu tabiat kita yang terbentuk dari budaya sekeliling. Membuang sangkaan semua orang begitu, ramai juga yang berlainan.

Comments