Voice Over Wifi (VoWifi)

vowifi ialah "voice over wifi". Maknanya panggilan telefon suara disalurkan melalui wifi, bukan ikut talian biasa. Ini menjimatkan kos sambungan antarabangsa.

Jika guna wifi di hotel, maka dia akan guna wifi sahaja.

Maxis pun boleh vowifi, tapi bukan semua jenis phone.

Macam fon ayah, redmi berapa? ada voLTE. ada gambar icon kecil di atas kanan. LTE adalah laluan data untuk telefon 4G ke atas. Maknanya, jika ada plan data sahaja panggilan suara akan masuk ikut data. Kelebihan begini ialah panggilan suara tak akan mengganggu/memutuskan mana-mana apps yang aktif.

Maxis kata, vowifi tak boleh guna jika roaming.

Yang ayah baca di Maxis, vowifi dicaj sama seperti panggilan biasa, kalau ada plan dia ikut plan. Tak ada penjimatan.

Kelebihannya, kalau tempat itu tak ada signal, maka boleh masuk ikut wifi yang ada.

Pembetulan, voLTE tak perlu on mobile data. Dan tak dikira ikut data plan. vowifi adalah jenis voIP serupa dengan aplikasi skype, atau pangilan whatsapp, atau telegram.

Kita guna telefon bimbit guna teknologi terkini. Tapi "pencawang" talian telefon ada macam-macam teknologi lama dan baru. Jadi ada tempat-tempat tak ada 4G, ada 3G, atau hanya 2G. Biasanya pangilan suara akan guna 2 atau 3G walaupun telefon guna 4G. Sebab memudahkan. LTE ini sudah hampir 4G tapi tak cukup syarat. Jadi ada banyak "pencawang" yang sudah ada 2,3, LTE, 4G. Suara guna 2,3, data guna 4. LTE tak siapa guna. Sebenarnya patut otomatik suara guna LTE (voLTE) kerana ia teknologi terkini untuk suara. Tapi depa takut ada masalah pencawang yg ada 2,3G sahaja jadi depa biarkan pengguna set, pengguna tanggung sendiri.

Sebab telefon ni dijual serata dunia, ada negara miskin yang infrastruktur telefon masih 2G.

Comments