Fruktosa Gula
Orang dewasa sudah tak membesar, dah amat kurang atau tiada hormon membesar. Orang yang sedang membesar memerlukan lebih banyak makanan dari orang dewasa. Jadi orang dewasa perlu kurangkan makanan berbanding dengan jumlah yang ia makan sebelumnya.
Juga kerana kurang hormon membesar, makanan terlebih tak boleh disimpan sepertimana orang yg sedang membesar, kemungkinan jadi gemuk jadi rendah. Dan ini menyebabkan makanan terhadam beredar dalam badan lebih lama ditempat-tempat yang tidak sepatutnya lama, ia memungkinkan berlaku tindakbalas kimia yang berpanjangan. Yakni memungkinkan kerosakan yang tak berkesudahan untuk dibaiki.
Vitamin dalam badan berfungsi dari sebahagian enzim. Tanpa vitamin, enzim-enzim ini tak boleh terbentuk. Enzim-enzim adalah pemangkin proses-proses metabolik dalam badan. Tapi enzim-enzim tak akan terbentuk jika hormon-hormon tertentu tidak ada atau berkurang. Jadi ambil vitamin pun tak akan berkesan. Terdahulu dari itu, hormon juga keluar mengikut rangsangan dalam badan samaada dalam bentuk psikologi atau kimia, yakni benda yg dimakan.
Semuanya ada imbangan yg kompleks (homeostasis). Dan yang mudah dikawal ialah makanan, kerana ia banyak dan dari luar. Bila sudah masuk dalam badan, susah dikawal.
Dia kata makan vit D dan B kompleks membantu 30% sudah boleh kata terbukti! Sedangkan itu bermakna 70% tak berkesan.
Pada pengetahuan ayah, zaman sekarang ini banyak masalah pada lebihan gula dalam darah yg kronik. Maksud kronik disini ialah kandungan gula ada 24 jam pada paras tinggi. Sebabnya orang makan tak henti-henti. Tak sempat turun, orang makan lagi. Tapi ini cerita panjanglah ia melibatkan tabiat pemakanan, industri dan teknologi pembuatan makanan. Kemudian menjadi rumit bila orang cuba menyelesaikan masalah bukan kepada puncanya, tapi lebih kepada menutup kesan-kesannya. Ini masuk dalam bidang perubatan pula.
Belum kira lagi manusia yang tidak ada moral, tidak ada ugama, berfikiran materialistik, tak kisah kepentingan orang lain, hanya keuntungan dunianya.
Kalau berbalik pada punca, perlu kawal pemakanan, mudah. Tapi semuanya kronik (mengambil masa). Jadi kalau orang tak percaya, mereka tak akan buat tindakan untuk perubahan. Sebab zaman sekarang, orang mahu, semua cepat.
Al-'Asr 103:1
وَٱلْعَصْرِ
Demi masa,
إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ
sungguh, manusia berada dalam kerugian,
Nak suruh percaya perlu cerita panjang, itu pun untuk yang boleh beri masa untuk mendengar dan memahami.
Kenapa gula dalam darah yg kronik pada paras tinggi itu berbahaya... Semua orang tahu, tapi orang tak tahu, atau tak percaya bagaimana bahayanya.
Bila kita sebut gula dalam darah maksudnya gula ringkas iaitu monosaccaride.
Gula ringkas ini ada beberapa jenis. Yang paling banyak ialah glukosa yg badan gunakan untuk memberi tenaga. Kedua ialah fruktosa.
Yang bahaya ialah fruktosa. Tetapi orang nampak glukosa. Kerana fruktosa boleh bertindak balas dengan protin dalam darah tanpa apa-apa enzim membentuk apa yang dinamakan fruktosamin.
Yang orang kurang sedar ialah fruktosa dalam badan boleh terbentuk apabila kandungan glukosa terlalu tinggi. Ia bukan dari pemakanan sahaja. Makan buah manis ada fruktosa adalah sebahagian kecil saja.
Fruktosa yang banyak boleh bertindak balas dengan protin maknanya amat berbahaya. Sebab banyak bahan aktif dalam badan adalah protin. Enzim adalah protin, "receptor", iaitu benda yg jadi pengenalan untuk sel, atau benda-benda yg dihasilkan badan seperti LDL. Apabila protin-protin seperti ini bergabung dengan fruktosa, badan tidak boleh mengenali lagi benda-benda itu. Maka ia tidak diproses dengan betul, ia diserang oleh pertahanan badan, atau dianggap racun yang hanya boleh diproses oleh hati. Jadi bebanan pada hati.
Kandungan fruktosa yang dikira "tinggi" dalam darah pun masih terlalu rendah berbanding dengan glukosa kerana sebab itu indek glycemik kurang terpakai untuk fruktosa.
Contohnya, orang takut kolesterol LDL yg banyak. Masyarakat saintifik ramai belum sedar, lambakan LDL berlaku adalah kerana protin yang jadi pengenalan kepada LDL sudah rosak kerana fruktosa, dan LDL itu tak dapat diproses oleh hati secara biasa. LDL adalah salah satu fasa dalam metabolisma lemak dan kolesterol dalam badan. Kitaran ini bermula apabila hati menghasilkan VLDL ini biji besar lelemak yang beredar dalam badan, apabila lelemaknya diambil oleh sel, ia akan mengecut hingga jadi LDL.
Ubat jenis statin biasa diberikan untuk mengurangkan LDL. Ia bertindak mengurangkan penghasilan VLDL oleh hati. Ini samalah seperti kita kecilkan paip untuk mengatasi air bocor. Memang kuranglah bocor itu, tapi kita jadi tak cukup air. Lama-lama badan tak boleh membaik pulih perkara yang memerlukan lelemak dan kolesterol. Mereka kata itu kesan sampingan bila orang orang mula nyanyok, saraf terganggu sebab sel saraf dan otak memerlukan lemak dan kolesterol. Sekilas pandang, perubatan moden ada ubat yang tak menyembohkan. Perlu makan sepanjang hayat. Ini tidak layak dikira ubat. Seolah-olah tikus membaiki labu. Tapi masalah ini tidak nampak masalah sebab ramainya orang tua-tua memang dah nak mati pun.
Perubatan moden..
Nanti tak habis nak cerita.
"receptor" adalah juga protin.
Kalau orang tanya: kalau fruktosa itu bahaya kenapa madu itu penawar seperti ada ayat al-quran?
Jawabnya penawar bererti ia bukan makanan yang dimakan sentiasa. Penawar hanya digunakan pada keadaan tertentu sahaja bukan sentiasa.
Comments
Post a Comment