21 Perangkap Minda

https://youtu.be/nYYkRaU0xh8
Perangkap Minda

1 Cognitive Dissonance
Orang menukar kepercayaan terhadap sesuatu bila gagal. Seorang yang gagal temuduga kerja, menukar kepercayaannya kepada kerja itu dengan menganggap kerja itu tidak perlu, tak penting untuknya. Sedangkan sebelumnya dia bertungkus lumus untuk memohon.

2 The Spotlight Effect
Kesan lampu sorot. Merasakan semua orang memandangnya lebih dari keadaan sebenar.

3 The Anchoring Effect
Kesan menambat. Minda boleh ditambat oleh perkara yang ia sudah tahu atau perkara yang mula-mula ia tahu. Contohnya kedai meletakkan harga mangkuk RM50 diluar kedai. Kemudian dalam kedai banyak mangkuk berharga RM30 yang hampir serupa, minda menilai itu murah.

4 The Halo Effect
Perkara awal yang diketahui akan mempengaruhi perkara seterusnya. Walaupun benda itu sama. Perkara yang awal dianggap lebih penting dari seterusnya. Pandang pertama banyak pengaruh tetapi belum tentu baik.

5 Gambler's Fallacy
Kekeliruan penjudi. Meneka sesuatu yang rawak akan tetap rawak, ia tidak bergantung kepada apa yang berlaku sebelumnya.

6 The Contrast Effect
Kesan perbanding keterlaluan. Contohnya orang sanggup tukar kedai makan satu yang harga 30 dengan satu lagi harga 20. Tetapi jika baju harga 500 dengan satu lagi kedai 490, orang merasakan tidak perlu bersusah untuk dapat penjimatan itu.

7 Confirmation Bias
Melihat mata sebelah. Hanya mengambil perkara yang menyokong pandangannya dan mengetepikan yang bercanggah. 

8 The Baader Meinhof Phenomenon
Bila orang ada kesedaran terhadap sesuatu, ia kelihatan banyak di mana-mana walaupun keadaannya sama dari dahulu. Minda membuang, melupakan perkara yang anda tidak minat.

9 Ziegarnik Effect
Perkara yang tak siap sukar dilupakan, hingga menyebabkan orang tak tenteram. Ianya boleh ditenteramkan apabila perkara-perkara itu ditulis.

10 The Paradox of Choice
Percangahan pilihan. Terlalu banyak pilihan menyebabkan kelabu mata dan kelabu minda, jadi tak laku langsung. Minda gagal buat pilihan.

https://youtu.be/6G1F1KVeiNA
Bahagian ke2

11 Survivorship Bias
Berat sebelah yang berjaya. Kegagalan tidak tertonjol, hanya yang berjaya atau seronok saja. Ini tidak menampakkan cabaran sebenar kepada sesuatu perkara.

12 Self-Serving Bias
Berat sebelah untuk diri sendiri. Perkara positif disifatkan kepada diri sendiri. Perkara negatif diri sendiri disalahkan orang lain.

13 Fundamental Attribution Error
Salah asas penyifatan. Menilai perbuatan orang lain secara sifat peribadi tetapi untuk diri sendiri dinilai atas suasana semasa.

14 Hindsight Bias
Condong kepada pandangan silam. Orang mengubah ingatan lama kerana maklumat baru yang dia ingini. Seperti orang berkata, "aku kata doh".

15 Availability Bias
Condong kepada yang tersedia. Contohnya perkara yang banyak diingati atau dilihat bukan bermakna itulah yang banyak. Kita melihat ramai orang merokok masih hidup bukan bermakna merokok itu baik. Sebab kita tak lihat yang sudah mati kerananya.

16 Availability Cascade
Gemburan tersedia. Sesuatu perkara kecil boleh digembar-gemburkan jadi besar sebab media atau ramai orang membicarakannya 

17 Sunk Cost Fallacy
Kekeliruan sudah bayar. Orang meneruskan sesuatu yang tidak wajar kerana sudah bayar.

18 The Framing Effect
Kesan bingkai. Contohnya roti 1% lemak dengan roti 99% tanpa lemak, orang mungkin lebih terpengaruh dengan 99% walaupun kedua-duanya sama.

19 The Clustering Illusion
Gambaran berangkai, minda sentiasa mengaitkan gambaran yang terlihatnya kepada sesuatu yang ia telah tahu. Walaupun mungkin tak ada kaitan.

20 Exponential Growth.
Manusia biasa berfikir secara lurus, mendatar tak boleh hiperbolik. Mudah keliru dengan angka kecil, contohnya bunga 4%. Contohnya jika satu kertas yang sangat besar, lipat 2 kemudian yang sudah dilipat itu lipat 2 lagi, di ulang 50 kali berapa ketebalannya? Secara mental singkat manusia mengagak mungkin beberapa inci. Tetapi sebenarnya ia sudah menjangkau jutaan batu.

21 Barnum Effect
Menyifatkan keperibadian kepada kata-kata yang umum dan kabur, walaupun itu sifat umum ramai orang. Ini menyebabkan orang mudah dipengaruhi oleh tukang ramal/tenung. Atau orang yang boleh memberitahu sifat peribadinya.

Comments