Kekacang

Merendam bijirin/kekacang sebelum dimakan atau masak. Kebanyakkan biji-bijian mempunyai asid phytic dan lain-lain, ia memerangkap mineral (biasanya kumpulan 2) Ca, Mg, Zat besi, Mn, Zn. Jika makan bersama, mineral akan terperangkap tak boleh dihadam, tak boleh diserap badan. Salah satu cara membuangnya ialah dengan merendam, mungkin beberapa jam, atau semalaman, ia larut air, tapi kurang berkesan untuk bijian seperti kacang soya, atau kacang merah. Ia juga tahan panas, satu jam dalam air mendidih hanya merungkai 80%.

Ia juga boleh terurai bila biji itu mula bercambah atau diperam. Seperti taugeh atau tempe. Pemerosesan makanan juga penting untuk mendapat zat. Bukan semata-mata makanan segar baik untuk dimakan.

Jadi ada makanan lebih baik dimakan berasingan. Begitu juga ada makanan lebih baik dimakan bersekali. Memakan secara bercampur yg tidak betul boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan.

Kadang-kadang asid phytic digunakan sebagai ubat tahan dalam makanan, tentunya kerana ia perangkap mineral, menyebabkan bakteria dan kulat tak boleh membiak.

"Bran" atau dedak mengandungi asid phytic yang tinggi. Dalam banyak-banyak dedak, paling banyak dari gandum, beras pun tak kurang banyaknya. Dan juga pokok yang yg menggunakan baja fosforus, akan ada bijinya lebih banyak asid phytic. Sebab asid phytic adalah "takungan" fosforus. Tumbuh-tumbuhan ada enzyme yg memproses asid phytic untuk mendapatkan fosforus. Tapi manusia tidak ada enzim itu. Tetapi kadang-kadang ada flora dalam perut yg boleh memprosesnya. Tapi tak diketahui pada manusia. Secara umum, gandum ada lebih banyak asid phytic dari beras. Demikian juga beras perang lebih banyak asid phytic dari beras putih. Demikian juga gandum yang lengkap. Makanan yg ada asid phytic lebih wajar dimakan berasingan dari yang kaya dengan mineral. Sebab makanan yang ada asid phytic juga perlu untuk dapatkan zat lain seperti vitamin larut air.

Antara kesan buruk asid phytic yang "lebih" ialah kekurangan zat mineral dan fosforus menyebabkan gigi cepat rosak dan tulang lemah. Lebih-lebih lagi, penting pada anak-anak yang sedang membesar.

Comments