Mulia
Aspek ketiga dalam ayat hujurat 13:
kemuliaan, termulia أكرم, takwa dan Allah. Ini juga sudut kerohanian, manusia ingin mulia. "Mulia" bukanlah sesuatu kebendaan, tetapi manusia inginkan dalam bentuk kebendaan. Maka Allah perbetulkan, mulia adalah melalui ketakwaan. Manusia dilahirkan tidak dapat memilih keturunan, atau keluarga yang kaya, tetapi ketakwaan adalah usaha dan pilihannya sendiri. Dengan sendirinya ketakwaan adalah di sisi Allah, bukan lagi kerana manusia.
Apa itu kemuliaan? Perkataan أكرم boleh bermaksud termulia atau memuliakan, menghormati. Perkataan كرم boleh bererti mulia pemurah, dermawan (murah hati) . Ertinya, mulia dirasakan melalui layanan istimewa, "dermawan" dengan erti dia mendapat lebih banyak ganjaran dari usahanya daripada kebiasaan orang lain. Secara munasabahnya ini adalah sesuatu yang selayaknya diharap dari Allah bukan dari manusia. Tetapi lumrahnya tidak demikian. Maka mencari kemuliaan dari sisi manusia menimbulkan banyak sengketa, kerana manusia lain menanggung kelebihannya akan rasa kekurangan, hina atau tidak saksama. Satu pihak jadi ujub, angkuh, satu pihak lagi rasa rendah diri.
Al-Isra' 17:62
قَالَ أَرَءَيْتَكَ هَٰذَا ٱلَّذِى كَرَّمْتَ عَلَىَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُۥٓ إِلَّا قَلِيلًا
Ia (Iblis) berkata, “Terangkanlah kepadaku, inikah yang lebih Engkau muliakan daripada aku? Sekiranya Engkau memberi waktu kepadaku sampai hari Kiamat, pasti akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebagian kecil.”
Jadi dendam, syaitan melihat kemuliaan pada kejadian (keturunan).
Rasa rendah diri atau "inferiority kompleks" jadi "kompleks" bila manusia tidak mahu memperakui kekurangannya dan cuba hidup diluar kemampuannya, tanpa membaiki kekurangan itu. Menolak nasihat-nasihat untuk pembaikan. Kerana keinginan untuk jadi mulia, dapat kehormatan, merebut dari orang lain, kelebihan melalui kebendaan adalah tidak benar, ianya tidak akan memenuhi kehendak jiwa.
Bermula ayat al-Fajr 15, menceritakan perihal manusia jika diberi ni'mat itulah kemuliaan baginya, tapi bila dicatu rezekinya dia mengatakan tuhannya menghinanya. Tapi itu bukan kemuliaan, sedangkan dia tidak bermurah hati kepada anak yatim, tidak membantu pemberian makan orang miskin. Bahkan makan harta warisan dengan loba tak kira hak, cintakan harta bertimbun. Ini contoh yang mengira kemuliaan pada keturunan dan harta benda. Anak yatim dan orang miskin itu hina.
Sebenarnya Allah telah berikan kemuliaan kepada anak Adam, pengangkutan, rezeki dari yang baik-baik serta lain-lain kelebihan. Al-Isra' 17:70. Ini bukan kemuliaan diri seseorang, tapi ini untuk semua anak Adam, yang baik dan yang jahat.
Ini lah salah faham tentang kemuliaan diri. Menjadi terlalu sensitif dengan keturunan dan harta benda, menganggap satu penghinaan jika terkait dengan kemiskinan, lebih-lebih lagi dikalangan yang tidak ada nama pada keturunan.
Jadi kita berbalik kepada takwa sebagai kemulian diri pada sisi Allah. Selayaknya syurgalah tempat Allah muliakan hamba-hambanya.
Al-Ma'arij 70:35
أُو۟لَٰٓئِكَ فِى جَنَّٰتٍ مُّكْرَمُونَ
Mereka itu dimuliakan di dalam surga.
orang yang dimuliakan مكرَمون
orang yang memuliakan orang lain مكرِمون
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan, diberikannya kefahaman dalam agama. Minta doa diberikan.
Comments
Post a Comment