Manusia ambil ringan tentang Allah maupun pemberianNya

Manusia ambil ringan tentang Allah maupun pemberianNya.

Yunus 10:22
هُوَ ٱلَّذِى يُسَيِّرُكُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِۖ حَتَّىٰٓ إِذَا كُنتُمْ فِى ٱلْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِم بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا۟ بِهَا جَآءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَآءَهُمُ ٱلْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْۙ دَعَوُا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ لَئِنْ أَنجَيْتَنَا مِنْ هَٰذِهِۦ لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّٰكِرِينَ 
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan meluncurlah (kapal) itu membawa mereka (orang-orang yang ada di dalamnya) dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya; tiba-tiba datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenap penjuru, dan mereka mengira telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas kepada Allah semata. (Seraya berkata), “Sekiranya Engkau menyelamatkan kami dari (bahaya) ini, pasti kami termasuk orang-orang yang bersyukur.”

Seolah-olah manusia tak fikir langsung tentang tuhan. Tak hormat tuhan. Tak tahu hormat tuhan. Tak pernah fikir nak hormat tuhan. Tak ada erti hormat tuhan, tak pernah dengar pun.

Hingga dia berdoa, yakni bercakap dengan tuhan, dengan erti, sekiranya dia diselamatkan dia mahu jadi orang yang bersyukur. Apakah dia bermaksud kalau tak selamat, maaf, kami tak bersyukurlah? Tentunya dia tidak berfikir begitu, kerana memang biasalah dia tidak berfikir tentang tuhan. Tuhan perlulah dihormati, nak cakap dengan tuhan, fikir-fikir dulu, susun ayat baik-baik. Jangan buat syarat dengan tuhan, kita ini hamba-Nya, jauh lagi cakap yang ada unsur ugutan.

Padahal yang mengangkut manusia di laut dan darat itu hakikatnya adalah Allah walaupun tak nampak. Dan yang maha meliputi ialah Allah bukannya angin dan gelombang.

Sedangkan menjadi orang yang bersyukur sudah maklum bila Allah lahirkan manusia ke dunia. Allah jadikan pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur. An-Nahl 16:78
Tak bolehkah tenangkan hati dengan mengingati bahawa Allahlah yang mengangkut manusia, ketika tenang dan juga dalam angin badai dan gelombang itu? Bersyukur dalam senang manusia lupa, bersyukur ketika bencana, manusia tak tahu cara. Jika hormat tuhan tidak pernah diambil kira, apatah lagi hormat sesama manusia.

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

Zikir

Mengeluar / Membebaskan Manusia

Zakat Fitrah

Otak

Melayan Manusia

Konsep Keadilan dan Kemaafan

Madu Lebah

Nilai Dalam Hidup

Ilmu Makanan Roh?

Glukosa