Inferiority Complex
Inferioriti kompleks. Kerumitan rendah diri.
Satu jenis perasaan kekurangan yang berlebihan. Ia dikatakan kompleks kerana sebenarnya orang yang berperasaan begitu ada juga kelebihan. Ia tidak dapat menerima kekurangan itu, menilainya sebagai memalukan, merendahkan darjatnya.
Sedangkan semua manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Sepatutnya usaha seseorang difokuskan kepada kelebihannya, bagi menampung kekurangannya. Kekurangan itu tidak menjatuhkan darjat kemanusiaannya. Tetapi apabila ia tidak dapat menerima hakikat ini, fokusnya untuk menutup kekurangannya dengan mengabaikan kelebihan yang ada padanya, menjadikan inferioriti kompleks.
Penyelesaian Islam dalam perkara ini ialah dengan mengangkat dua perkara tertinggi, satu; meletakkan nilai jiwa atas ketaqwaan bukan perkara lain. Dua; penilai dan harapan ialah Allah bukan selainnya.
Merubahnya perlukan masa, harapnya umurnya cukup.
Pengaruh atas manusia berlaku sejak bayi dalam keadaan dia tidak sedar. Ia mencorakkan nilai yang ia letakkan atas dirinya.
Kes: manusia menilai "alim", yakni orang yang tahu, itu tinggi dan mulia. Dia merasa malu dan rendah jika tidak tahu. Jika perasaan ini keterlaluan hingga merosakkan pertimbangannya maka itu inferioriti kompleks.
Sepatutnya tidak mengapa tidak tahu sesuatu yang tidak berkenaan dengannya. Yakni tidak rasa rendah diri kerananya. Hakikat tidak ada manusia yang tahu semua perkara, perlu diterima. Yang menjadi inferioriti kompleks tidak sedar dia tidak dapat menerima hakikat ini, sedangkan dia tahu.
Jika dia berpegang dengan nilai Islam, iaitu nilai kemuliaan tertinggi ialah ketakwaan (jaga diri), apabila perkara yang tidak tahu itu berkenaan dirinya, dia belajarlah, dengarlah, perhatilah supaya dia dapat menjaga diri (takwa). Jika tidak berkenaan, tidak ada tuntutan atasnya.
Nilai kedua Islam, Allah menjadi penilai dan harapan tertinggi. Manusia tidak patut terlalu sensitif dengan kata-kata manusia. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku secara tidak langsung. Pergaulan dengan manusia menyebabkan orang terasa dia dipandang sebagai orang yang tidak tahu. Jika ia terlalu sensitif, ia cuba menunjukkan ia tahu.
Hal ini digunakan oleh penyiasat kes jenayah. Kerana orang itu rasa tercabar dengan rasa jatuh diri kerana tak tahu. Penyiasat boleh berpura-pura buat tahu, buat cerita begitu begini, maka penjenayah yang rasa dia diperbodohkan cuba menafikan polis penyiasat, dia ingin mempertahankan dia lebih tahu. Dia rasa tercabar dengan kata-kata manusia.
Seolah-olahnya ini satu yang positif untuk menyelesaikan kes jenayah. Tetapi tidak berlakulah kes jenayah bila orang meletakkan Allah sebagai penilai dan harapan tertinggi. Dia tidak tidak tercabar dengar kata-kata manusia.
Itu hanya satu kes "alim". Kaya, miskin, kenyang, lapar dan banyak lagi nilai-nilai yang menjadikan inferioriti kompleks berlaku walaupun nilai-nilai tersebut bukanlah buruk. Tetapi yang tertinggi ialah ketakwaan pada Allah.
Berpuasalah supaya dapat ketakwaan -al-baqarah 2:183
Bertakwalah supaya mensyukuri Allah -ali-imran 3:123
Manafaat bersyukur kembali kepada orang yang bersyukur -luqman 31:12
Selamat berpuasa.
Comments
Post a Comment