COVID Masalah Darah & Kebersihan Mulut

https://youtu.be/2Pz2aYSxUrk

Bicara: Kovid lebih sesuai dikategorikan sebagai penyakit salur darah, bukan penyakit pernafasan. Kerana ia tidak menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan. Tetapi merebak dari mulut melalui salur darah hingga menyebabkan rerambut darah membeku. Yakni orang tidak merasa lemas tetapi kekurangan oksigen kerana rerambut darah pada alveoli tersumbat. Perkara ini boleh dilihat dari gambar x-ray dengan corak yang sama.

Jadi orang yg paling teruk terkena kovid apabila ada masalah kebersihan mulut, penyakit gusi yang menyebabkan virus boleh masuk ke dalam darah.

Sebaliknya membersihkan mulut membantu mempercepatkan kesembuhan.

Bukan semua jenis penyuci mulut sesuai untuk menyahkan kuman. Pengunaan alkohol tidak disarankan sebab memerlukan lebih dari 70% untuk berkesan, tapi membahayakan dari sudut lain. Pengunaan pencuci mulut tak boleh lebih 2x sehari. Untuk waktu lain, bolehlah menggunakan air garam atau air kosong pastikan mulut tidak kering. Rekahan dalam mulut yg kering boleh menyebabkan jangkitan.

Selepas mulut, salur darah akan terus masuk ke jantung kemudian paru-paru. Jadi jangkitan mudah berlaku pada jantung dan paru-paru.

Bicara itu juga membayangkan kesihatan mulut adalah penting supaya jangkitan tidak masuk ke dalam darah, tidak terbatas kepada kovid sahaja.

Comments