Gaya Komunikasi

Buku "riding the waves of culture" Mengharungi gelombang budaya. 1993. Gaya komunikasi. Oriental=timur. Anglo-saxon=British, Jerman (Eropah utara). Latin=Rom, Greek (Mediteranean)


Mengikut kajian buku ini. Orang timur, mempunyai budaya cakap terputus. Ada selang dalam percakapan, senyap seketika, sebelum bertukar cakap kepada orang kedua. Ini tahun 1993. Tapi ketika ayah ambil kursus ini dulu, ketiga-tiga cara komunikasi ini sudah ada dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah budaya setempat, di mana orang dibesarkan, pengaruh media, tv, barat banyak kesannya dalam masyarakat.

--Terjemahan--
*Komunikasi lisan*
Masyarakat barat mempunyai budaya pertuturan yang terpengaruh. Kita berhubung menggunakan kertas, filem dan perbualan. Dua program komputer terlaris di dunia barat, pemerosesan huruf dan melukis telah dibangunkan untuk menyokong percakapan lisan. Kita merasa tidak selesa sebaik saja kita berhenti bercakap. Tetapi kita punyai gaya percakapan yang amat berlainan. Untuk Anglo-Saxon bila A berhenti, B akan mula. Tidak sopan untuk mencelah. Lebih lagi pertuturan Latin, B kerap mencelah A dan sebaliknya untuk mengambarkan betapa mereka berminat kepada percakapan pihak satu lagi.

Corak kominikasi senyap yang ditujukkan dalam rajah 6.2 untuk bahasa timur menakutkan orang barat. Sebaik saja berlaku senyap, ia dianggap kegagalan untuk berkominikasi. Tetapi ini adalah salah faham. Cuba kita tukar peranan; bagaimanakah boleh orang barat boleh menyampaikan dengan jelas jika pihak satu lagi tidak diberi masa untuk menghabiskan ayat, atau untuk memahami apa yang telah diperkatakan pihak satu lagi? Ia adalah tanda menghormati kepada pihak satu lagi jika anda memberi sedikit masa untuk menghadamkan tanpa anda sendiri bercakap.

--komen--
Buku ini ditulis kepada pembaca barat, supaya orang barat boleh memahami dengan saksama budaya timur. Ini sesuai dengan zaman 90an dimana banyak korporat barat melabur, membuka kilang atau syarikat disebelah timur.

Comments