Aditif Makanan / Acrylamide MSG

acrylamide adalah tindak balas monosaccaride dengan asid amino. Bila suhu masakan lebih 120⁰C. Dan makanan jadi kekuningan lebih cepat bila suhu 140⁰C. Tapi ia juga tergantung kepada jenis makanan. Yang disaran, masak tak lebih 170⁰C. Semata-mata ada belum boleh dikira bahaya. Tapi yg banyak diperkatakan ialah ubi kentang. Ia juga melibatkan rasa. Jika orang cuba proses untuk kurangkan acrylamide untuk kopi, rasanya jadi tak sedap.

Tapi tak ada kajian yang menunjukkan kejadiannya berbahaya dalam makanan yg di masak, kandungannya tidaklah banyak. Tapi jika disuling asli bahan kimia itu memang bahaya.

Dari segi kimia tindakbalas asid amino dengan gula ringkas lebih cepat jika beralkali. Jenis asid amino yang dikenalpasti ialah asparagine, kalau protin jenis ini tak ada, tindak balas tak berlaku.

Cara industri mengurangkannya ialah dengan memecahkan asparagine atau menambah karbon dioksida bagi rendahkan alkali. Tapi ini jadi sebab untuk naikkan harga. Sedangkan keadaan tidaklah seburuk mana.

Walaupun begitu, kita boleh tahu protin dan gula yang dibakar, tak bagus, seperti satey, ayam madu. Bila makan banyak. Tapi tak tahu banyak mana.

Jika orang baca sahaja tak tahu angka, tak tahu dos, semua benda jadi bahaya. Roti yg dibuat guna yis ada sedikit alkohol. Tak patutlah canangkan roti itu berbahaya macam arak atau minum alkohol.

Karamel hanya menggunakan gula. Tak akan jadi acrylamide, tanpa protin (asparagine).

Kalau orang buat masakan jadi sedap adakah itu dikira menipu?

Glutamate adalah salah satu protin neurotransmitter. Jika banyak saraf jadi banyak aktif (jadi sensitif). Manakala protin jenis ini adalah protin paling banyak dalam makanan. Hinggakan badan pun menghasilkannya, dan tentunya mengawal kadarnya. Manakala msg adalah bentuk garam. Ia merangsang saraf bagi sensitif, dan rasa sedap.

Jadi ia banyak secara semulajadi dalam makanan yang dijeruk atau peram. Seperti kicap, budu, keju, sup masak lama atau guna pressure cooker. Termasuk juga walnut, atau air barli (peram), sayuran tertentu seperti tomato masak, brokoli, kacang pis atau cendawan. Semua ini orang guna untuk memasak, sudah ada glutamate, tambah garam saja.

Jangan makan terlalu banyak. Nanti terlalu lihat bahan kimia semua makanan jadi bahaya.

Comments