Psikologi - Triggered Huraian
Ini mungkin istilah orang psikologi.
(Terjemahan melayu di bawah)
What happens when you are triggered?
A trigger may cause: sudden fear, panic, anger, or sadness. feelings of being overwhelmed, out of control, abandoned, or helpless. flashbacks, which could involve reliving a memory, reliving emotions, or reliving physical sensations. 30 Aug 2023
Jika terjemah melayu triggered bermakna tercetus
trigger bermakna pencetus, atau mencetus.
Apa yang berlaku apabila anda dicetuskan?
Pencetus boleh menyebabkan: ketakutan, panik, kemarahan atau kesedihan secara tiba-tiba. perasaan terharu, tidak terkawal, ditinggalkan, atau tidak berdaya. kilas balik, yang mungkin melibatkan mengimbas kembali ingatan, menghidupkan semula emosi atau menghidupkan semula sensasi fizikal. 30 Ogos 2023
Mungkin lebih sesuai istilah melayu "kena cucuk".
Banyak keadaan, satu perkara ada banyak sudut pandang. Bukanlah satu sudut itu lebih benar dari yang lain.
Bagaimana bertindak bila tercucuk atau kena cucuk? Yang perlu dielak ialah melenting atau melatah. Ini tindakan segera tanpa ada kesempatan berfikir. Jadi beri jarak masa antara keduanya membuka peluang berfikir.
Cucuk menyucuk ini merujuk perkara kecil tapi mungkin rasa sakit. Ia bukan perkara besar atau kecemasan.
Jika orang hafal kata-kata hikmah, contohnya dari al-quran atau hadis atau mana-mana pun, ia berpeluang mengingatinya, bila ada ruang berfikir. Antara "mukjizat hidup" al-quran ialah orang akan teringat ayat yang sesuai dengan permasalahan yg ditempuhinya.
Kadangkala, yang cucuk itu datang dari syaitan. Psikologi barat, dipengaruhi atheist tidak menerima perkara ghaib. Jadi kita ada doa-doa atau zikir yang patut jadi biasa.
Untuk berfikir panjang lebar pada suasana singkat adalah tidak munasabah. Tapi langkah-langkah berfikir, walaupun singkat perlu betul.
Langkah pertama dalam berfikir adalah mengumpul maklumat, iaitu dengar dan lihat. Yang lain-lain akan menyusul. Tapi jika langkah mula-mula adalah melabel, atau mencari label, itu songsang. Sebab label itu digunakan untuk buat kesimpulan, yakni bukan langkah pertama.
Dengar dan lihat sering disalah tanggap sebagai tak berbuat apa-apa.
Ada keadaan Allah menyifatkan diriNya.
وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Comments
Post a Comment