Vitamin D dan Buah Pinggang

Vitamin D yg aktif ialah calcifediol dan calcitriol.

Jika bukan kerana sejarah. Vitamin D tak akan dikira vitamin. Sebab dia boleh dihasilkan badan. Lebih sesuai dikategorikan sebagai hormon.

Badan membuat vitamin D dari kolesterol bila terkena sinar lampau ungu UVB. Kalau orang kulit cerah cukup 2-30 minit cahaya matahari 2 kali seminggu.

Kesan UVB berkurang bila orang kulit gelap. Vitamin D yg terhasil boleh terperangkap jika orang gemok banyak lemak. Jadi ia tidak dapat masuk kesaluran darah. Kaca, atau losion boleh menghalang sinar UVB, mesti terdedah secara langsung.

Orang tua dikatakan kurang vitamin D kerana kesan UVB berkurang? Atau tak kena matahari? Atau kedua-duanya. Tapi zaman sekarang orang tak mahu melabur pada kajian vitamin D sebab, tak boleh buat duit.

 Orang hanya rasa hanya cukup untuk tahu vitamin D untuk mengelak tulang reput. Tapi ada juga kajian tanpa cari untung, yang menemui pentingnya vitamin D untuk sistem pertahanan badan (tulang). Termasuk membuat antibodi. Tulang itu tempat membuat darah, plasma , sel darah merah dan putih yg juga menghasilkan antibodi.

Bila orang terkena penyakit, virus, bakteria, atau vaksin, pertahanan badan mengunakan, mengurangkan takungan vitamin D. Kekurangan vitamin D menyebabkan lemah pertahanan badan.

Vitamin D yang di makan, perlu diaktifkan badan sebelum berkesan. Ia adalah proses yg perlahan. ikut KKM kadar maksima sehari 50mcg bersamaan 2000IU. (kajian 1997).

Tapi ada kajian menunjukkan orang di beri sampai 50,000 IU 3 kali seminggu selama se bulan tak menimbulkan hypercalcemia (terlebih kalsium). Ini kes rawatan orang tak cukup vit D, kadar kurang dari 10ng/ml (dalam darah) untuk menaikkan hingga paras 30ng/ml. Paras yang dianggap (andaian) bahaya jika melebihi 80ng/ml.

Ini menunjukkan angka-angka ini tidak pasti. Yakni had 2000IU (50mcg) sehari. Orang hanya guna logik, sebab vitamin D membantu penyerapan kalsium maka jika vit D banyak, kalsium pun banyak menjadi bahaya. Kajian resmi (klinikal) tak ada.

vit D di aktifkan tahap 1, secara perlahan-lahan oleh hati jadi calcifediol, kemudian calcifediol di tukar (tahap 2) oleh buah pinggang jadi calcitriol. Selain buah pinggang ada juga organ lain yg boleh proses. Tapi yg banyak dalam darah ialah calcifediol.

Ada negara-negara yg boleh beli calcifediol di kedai ubat. Ini ubat makan. Tapi calcitriol hanya dengan surat doktor.

Di UK umpamanya calcifediol tak dijual untuk manusia. Tapi untuk haiwan ternakan, banyak.

Malaysia?

Kalau dah rosak buah pinggang tu kes teruk dah.

Comments