Kad WISE
Yang ayah faham, tapi sebab tak gunakan, tak boleh sahkan. Kalau guna kad akaun dari Malaysia, guna luar negara, dia akan caj (komisyen) setiap kali guna kad untuk tukar matawang dan kadarnya berubah-ubah ikut kadar semasa.
Kalau guna tunai, kadar tukaran dan komisyen dibuat ketika kita tukar matawang.
Konsep yg dibuat oleh kad wise adalah mengambil kira perkara di atas. Entah macam mana dia guna akaun di negara yg kita pergi. Jadi kita perlu topup sekali, seolah-olah kita buat tukaran matawang, masuk dalam akaun tersebut. Caj tetap berlaku tetapi cara ini orang boleh kurangkan dari buat tukaran banyak kali. Dia boleh ambil untung dari duit yg tersimpan dalam akaun tersebut. Bila dibuka untuk antarabangsa, tentu ramai pengguna dan akaun tersebut sentiasa terisi.
Dia daftar dengan bank negara atas nama wise payments sdn bhd. Untuk secara sah boleh rakyat malaysia menyimpan wang.
https://www.bnm.gov.my/-/wise-payments-malaysia-sdn-bhd
Contoh guna kad bank al-rajhi. yuran tahunan RM10. Takaful tahunan dari RM212. Caj mesin ATM luar negara RM12 setiap kali + Caj tukaran matawang - ikut kadar semasa Visa (termasuk komisyen Visa).
Bank Rajhi cawangan malaysia. Ialah bank arab saudi yg menaja banyak gelas plastik percuma di masjidil haram dan madinah.
Caj bank islam RM10 untuk ATM luar negara. Tapi mungkin ada tambahan caj ATM luar negara yg biasanya ATM itu akan beritahu. Atau kita boleh tanya bank di malaysia, berapa komisyen yg dikenakan bila guna ATM luar negara, berapa komisyen yg visa ambil dari tukaran matawang, komisyen dia tetap atau ikut peratus jumlah wang.
Tapi masa ayah pi dulu ada kaunter tabung haji untuk keluar duit. Jadi tak guna kad. Sekarang tak leh.
Comments
Post a Comment