Glukosa & Kolesterol

Kaitan gula (glukosa) dan kolesterol.

Makanan yg mengandungi karbohidrat bila terhadam menjadi gula ringkas yg kebanyakkannya adalah glukosa. Kemudian glukosa diserap dari saluran pemakanan ke salur darah untuk diedarkan keseluruhan badan.

Itu imbangan yang secukupnya, tidak kurang tidak lebih. Tetapi ada keanjalan dalam tabiat alam kadang-kadang terlebih atau terkurang.

Fungsi utama glukosa dalam badan adalah memberi tenaga. Ia akan kehabisan, dengan terhasilnya air dan karbon dioksida. Air akan keluar dari badan sebagai peluh atau air kencing. Manakala karbon dioksida melalui hidung.

Apa boleh berlaku jika terlebih?
Al-A'raf 7:31
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ 
Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.

Makan terlebih disekalikan dengan pakaian seolah-olah makan itu satu perhiasan hidup. Ianya sesuatu yang anjal sedikit sebanyaknya, tapi jangan tak dihirau langsung.

Pertama jika kadar glukosa memasuki salur darah, lebih dari yang diperlukan, ia akan diproses oleh hati menjadi lelemak. Lelemak itu disimpan dalam hati atau dipindahkan ke tempat lain dalam badan. Oleh kerana lelemak tidak larut dalam darah yang berasaskan air, lelemak itu dibungkus dengan bahan yang kita kenali sebagai LDL. Ianya terbina dari protin, lemak dan kolesterol. 

Itulah kaitan glukosa dengan kolesterol. Setiap kali lelemak atau bahan yang tidak larut air perlu dipindahkan dari satu tempat dalam badan ketempat lain, pembungkusnya adalah LDL.

LDL sentiasa ada, malah amat perlu. Cuma menjadi tidak bagus jika berlebihan. Tetapi ilmu kesihatan tak boleh beri kepastian nilai sebanyak mana terlebih yang tak boleh.

Tetapi manusia makan bertahun-tahun lamanya. Jika berpanjangan berlebihan, akan sampai tahap, umur atau keadaan yang menyebabkan tempat simpanan penuh. Badan terpaksa bekerja lebih untuk memproses. Insulin yang lebih banyak diperlukan untuk menurunkan kandungan glukosa dalam darah kepada peringkat yg diingini. Tahap awal ialah memaksa badan membakar lebih. Badan jadi lebih panas, lebih banyak air dan karbon dioksida terhasil, samada lebih banyak berpeluh, atau buang air. 

Jika itu berbetulan dengan orang yang aktif, banyak menggunakan tenaga, ianya bersesuaian. Jika peringkat umur sedang membesar, orang boleh jadi gemuk. Jangan silap mengira gemuk itu hanya lemak. Gemuk itu memerlukan juga protin dan lain-lain bahan untuk membina badan.

Tetapi jika keadaan di atas berlainan, seperti orang tidak aktif, atau umur lanjut, atau terlalu banyak lebihannya maka glukosa akan "bocor" melalui saluran kencing.

Berbalik kepada LDL, ia akan menjadi tinggi selagi ada banyak permintaan untuk mengedar lelemak dalam badan. Walaupun tidak sepatutnya lemak bebas (trigliserida) ujud dalam darah, tetapi terlalu banyak LDL dalam darah yang tidak sempat diproses pada masanya, atau berlaku kerosakan yang menyebabkan longgokan LDL, pecah atau sebagainya, menyebabkan kandungan lemak bebas dalam darah menjadi bahaya.

Bagaimana berlebihan boleh berlaku tanpa disedari?
1: Jenis makanan (karbohiderat).
2: Cara pemakanan.

Jenis karbohiderat pelbagai.
1: Selulos.. karbohiderat yg tidak hadam, ini dikira serat. Selain bertindak untuk memudahkan makan bergerak dalam usus, ia juga membantu penyerapan makanan berlaku secara berdikit-dikit.
2 Amylopectin.. Ini adalah bentuk kanji yang molekulnya bercabang. Ada kategori A, B dan C. Jenis A adalah paling mudah, paling cepat terhadam. Hampir-hampir sama seperti orang makan glukosa secara langsung. Bila cepat hadam dan diserap, orang akan rasa lapar, orang akan makan lagi. Makanan jenis ini perlu disekalikan dengan lebih banyak serat, supaya tidak cepat lapar.

Makanan jenis ini biasanya kelihatan berkanji, seperti pulut. Tetapi gandum mempunyai jenis A walaupun ia juga lebih banyak protin (gluten) berbanding dengan pulut. Kebiasaan orang Melayu, pulut dianggap sejuk, dikaitkan dengan sakit urat. Melalui penerangan di atas, kita tahu kanji pulut mempunyai kandungan amylopectin A yang tinggi. Memakan pulut hampir sama seperti makan glukosa. Tapi lebih teruk dari makan gula sebab orang makan pulut lebih banyak. Ia cepat hadam, masuk dalam salur darah dengan cepat menyebabkan insulin keluar dengan banyaknya untuk menyerap glukosa dari salur darah ke sel badan. Ini menyebabkan badan mudah berpeluh dengan sedikit aktiviti, menjadikan orang rasa sejuk. Tetapi banyaknya insulin menyebabkan kandungan glukosa dalam darah turun mendadak bila glukosa dari dalam usus kehabisan. Kekurangan glukosa dalam darah yang tiba-tiba ini meyebabkan badan kehilangan sumber tenaga yang tiba-tiba juga, menjadi punca sengal-sengal badan yg dianggap sakit urat.

Walaupun pisang itu manis, tetapi ia mengadungi amylopectin B. Ia tidak seburuk makan pulut atau gandum tambah lagi pisang tidak dimakan sebanyak pulut. Beras lebih banyak jenis B.

Kemudian pelbagai jenis kekacang mempunyai amylopectin C yang lebih lambat hadam. Sesetengah orang pula, kemampuan penghadaman rendah menyebabkan, kanji jenis ini tidak dapat diserap secukupnya ketika dalam usus kecil, terlajak hingga bakteria dalam usus memakannya menjadi angin, atau sakit perut.

3 Amylose.. iaitu jenis karbohidrat yang molekulnya lurus. Kandungan biasanya hanya 20-30% dari kanji dalam makanan.

4 Gula kembar (disabcharide).. Mengandungi dua molekul gula ringkas. Paling banyak ditemui dikenali sebagai gula biasa (sukrosa). Perisa manis untuk makanan. Tetapi penggunaannya banyak. Dan inilah yang paling ditakuti. Walaupun sebenarnya amylopectin A sama sahaja, dari pulut dan gandum lebih banyak dari segi timbangan.

5 Karbohidrat yang diproses Ditemui banyak dalam makanan zaman moden. Ada pelbagai nama seperti dextrose, maltodextrose, kanji ubah suai. Dextrose atau maltodextrose digunakan untuk "memenuhkan" tanpa merubah rasa makanan, biasa ditemui dalam susu formula, bayi atau orang dewasa, ada jenama hingga 60% dari susu tepung. Kanji jenis ini dihasilkan cara diperam menggunakan enzim dari biji benih yg hampir mencambah. Ia mempunyai GI 105, maknanya lebih tinggi dari glukosa 100. Manakala "kanji ubah suai" adalah istilah umum kepada karbohiderat yang diproses secara industri. Selain dari dextrose dan maltodextrose, yang banyak digunakan ialah sirap jagung digunakan sebagai pemanis sebab ia lebih murah dari gula tebu. Beberapa gred 42%, 55%, 70% fruktosa. 

Jenis makanan ini yang sangat mudah hadam, atau dihadamkan secara industri sebelum dijadikan ramuan makanan. Menjadikan kejutan pada sistem penghadaman menyebabkan kandungan glukosa dalam darah mendadak naik, kemudiannya sebagai tindakbalasnya, terlalu banyak insulin menyebabkan glukosa dalam darah tiba-tiba merudum.

Istilah maltodextrin juga digunakan untuk juga untuk kanji yang tidak hadam. Ini mengelirukan. Dan ia juga ditambah dalam makanan sebagai serat.

Cara pemakanan.
Kajian menunjukkan secara tidak langsung bahawa badan membuat unjuran untuk mengeluarkan kadar insulin mengikut permulaan makanan. Jadi memulakan makanan dengan protin atau bukan gula diselangi beberapa ketika sebelum memakan makanan yang mudah hadam, adalah lebih baik untuk mengelak insulin mendadak banyak.

Cara makan orang Melayu yang mengaulkan berjenis makanan untuk dimakan, seperti lauk berprotin, kuah berminyak dengan nasi adalah lebih baik dari cara barat yang makan berasingan yang dimulai dengan karbohiderat. Lebih buruk jika memulakan makan dengan karbohiderat yang mudah hadam. Yang ramai terlepas pandang ialah baka gandum yang banyak dalam pasaran, kaya dengan amylopectin A, yang mudah hadam.

Oleh itu mengetahui jenis makanan dan cara memakannya penting untuk mengelak kejutan pada penyerapan makanan terhadam dari saluran pemakanan ke dalam darah.

Biasanya ada 30 minit masa antara mula makan dan kesan penghadaman. Sebarang aktiviti selepas makan akan membantutkan pengeluaran insulin, kerana hormon (stress) yang mengaktifkan. Amatlah tidak baik tidur dengan perut masih kenyang. Secara tidak langsung ini boleh difahamkan bila kita disuruh mempercepatkan berbuka puasa. Pandangan saya berbuat morēh selepas tarawih bercanggah dengan semangat ini. Ia juga menyumbang kepada panas badan, berpeluh berlebihan ketika tidur.

Ada pandangan yang menyatakan, jika memakan makanan yang menyebabkan insulin mendadak sebelum tidur akan menyebabkan glukosa merudum jatuh ketika tidur. Ini akan menimbulkan tekanan (stress) pada badan yang menyebabkan hormon stress dirembeskan untuk meningkatkan paras glukosa. Kesan hormon stress itu juga meningkatkan denyutan jantung, menyebabkan orang tak bolek tidur, terjaga. Bergantung kepada takungan tenaga badan, jika dia bergegas bangun ketika itu, boleh jatuh pengsan.

Ada juga tips untuk mengelak dari mengantuk ketika tarawikh, untuk tidak minum air. Mengantuk boleh berlaku bila insulin masih banyak dalam darah yang menurunkan paras glukosa. Bila orang tidak minum air, proses penghadaman jadi lambat dan kejutan dari penyerapan glukosa ke dalam darah tidak berlaku. Jadi insulin tidak keluar dengan banyak secara tiba-tiba. Maka glukosa dalam darah tidak akan turun hingga sampai mengantuk. Jadi tips ini berkesan. Tapi masih perlu dijaga makan tidak terlalu banyak. Dan air masih perlu diminum secukupnya.

Cabaran perubatan moden.
Apa bila manusia tak boleh merubah tabiat pemakanan dan mengawal jenis-jenis makanan. Teknologi ubat-ubatan digunakan untuk meneruskan tabiat tersebut. Doktor-doktor tak boleh memaksa orang ramai mengubah tabiat.

Kata-kata orang putih, "anda adalah apa yang anda fikir". Biasanya kata-kata ini digunakan untuk memberi galakan, motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah. Tapi kata-kata ini juga bermaksud, apa yang orang fikir untuk dirinya, termasuklah apa makanan yang dia mahu, adalah sebahagian dari dirinya. Jadi nasihat merubah tabiat dianggap menggangu hak peribadi. Jadi masyarakat barat yang melaungkan hak dan kebebasan, lebih cenderung kepada mengunakan pilihan ubat-ubatan. Logiknya begini: kalau glukosa tinggi kita beri insulin. Kalau sakit urat, kita beri ubat untuk itu. Kalau dah teruk sangat kita boleh potong anggota yg terbabit. Sekarang teknologi serba boleh, dengan sedikit bayaran. Menegur apa yang manusia fikir itu menyentuh peribadi, jadi tak usah tegur, teknologi ada jalan mudah untuk menangangi manusia. Bukan lama sangat hidup.

Comments