Pemasangan Pam Air Rumah
Ini bukan isu orang kaya atau miskin. Dulu kita kata cara fikir begini adalah fahaman sosialis. Kalau komunis dia tambah lagi bagi timbul permusuhan orang kaya dan miskin.
Isunya ialah merawat perlu dari puncanya bukan pada tandanya.
Bila tekanan air kurang, itu tandanya. Jadi memasang pam air terus ke paip bekalan air adalah merawat tanda. untuk mengatasi tekanan rendah. Ia bukan punca.
Merawat tanda tidak membaiki keadaan. Ini adalah penyakit kronik, makin lama semakin teruk.
Apa punca tekanan air rendah? Perlu dicari. Boleh jadi pelbagai sebab. Salah satu sebabnya ialah berlaku kebocoran, air keluar sebelum sampai ke rumah. Bila air paip dalam tanah keluar, ia bercampur tanah. Bila orang pasang pam sedut air, air bocor dalam tanah tadi akan disedut kembali. Maka orang akan dapat air bercampur tanah tempat kebocoran. Makin lama makin teruk kebocoran, makin banyak tanah boleh disedut.
Apa akibatnya kepada pengguna? Pengguna dapat air tanah, nasib dialah kalau tanah itu ada macam-macam, kuman, bahan gatal, atau senang lihat, air berwarna kuning atau ikut warna tanah tempat bocor.
Akibat kepada pembekal air ialah, paipnya mungkin ada banyak kerikil, pasir dan macam-macam yang tersumbat, menambahkan lagi kurangnya tekanan air.
Ha! begitulah bila tidak merawat punca. Tak boleh mudah-mudah salahkan satu pihak. Semua pihak ada bahagian.
Jadi mana satu punca tekanan air rendah?
a) kebocoran
b) bekalan tak cukup
c) Paip terlalu panjang, tak buat tangki,
d) Pemasangan tidak betul
e) Pembekal air tidak mendidik kontraktor
f) wakil rakyat tak ada usaha cari punca
g) Orang ramai tak nampak paip bawah tanah.
h) Tak tahu.
Peraturan dah ada, tak boleh pasang pam terus dari meter, tapi itu untuk menghukum. Baik macam mana pun peraturan jika tak ada siapa tahu, apa gunanya peraturan. Orang yang mahu tegakkan peraturan, perlu lihat semua peraturan untuk maslahat orang ramai, bukan peraturan untuk dapat sokongan sahaja.
Kalau nak pasang pam, paip dari bekalan hendahklah masuk tangki (aras tanah), dari tangki itu barulah dipasang pam ke tangki tinggi.
Comments
Post a Comment