Gandum Karbohidrat Glycemic Index Glycemic Load

Penemuan terbaru, bukan semua karbohidrat sama. Tapi maklumatnya bukan baru. Kajian tahun 1981 yang menguji GI untuk beberapa jenis makanan mendapati GI untuk sukrosa (gula biasa) nilai 59. Tapi gandum 69 dan "whole meal" gandum lengkap 72.. lebih teruk dari gandum prosess.

Gandum lebih teruk dari gula tebu.

https://isomaltulose.org/blood-sugar-management/glycemic-index/

Gambar atas ambil dari sini.

Dikatakan penemuan terbaru, kerana maklumat ini tidak diberi perhatian. Samada ada pihak yg sengaja menyembunyikan. Ada maklumat lain yg mengatakan gandum yg bermasalah itu jenis "GM". Tetapi ia banyak ditanam kerana hasilnya tinggi, hingga 10X dari jenis lama.

Tengok dalam graf tu ada oatmeal.

Tapi semua tu lebihkurang, sebab kalau nak perinci, beras pun banyak jenis, oat pun ada yg prosess dan ada yg belum.

Ada beberapa perkara perlu faham. 1: GI glycemic index ialah ukuran kanji (tolak serat) dalam makanan tersebut.
2: GL glycemic load, GI x berat / 100.

Contoh tembikai GI 72 tapi GL hanya 4. Sebab banyak air. Tapi glukosa GI 100, GL juga 100. Menariknya maltodextrin GI 105, GL 95
manakala dextrose GI 105, GL 105.
maltodextrin ada dalam susu tepong (bukan full cream) sampai 60%. Juga susu formula bayi. Depa kata selamat untuk bayi makan.

3: GL atau GI tidak mengambarkan graf kandungan glukosa dalam darah ikut masa.

Ulasan. Paling buruk glukosa (teratas) tapi ia bukan makanan biasa. Bawahnya ubi kentang, kemudian roti, bawah lagi nasi/beras. Lain-lain dibawah ialah jenis kacang.

Yang buruk ialah ianya terlalu tinggi kemudian menjunam jatuh, menyebabkan orang kelaparan.

Yang elok ialah yang stabil. Jadi untuk makanan ruji, nasi masih terbaik. Ia lebih stabil dari ubi kentang dan roti. Jenis kekacang bukan makanan ruji.

Graf menunjukkan nasi boleh bertahan walaupun 5 jam. Manakala yang lain-lainnya sudah terlalu rendah. Kajian itu menggunakan bahan yang ada 50g karbohidrat.

Karbohidrat yg dihadam adala terdiri dari amylose dan amylopectin. Yang menyumbang kepada GI yang lebih tinggi ialah amylopectin. Biasanya kandungan amylose kurang 20%. (80%++ amylopectin).

Manakala amylopectin ada A, B, C. Gandum punyai lebih banyak jenis A berbanding beras. Dan gandum mentah, lebih banyak amylopectin dari gandum proses.

Amylopectin A lebih teruk dari B dan C kesan kepada GI. Jadi gandum lebih teruk untuk orang diabetik daripada pisang. Dan gandum penuh (wholemeal) lebih teruk dari gandum putih (prosess).

Amylopectin A lebih cepat terhadam dari jenis lain. Menyebabkan paras glukose naik mendadak kemudiannya menjunam.

Pulut tu GI tinggi. Kalau orang Melayu, pulut dan beras adalah berbeza. Orang tak makan pulut macam nasi.

Tapi testimoni orang, terhadap pulut, adalah menyokong GI tinggi dan tak lama bertahan. Jadi orang lemah badan, "sakit urat" selepas makan (banyak) pulut adalah tandanya.

Kanak-kanak guna banyak tenaga untuk membesar dan bermain-main. Jadi kalau makan biasa (natural) tak mengapa. Nak jaga makanan yang proses (industri).

Kemudian, tak ingat di mana jumpa, kanak-kanak umur 5 hingga 9 tahun didapati ada kes diabetik. Tak ada sebelum itu dan selepas itu.

Antara kesan diabetik (terlalu tinggi paras gula dalam darah) ialah rabun dekat.

Bab gandum itu penting untuk waspada sebab banyak makanan dari gandum. Jadi amylopectin A (kanji) hampir sama kesannya seperti glukosa. Glukosa, bukan sukrosa (gula). Walaupun tak manis, walaupun orang tulis kurang gula, tak ada gula. walaupun "whole wheat".

Gemok bukan masalah. Tapi tabiat makan lebih perlu dikawal. kalau orang makan banyak tak gemok, itu masalah. Orang umur dalam 40-50 tahun dah tak boleh gemok kalau belum gemok sebelumnya. Dan jika kurang aktif pula, maka dia perlu kurangkan makanan tertentu, tidak boleh makan seperti umur sebelumnya.

Puasa yg akan datang ni, orang sepatutnya boleh lihat tabiat pemakanan sendiri.. Seperti; berapa jam boleh jarakkan makan. Berapa berat badan sebelum dan selepas. Kena ukur sendiri setakat mana cukup atau lebih. Tapi kadang-kadang orang salah guna "berkat". Berkat bulan ramadan katanya. Bulan lain tak boleh. Sepatutnya berkat itu atas amal, perbuatan. Kalau nak faham berkat bulan ramadan, sepatutnya ia melimpah hingga bulan lain.

Kalau orang makan terlebih, ada jenis makanan boleh simpan, kalau sihat, jadi gemok.

Tapi bila sampai umur tertentu, upaya badan untuk simpan berkurang.

Comments