KEMAAFAN

Dalam membicarakan perkataan (العفو) kemaafan ada dua tempat dalam al-quran, yang kedua adalah albaqarah 2:219

Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: (العفو) "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

Ini potongan akhir ayat.

Kita tak bicarakan tentang المغفرة keampunan.

Kemaafan ada persamaan dengan nafkah. Al-'afwu diertikan dengan "yang lebih dari keperluan". Seolah-olahnya kemaafan itu perlu untuk diri sendiri dan lebihannya diberi kepada orang. Ini dikuatkan dengan al-'afwu pertama (Al-A'raf 7:199) digunakan perkataan (خذ) bererti ambillah. Kenapa tidak digunakan perkataan (كن) jika maksudnya "jadilah pemaaf". Tetapi digunakan (خذ العفو).

Dan seperti yg kita petik terdahulu ayat ali-imran 3:134, orang yang pemaaf (العافين) disebut dalam ayat yang sama dengan perbuatan menafkah (ينفقون). Bagaimana susahnya mahu menafkah dalam keadaan kita sendiri kesempitan. Begitulah juga susahnya nak beri maaf sesuatu yang kita sendiri perlu. Allah faham perkara ini. Tak paksa pun.

Sebab itulah ada ahli psikologi yang mengkiaskan sebagai tangki simpanan, tangki emosi.

Apakah sebenarnya yang tersimpan? Apabila perkara ini terbabit dengan kejiwaan atau kerohanian atau mental, yang tersimpan adalah apa yang kita ketahui (ilmu) dan jadi pegangan.

Jika anak batu terkena kepala kerana tanah runtuh kita tidak marah kerananya, secara tidak sedar kita sudah memaafkan. Tetapi jika itu berlaku kerana ada manusia melempar batu, belum tentu boleh dimaafkan. Yang membezakan dua keadaan itu ialah apa yang kita ketahui.

Andailah, orang tidak tahu kehendak Allah yang terdahulu, tetapi hanya tahu iblis menipu bapa manusia, Adam, hinggalah dia dikeluarkan dari syurga? Jadi kita semua mangsa, orang kena tipu, apakah kita tidak merasa marah kepada orang yang menipu? Tetapi kemarahan itu tidak berlaku, sebab kita tahu Allah memang hendak letakkan Adam di bumi. Dan kita tahu sesiapa yang bersabar di bumi akan kembali (ke syurga). Cuma kelihatan untuk kita, diturunkan Adam selepas peristiwa iblis menipunya, telah ada takdir Allah yang lebih awal.

وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَٰهِلِينَ

Berpalinglah dari orang jahil. Yakni jangan kita jadi jahil. "Berpaling" boleh bererti jikapun kita sendiri jahil, kita menghadap muka menuju arah keilmuan.

Ringkasnya untuk orang beriman, bila dia memaafkan, dia ada pengharapan Allah akan memberinya ganjaran lebih dari apa yang hilang. Lebih dari ganti rugi. Ia bukan sekali-kali bermaksud membenarkan perbuatan melanggar hak orang.

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

Kesedaran Kesihatan Mental

KEMAAFAN (1/2)

Sodium Bicarbonate alternatif merawat barah oleh Dr Simonchini

Ilmu Laduni & Petunjuk

Hukum Menghukum

Pemasangan Pam Air Rumah

Hidup Itu Nisbi

Konsep Keadilan dan Kemaafan

Takwa Adalah Fitrah Manusia