Sodium Bicarbonate alternatif merawat barah oleh Dr Simonchini

https://youtu.be/ze2rmsLiTfA?si=RddJPuyUy_wIEWbx

Satu lagi cara rawat barah (dalam kajian) nama "living cell therapy". Caranya dengan pembedahan sel lemak, usah suai genetik, kemudian memasukkan balik berdekatan dengan barah.

Cuma nak tunjuk video ini bagaimana orang buat percubaan dan mengetahui sel barah/ketumbuhan tidak memerlukan oksigen, tetapi ia menggunakan glukosa. Yang menyebabkan banyak asid laktik terhasil.

Jadi barah sebenarnya berasid, telah diketahui sejak awal lagi.

Kalau ikut dr simoncini, dr oncologi, 1951- 20-Mei-2024, rawatan mengunakan suntikan natrium bikarbonat ke tempat barah. Tetapi kerana ada pesakitnya yang mati, beliau kena dakwa dan bersalah kerana cara itu tidak diterima oleh arus perdana.

Natrium bikarbonat itu alkali, jadi ia tentunya bertindak balas dengan asid.

Selepas dr Simoncini, ada lagi orang lain, Barbara O'Neil, yang juga guna natrium bikarbonate bukan secara suntikan, tetapi dengan selimut yang dibasahkan dengan natrium bikarbonat panas. Beliau juga termasuk orang yang kena sekat. Beliau hanya menambah rawatan tambahan, disamping perubatan biasa.

Di kalangan banyak pihak yang menggunakan natrium bikarbonat tidak ada sesiapa yang berani buat suntikan seperti dr Simoncini. Kemudian meminumnya juga tidak munasabah sebab ianya beralkali, bertindak balas dengan asid perut menghasilkan karbon dioksida, menganggu penghadaman dan menyebabkan kembung perut.

Tetapi bila dilihat metabolisma badan, natrium bikarbonat dihasilkan oleh badan secara semulajadi, pada kadar yang cukup untuk badan yang sihat. Tetapi tidak cukup untuk merosakkan barah.

Kerana badan banyak menghasilkan karbon dioksida, maka yang perlu untuk menghasilkan natrium bikarbonat hanyalah logam natrium. Maka cara untuk mengelak dari tidak balas asid perut ialah dengan menutralkan natrium bikarbonat menggunakan asid limau. Yakni bukan lagi natrium bikarbonat, tetapi dalam bentuk natrium sitrat.

Apabila diserap badan sitrat akan digunakan badan untuk tujuan lain, manakala natrium boleh bertindak balas dengan karbon dioksida menghasilkan natrium bikarbonat.

Jika dilihat dari apa yang dr Simoncini telah mulakan, hasilnya adalah amat cepat. Ini sebenarnya menimbulkan masalah, seolah-olah barah itu larut dalam beberapa minggu atau hari. Perubahan terlalu cepat ini menimbulkan komplikasi seperti pembedahan membuang ketumbuhan. Iaitu barah hilang secara tiba-tiba boleh menyebabkan pendarahan dalaman, jika ketumbuhan itu besar.

Tetapi cara natrium sitrat boleh digunakan secara kecilan untuk tidak menjadikan kesannya terlalu cepat. Orang boleh gunakan sejemput natrium karbonat dicampur dengan limau, hingga habis berbuih, kemudian dicukupkan segelas air untuk diminum.

Sekali sehari untuk tiga hingga empat hari kemudian berhenti lima hingga enam hari. kemudian ulang. Perhatikan perubahan. Jika rasa dahaga, tambah minum air. Jika sembab kaki berhenti hingga ia surut.

Biasanya ada tanda-tanda bermasalah lain yang boleh diperhatikan. Jika ada "ketumbuhan segar" di kulit, ia sepatutnya mengecut atau menghilang. Jika sebelumnya susah buang air, ia boleh merasa kelegaan, jika terlalu kerap buang air, ianya lebih terkawal. Perhatikan warna najisnya, tidak hitam, tanda pendarahan dalaman. Jika sebelumnya terlalu busuk, ianya sepatutnya berkurangan. Kekerapan sakit urat, tegang otot atau kaki pun patut berkurang.

Dan seperti biasa pemakanannya perlu dijaga untuk mengawal glukosa dalam darah. Mengurangkan pengambilan karbohidrat terproses, dan mendahulukan makan sayur dan protin sebelum karbohidrat. Pantang makan karbohidrat secara sendirian tanpa lemak, tanpa protin, tanpa sayuran. Menjarakkan makan seharian. Jangan makan diluar waktu makan.

Nota lain. Dalam imbangan, natrium perlukan kalium, ini banyak dalam sayur atau pisang.

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

KEMAAFAN

Kesedaran Kesihatan Mental

KEMAAFAN (1/2)

Ilmu Laduni & Petunjuk

Hukum Menghukum

Hidup Itu Nisbi

Otak

Konsep Keadilan dan Kemaafan

Pemasangan Pam Air Rumah