Ilmu Laduni & Petunjuk

Ilmu laduni dan petunjuk

Al-Kahf 18:65-66

فَوَجَدَا عَبۡدࣰا مِّنۡ عِبَادِنَآ ءَاتَيۡنَٰهُ رَحۡمَةࣰ مِّنۡ عِندِنَا وَعَلَّمۡنَٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمࣰا

Lalu mereka berdua bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan rahmat kepadanya dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan ilmu kepadanya dari sisi Kami.

قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدࣰا

Musa berkata kepadanya, “Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?”

Ayat 65 ada perkataan لدنا yang orang petik untuk buat istilah "ilmu laduni". Perkataan itu bermakna "di sisi kami". Dan ayat 65, ada perkataan رشدا yang diterjemahkan sebagai "petunjuk". Jadi nabi Musa ingin mendapatkan petunjuk dari ilmu dari hamba Allah itu. Maknanya nabi Musa belajar.

Mungkin pernah kita dengar ada golongan tertentu yang percaya dengan berzikir atau beramal cara tertentu, orang boleh dapat ilmu laduni. Kata mereka, tanpa belajar.

Tetapi ini tidak bersesuaian dengan kisah nabi Musa. Untuk mendapatkan ilmu perlu belajar. Amal atau zikir yang munasabah untuk dapatkan ilmu ialah dengan belajar. Belajar itu satu amal yang merangkumi banyak perkara yang perlu disebut, diingati yang mudah disamakan dengan zikir. Proses belajar termasuklah juga memahami.

Bagaimana hingga ada orang boleh percaya dapat ilmu tanpa belajar? Sebenarnya itu bukan tabiat manusia. Yang "kelihatan" dapat ilmu tanpa belajar adalah para nabi. Cuma kita tidak nampak. Allah mengajarnya melalui wahyu. Yang paling asas, utama pun (al-quran) dibawa oleh malaikat Jibril. Nabi pun belajar, dengan Jibril.

Manusia bukan berfitrah seperti burung yang boleh buat sarangnya sendiri walaupun tidak pernah ada sekolah sejak ia ditetaskan. Sarang yang serupa dengan sarang yang pernah dibuat nenek moyangnya. Bahkan manusia diberi akal untuknya belajar, memahami, memilih.

Kemudian رشدا (rushd) yang diterjemahkan sebagai petunjuk juga bererti cerdik, matang. Seperti yang digunakan pada ayat 4:6 An-Nisa. Ini menunjukkan petunjuk amat berkait dengan kecerdikan dan kematangan. Mengikut petunjuk adalah cara bijak. Semua orang mahu bertindak secara bijaksana dalam menempuh kehidupan. Walaupun sebagai nabi, nabi Musa tetap berusaha belajar. Tetapi kita terbatas dengan takdir, bukan semua ilmu, petunjuk datang melalui satu saluran. Yang utama ialah apa yang Allah wahyukan kepada nabi-nabi yang dikenali keutamaannya.

Mendapat ilmu tanpa belajar, tanpa kaji mengaji, adalah kepercayaan yang tidak menepati petunjuk, tindakan tidak bijaksana.

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

KEMAAFAN

Kesedaran Kesihatan Mental

KEMAAFAN (1/2)

Sodium Bicarbonate alternatif merawat barah oleh Dr Simonchini

Hukum Menghukum

Hidup Itu Nisbi

Konsep Keadilan dan Kemaafan

Pemasangan Pam Air Rumah

Takwa Adalah Fitrah Manusia