Otak

https://youtu.be/ycTZ_t-aiuU?si=b52-wJJX7YQvrIx4

Komen berkenaan video Dr Amen tentang brain scan.

Orang sekarang buat model, otak tempat berfikir, memproses maklumat. Kalau kias macam CPU. Tapi boleh juga hanya macam HDD atau SSD. Tapi lebih sesuai macam HDD/SDD. Yakni kebanyakkanya untuk simpan maklumat sahaja. Sebab ada kes orang yg kena hydrocephalus teruk masih hidup macam biasa, sampai dewasa. Orang cuma tahu bila dia sakit kaki dan orang scan otaknya, didapati 90% otaknya hanya "air".

Juga dalam kajian kes, orang tutup mata beberapa bulan, kawasan yang dulunya aktif untuk mata, masih aktif untuk dia belajar braille. Tetapi bila mata dibuka semula semua keupayaan untuk baca braille hilang. Ini menunjukkan kawasan otak yang ada kaitan anggota badan akan di gunakan untuk tujuan lain bila orang kehilangan anggota tersebut.

Implikasinya ialah, otak bukan penentu kebolehan orang berfikir, bukan penentu cerdik atau tidak.

Dalam Islam kita kata itu semua roh. Yang boleh berfikir, yang jadi akhlaq. Perlu dilatih, dikawal, dibiasakan.

Tak nafi kaitannya rapat untuk orang hidup.

Jadi tak ada beza hasilnya orang yang faham salah dengan orang yang memang cacat akal. 

Umpamanya orang yg kerana sentiasa dibodohkan akan dapat fahaman salah, bahawa dia bodoh. Kerana itu dia tak belajar. Walaupun sebenarnya dia tidak cacat akal.

Jadi kadangkala kursus motivasi pun boleh membetulkan fahaman salah itu.

Jadi penyakit pada jiwa, juga dikatakan penyakit jiwa boleh diubat dengan membetulkan kefahaman.

Macam "inferioriti kompleks", orang rasa dirinya kurang, tetapi sebenarnya dia tidak begitu, bila dinasihati tak mahu terima nasihat. Dia berkeras tak mahu terima sebab dia "kurang". Kalau orang betul-betul kurang, dia terima saja apa orang nasihat. Jadi amat sukar bila hatinya (mentalnya) tersekat dari menerima maklumat.

Comments