Perkara Tidak Tahu

Yunus 10:1
الٓرۚ تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱلْكِتَٰبِ ٱلْحَكِيمِ 
Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Al-Qur'an yang penuh hikmah.

Tiga huruf pertama, orang kata "Allah lebih tahu". Tapi sebenar seluruh ayat pun Allah lebih tahu.

Mari kita lihat apa kita tahu tentang perkara ini. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kitab yang penuh hikmah.

Tetapi kenapa orang gemar fokus kepada perkara yang tidak tahu? Sebenarnya banyak perkara dalam hidup ini kita tidak faham, kita laluinya, tidaklah kita terhenti kerananya. Juga tidak kita berhenti kerananya. Kita tidak perlu faham dan tahu semua perkara dalam kehidupan. Tidaklah kita jadi tercela dalam perkara-perkara seperti ini, tidak perlu malu kerananya.

Orang cuba menafsir huruf-huruf itu ikut kaedah yang diketahui, tentulah gagal. Tapi kita boleh memilih untuk tidak menafsirkannya, dan ambil yang sudah jelas tentangnya. Kita berpuas hati bahawa Allah hanya memberitahu setakat itu saja. Tidak perlu fahum ikut kehendak kita. Kitab (al-quran) tetap bijaksana (الحكيم) seperti perkataan terakhir ayat tersebut. Memasukkan huruf sebegini tidak menjejaskan hikmah al-quran, bahkan tanda hikmahnya. Kita tak perlu tunggu untuk memahami huruf-huruf ini sebelum meneruskan bacaan seterusnya.

Itu kenyataan hidup, yang terakam di ayat pertama surah Yunus. Kita ketemui banyak perkara dalam kehidup berbentuk seperti itu, perkara yang kita terima seadanya sebagai fakta sebelum disandarkan sebarang kefahaman.

Contohnya jika kita temui sepohon pokok di tepi jalan. Kita tidak akan berhenti untuk memahami pokok tersebut. Kita terima sahaja fakta adanya pokok itu ditepi jalan.

Juga, kita ketemui ditepi jalan raya tanda jalan ada anak panah mengarah kelangit ditulis "Ipoh" (contohnya), tidaklah sesaat pun kita perlu berhenti untuk memahami kenapa anak panah itu menunjukkan ke langit, sedangkan tempat itu di bumi.

Tak perlu memaksa diri untuk faham sempuna seratus peratus dalam kehidupan ini. Al-quran yg penuh hikmah pun ada perkara yang tidak boleh difahami ikut kehendak kita, dan tak perlu tanya pun. Kalam Allah tak difahami, jangan kata Allah tak pandai, subhanallah, tetapi ia merupakan sudut pandang kita sahaja. Banyak lagi ayat-ayat yang jelas boleh difahami atau telah diperjelaskan oleh nabi.

Kenapa tilka تلك secara biasa bermaksud "itu" tetapi terjemahan sebagai "ini". Dan lebih tepat sebenarnya "itu". Sebenarnya al-quran itu satu sahaja, yang diturunkan kepada Nabi. Yang kita gunakan ia lah mushaf salinan dari yang satu "itu".

Tindakkan saidina Usman dan sahabat zamannya mengumpulkan semua naskhah quran zaman nabi, buat satu salinan dan lainnya dihapuskan adalah tindakkan bijaksana. Kerana tidak akan boleh orang dakwa ada al-quran lain. Walaupun orang boleh keliru dan sangka tidak ujud salinan al-quran sebelum zamannya. Tidak mencacatkan al-quran kerana itu, seperti mana tidak kurang kebijaksanaan al-quran dengan memasukkan huruf-huruf yang tak boleh difahami seperti yang lain. Menjadi tanda bahawa al-quran bukan rekaan manusia.

Harfiahnya.
Alif Lam Ra. Itulah tanda-tanda al-kitab yang penuh hikmah.

Comments