Harta Bukan Kebendaan

Harta bukan kebendaan.
Dalam undang-undang semasa ada istilah "harta intelek", biasanya ini merujuk kepada "patent", "tanda dagang", "hakcipta" dan seumpamanya.

Perkara yg diperundangkan ini hanya berada pada minda dalam bentuk ilmu dan ingatan.  Yang bersangkutan dengan perniagaan yg boleh menjadi harta kebendaan juga.

Menyimpan sesuatu benda memerlukan ruang. Bilik kecil tentunya ruangan terhad dan boleh penuh. Tetapi harta bukan kebendaan disimpan dalam minda, yang tidak kelihatan sempadan. Apa-apa yang bernilai, katakan, disimpan dalam hati. Bila penuh ia melimpah dalam dada.

Adalah mudah melihat apa yang tersimpan dalam bilik. Apa yang bernilai untuk seseorang bergantung kepada kehidupan dan masa. Sampah orang kaya mungkin khazanah untuk orang miskin.

 Tetapi apa yang tersimpan dalam hati atau dada manusia tiada siapa yang nampak melainkan Allah.
وَأَسِرُّوا۟ قَوْلَكُمْ أَوِ ٱجْهَرُوا۟ بِهِۦٓ ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ
(Al Mulk 67:13)  : Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

Tiada siapa yg boleh sucikan hati melainkan diri sendiri. Yang ada dalam hati tidak ditinggalkan kepada pewaris, tapi dibawa bersamanya jumpa Allah.

(Asy Syu'araa' 26:88,89)
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,
إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,

Jika hati tidak bersih, segala harta yang dibelanjakan pada jalan Allah tiada manafaat untuknya, demikian jugalah tiada gunanya anak-anak yg berdoa, berusaha untuknya. Tak dapat menolongnya.

Pengalaman, apa yg dilihat, dijumpa dalam kehidupan hendaklah dijadikan cermin untuk membersih, memperbaiki diri. Seperti mana kita bersihkan tangan sendiri sebelum bersihkan yang lain.

Comments