Supaya Kamu Bersyukur
Selain ayat an-nahl 16:78, ada 13 lagi ayat al-quran yang berakhir dengan "supaya kamu bersyukur". Di mana Allah beritahu kurniaan atau ciptaannya kepada manusia. Kebanyakkan ayat-ayat itu ada suruhan lain yang berkaitan dengan kurniaan Allah.
Contohnya Allah menundukkan laut, mendatangkan angin, menjadikan pelbagai hidupan air laut masin atau tawar supaya manusia dapat belayar, mencari kurniaannya, dan supaya kamu bersyukur. Jadi Allah suruh juga cari kuniaan.
Nikmat Allah lain yang tersebut "berkaitan" dengan supaya bersyukur ialah Allah turunkan al-quran sebagai petunjuk. Allah jinakkan unta. Allah memberi pertolongan pada perang badar, dan Allah suruh bertakwa supaya bersyukur. Allah mudahkan cara bersuci untuk solat. Allah beri cara kafarah sumpah.
Ada yang disebut dalam konteks bani Israil, di mana Allah beri kemaafan, bangkit semula. Ada konteks zaman nabi seperti petang badar.
Melihat dari 14 ayat ini kita nampak bahawa bersukur adalah berkait dengan pemberian Allah digunakan. Allah suruh berbuat perkara tertentu sesuai dengan pemberian itu. Tak ada satu pun ayat mengambarkan kefahaman orang bahawa bersyukur dengan berkata alhamdulillah dah cukup.
An-Nahl 16:78
وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur.
Allah tak kata, kamu tak tahu maka dijadikan 3 perkara itu supaya kamu tahu. Perlu "tahu" untuk bersyukur.
Perkataan تعلمون adalah kata kerja kala kini, "mengetahui", atau ringkasnya "tahu". Dengan erti ianya satu perbuatan. Kita mudah faham perbuatan seperti berjalan kerana nampak. Tapi "tahu" bagaimana? Melalui ayat ini kita boleh katakan "tahu" adalah melalui perbuatan mendengar, melihat dan memerhati atau sebahagian dari 3 perkara ini.
Pengetahuan (ilmu) sains banyak diketahui melalui penglihatan dan pemerhatian. Ilmu syariat banyaknya melalui pendengaran, apa yang diberitahu nabi. Ada juga melalui apa yg dilihat nabi berbuat. Termasuklah pemerhatian dari perkara yg didengar dan dilihat.
Semata-mata pendengaran dan penglihatan tidak cukup menjadi ilmu tanpa pemerhatian (berfikir). Kerana pendengaran dan penglihatan boleh jadi salah. Tetapi tidak boleh berfikir tanpa ada perkara yang didengar dan dilihat.
Comments
Post a Comment